Kecoh diperkatakan netizen isu gimik single terbaru Nabila Razali, Vroom Vroom yang dilancarkan semalam.
Isunya menjadi hangat apabila video muzik Vroom Vroom yang dikatakan memberi petunjuk ‘no view’ atau tiada tontonan di YouTube selepas beberapa jam dimuat naik.
Netizen mendakwa pelik apabila klip video berkenaan tidak mencatat jumlah tontonan mahupun tanda ‘suka’ biarpun sudah dikongsi untuk beberapa jam, semalam.
Tambah hangat, ada pihak mendakwa jumlah tontonan sengaja disembunyikan sebagai merancakkan lagi promosi single keempat ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu.
Peminat Anggap Gimik Murahan Lagi
Sebelum kecoh muzik video itu, ramai juga mendakwa apabila Nabila memuat naik iklan acah berupa beberapa keping gambar di Instagram namun tiada keterangan disertakan bersama. Dia juga menetapkan agar hantaran tersebut tidak boleh dikomen oleh sesiapa.
Lebih 3,000 gambar lain yang sebelum ini ada dalam akaun itu pula dipadamkan.
Sesetengah pihak membuat andaian bahawa tindakan itu tidak ubah seperti gimik pernah dilakukan untuk single ketiganya yang popular iaitu Pematah Hati.
Mungkin akibat gimik yang keterlaluan sebelum ini membuatkan peminat atau netizen di negara ini sukar menerima single terbarunya itu.
Itulah punca ramai orang beranggapan ia sebagai gimik yang mahu dibuat Nabila lagi.
Nabila Dakwa Masalah Teknikal, Bukan Gimik
Nabila tetap mempertahankan apa yang dilakukan dirinya dan syarikat rakaman dalam mempromosikan single Vroom Vroom adalah bukan gimik ataupun kontroversi yang dibuat-buat.
Katanya, ini bukan perkara main-main dan dia juga pernah tegaskan sejak awal lagi dia sudah menyatakan tiada gimik dilakukan terhadap promosi single berkenaan.
Tambahan pula membabitkan syarikat besar seperti Youtube. Dia sudah dimaklumkan bahawa ini adalah masalah teknikal menyebabkan tiada jumlah tontonan dan tanda ‘like’ direkodkan di muzik video Vroom Vroom.
Bukan dirinya seorang yang pernah mengalami masalah ini, pihak lain juga mengalaminya dan tidak kecoh pun. Dia tidak mahu dituduh buat gimik murahan lagi.
Bila sekali terkena, orang akan ingat sampai bila-bila. Sebab itu janganlah permainkan perasaan peminat.
Nabila berkata, aduan sudah dibuat dan masalah yang berlaku sudah pun diatasi.
Diharap peminat pun faham dengan situasi ini dan jangan mudah kecam jika tidak tahu perkara sebenar yang telah berlaku.
Kini Lebih Memilih
Nabila mengaku sedih dan kecewa apabila buah tangan terbarunya itu teruk menjadi mangsa kritikan segelintir netizen.
Dan dia akan lebih fokus untuk tahun 2019 dalam memilih lagu yang bagus untuk peminatnya agar tiada lagi kecaman negatif yang diterima.
Vroom Vroom dihasilkan selepas lebih setahun Nabila tidak hadir dengan sebarang lagu terbaru.
Muzik video Vroom Vroom menampilkan beberapa rakan artis sebagai pelengkap jalan ceritanya seperti Fendy Bakry, Ara Johari, Hael, Nia Atasha dan Sharifah Rose.
Nabila memberitahu, dia memilih untuk menjadi selektif sebelum tampil dengan sesuatu karya kerana mahu memberi impak secukupnya selain mengukuhkan lagi namanya dalam dunia seni.
KATA ORANG
If you’re having a good day, just know that nabila razali just released a song called vroom vroom HAHAHAHA
— kauthar (@Tharakuchacha) January 24, 2019
Aku search lagu Nabila Razali yang tajuk dia entah apa apa. End up tu yang keluar. Kali ni punya lagu tak catchy sorry 🙏🏻 baik dengar lagu Vroom Vroom Family 😹 pic.twitter.com/jkOlcDW3Os
— Nasr (@_nasrlufias) January 23, 2019
Adakah nabila razali pun buat gimmit for lagu baru dia ‘vroom vroom‘🌚 , dengan dia archive gambar and bio ig -move on- 💩
— eli. (@nrelsyaf) January 24, 2019
Suka pulak aku ulang dengar lagu baru Nabila Razali ni. Bunyi exhaust kereta main peranan betul sampai jadi tajuk lagu vroom vroom 😁
— Khaycha (@KhaisyaKamarun) January 23, 2019