Dunia hiburan hari ini menerima kejutan baharu apabila ramai wajah pelapis dalam bidang seni suara, lakonan, pengacaraan muncul dan mendominasi industri.
Atmosfera dunia hiburan berputar apabila semakin ramai artis baru atau lebih dikenali sebagai BBNU (Budak Baru Nak Up). Artis baru bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ramai muka baru yang lebih muda, bertenaga, wajah yang cantik dan hensem dan bayaran juga agak lumayan.
Semakin popular seorang artis itu maka semakin besarlah ganjaran dan sentiasa mendapat tawaran dengan harga yang tinggi.
Malah mereka ini mendapat permintaan yang tinggi dari peminat dan sebab itu kebanyakkan stesen televisyen, radio, majalah suka artis baru.
Tetapi bagaimana pula dengan nasib artis lama atau veteran ini? Kemana hala tuju mereka? Bagaimana mereka hendak menyara keluarga jika ramai artis baru telah mencaras pendapatan mereka.
Itulah nasib yang terjadi kepada pelakon veteran Jalil Hamid dalam luahan hati menerusi akaun Facebooknya.
Menurut Jalil Hamid, dia seolah-olah rasa terhina tatkala ditawarkan dengan harga serendah RM1,500 untuk berlakon dengan memegang peranan utama.
Sebanyak 12 babak daripada 16 babak diberikan sebuah produksi untuk beliau lakonkan. Namun, bayaran hanya sebanyak itu? Berbaloikah?
Anugerah Yang Pernah Diterima Jalil Hamid
Jalil Hamid bukan sahaja seorang pelakon, beliau juga seorang penyanyi dan pelawak popular menerusi beberapa filem box office antaranya, Driving School (1990), Zombi Kampung Pisang (2005), Lelaki Harapan Dunia (2014) dan Bisik Pada Langit (2017).
Manakala drama popularnya, Ratu Jamu (1994), Sekeras Kerikil (2003), Liang Lahad (2007), Demi Masa (2012) serta terbaharu, Cucu Atuk (2018).
Untuk Anugerah Skrin bagi kategori drama pula, beliau dua kali diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi drama Ratu Jamu (1995) dan Nur Di Pintu Syurga (2006).
Tahun ini bagi Anugerah Skrin yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 2 November ini, Jalil sekali lagi tercalon merebut anugerah Pelakon Lelaki Terbaik drama melalui Cucu Atuk, juga kategori sama dalam filem Bisik Pada Langit.
Reaksi Pelakon Lain Mengenai Bayaran Rendah
Pelakon drama bersiri Nur, Noorkhiriah turut melontarkan pendapat. Katanya, anugerah yang diterima hanyalah mampu menjadi bukti pada masa akan datang.
Tambah Noorkhiriah anugerah tidak menjanjikan bayaran mahal dan peluang cerah berbanding artis yang mempunyai banyak kontroversi.
Selain itu, pelakon Sulaiman Yassin atau lebih dikenali dengan nama Mat over juga senada dengan apa yang dinyatakan Jalil Hamid itu.
Katanya, artis veteran kena akur dengan keadaan semasa kini, dunia hiburan tidak seperti dahulu. Bagi mereka yang bergantung sepenuhnya terhadap bayaran lakonan untuk menyara keluarga susah untuk meneruskan kehidupan.
Artis ‘Dicop’ Berlakon Macam Kayu Dapat Bayaran Mahal?
Kalau kita masih ingat, netizen pernah melabelkan Fattah Amin sebagai ‘pelakon kayu’, aktor itu sebenarnya antara artis termahal menerima bayaran.
Lakonan Fattah semakin hari semakin baik dan boleh diterima peminat beliau.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pengarah Michael Ang selain meletakkan Fattah sebagai artis gred A.
Micheal membuat kenyataan itu semasa menjawab soalan netizen yang ingin tahu antara senarai artis paling mahal di Malaysia dari sudut pandangan pengarah tersohor itu.
Selain Fattah, beberapa nama pelakon senior lain termasuk dalam kategori itu antaranya Erra Fazira dan Aaron Aziz serta Janna Nick.
Dan kalau kita lihat trend sekarang ini, ingin jadi artis senang sahaja, kalau banyak duit anda boleh taja apa-apa program dan berlakon apa sahaja drama atau filem.
Dunia hiburan hari ini tidak seperti dahulu, lebih mengejar populariti berbanding kualiti.
Perkara ini juga pernah dibangkitkan pelakon Nabila Huda. Menurutnya, sekarang ini ramai pelakon baru yang hanya kejar populariti dan letak harga yang tidak sama dengan kualiti lakonan mereka.
Tambah Nabila, ketika awal kemunculannya sekitar 16 tahun lalu, dia hanya menerima harga RM600 yang dianggap bersesuaian dengan tahap lakonannya.
Jelas pelakon filem Munafik ini, sehingga kini juga, dia tidak terlalu berkira dan percaya bayaran yang ditawarkan oleh setiap produksi adalah mengikut bakat yang ada pada dirinya.
Tetapi itulah dunia hiburan, ada naik dan turunnya juga. Artis veretan ini akan diingati dan diberi penghargaan apabila mereka sudah tiada lagi di dunia ini.
Artis lama seperti mutiara walaupun tidak digilap ia tetap bersinar dan berharga.
KATA ORANG
Nasib baik Jalil Hamid kemukakan isu ini, dapatlah kita lihat pro dan kontra dibalik payment tu. Dia umpama Iphone tp orang nak beli pada harga Iphone copy ori made in china. Mungkin sebab tu dia rasa terhina. Yang set copy ori made in china pun belambak minta payment iphone ori
— Kevin Intai (@kellykazaye) October 12, 2018
RM1500 utk shooting 2 hari? Ramai sanggup jual maruah utk job mcm ni... Tak faham kenapa nak rasa hina?
— k̸͔̰̓̅͐͐̍͠ẕ̴͍̝̞͚̐̄͑̒̏̈́̐̈͘͠ (@kzeekasim) October 9, 2018
Kalau Hollywood, taraf experience macam Jalil Hamid ni dapat salary mesti banyak. Unfortunately kat Malaysia nope.
— Aniq Izzuddin (@aniqnazari) October 10, 2018
Maybe either orang tak appreciate dia atau studio tak nak orang lama yang tak ada aesthetic values even though banyak exp.
— Aniq Izzuddin (@aniqnazari) October 10, 2018
Jalil hamid x demand. Tp dia pertahankan hak dia. Salute. Korg da ade pengalaman bertahun2 dgn sijil ape bagai. Takkan korg sanggup terima gaji yg sikit? jalil hamid da penah ikat perut,menangis,ketawa dari zaman teater smp filem. Jd dia mmng layak utk rasa terhina
— lord shafique (@lordshafique) October 11, 2018