Apakah sifat anak derhaka yang boleh diterjemahkan mengikut konsep Islam?
Dalam Islam diwajibkan seorang anak itu taat kepada kedua ibu bapanya, mereka wajib menghormati ibu bapanya, tidak boleh bersikap kasar terhadap kedua orang tua mereka.
ย
Tetapi ada juga anak-anak yang lupa daratan, mereka ini adalah tergolong dari anak-anak yang tidak tahu menghormati ibu bapa mereka. Sikap mereka yang kasar sering membuat hati ibu bapa mereka terluka dan terguris.
Ada dalam kalangan anak-anak ini yang hanya mementingkan diri sendiri. Mereka tidak pernah ingat bahawa kalau tidak kerana ibu bapa mereka, mereka tidak akan lahir di dunia ini.
Oleh itu anda harus ingat kalau tidak kerana ibu bapa anda tidak akan mengecapi hidup yang senang lenang, seperti yang anda hadapi sekarang ini. Kalau tidak kerana penat jerihnya anda tidak akan menjadi manusia yang disegani dan mempunyai ilmu yang tinggi.
ย
Bagaimana Pula Dengan Nik Abduh?
ย
Anggota parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pula didakwa sebagai anak derhaka oleh warganet selepas beliau menyatakan allahyarham ayahnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika memimpin PAS juga pernah berbohong.
Jelasnya, kerahsiaan parti itu adalah sah dalam sesebuah pati yang besar, tambahan pula parti Islam. Kerahsiaan yang pernah dibawa oleh allahyarham adalah seperti isu baiah, taklid talak (isteri) terhadap wakil rakyat PAS di Kelantan. Apabila dokumen itu tular, allahyarham tok guru Nik Aziz ditanya dan dia menafikan sekeras-kerasnya.
Kata Nik Abdul lagi, kalau nak berbohong kena berbohonglah untuk kepentingan parti.
Tetapi dalam Islam, diajarkah tentang berbohong ini sah? Atau sekadar nak menjaga kepentingan diri sendiri sehingga mengheret ulama yang sudah pergi meninggalkan kita?
Rasanya, Islam tidak mengajar umatnya berbohong apatahlagi membuka aib orang tua kita yang sudah tiada.
ย
Nik Abduh Anak Derhaka?
Sepupu kepada Nik Abduh, Mohd Sabri Salleh berang dengan penjelasan yang mengaitkan allahyarham tok guru Nik Aziz sebagai alasan untuk mempertahankan diri dalam isu penafian rakaman audio.
Mohd Sabri berkata, dia cukup marah dengan perangai Nik Abduh itu dan menjadi sebab mengapa laporan polis dibuatnya sebelum ini.
Dia mempunyai alasan yang kukuh dalam laporan polis yang dibuatnya itu dan tindakan Nik Abduh mengaitkan allahyarham tok guru iaitu bapa saudaranya itu adalah tidak boleh diterima.
Tulisan itu dilihat sebagai respon balas terhadap penjelasan Nik Abduh mengenai alasannya membuat penafian terhadap rakaman audio ucapannya yang tersebar luar sejak setahun lalu.
ย
Mufti Perlis Bersuara
Semua manusia pernah melakukan dosa namun ia bukan alasan untuk sesiapa menghalalkan perbuatan yang bercanggah dengan agama.
Tidak pasti sama ada Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersuara berhubung isu yang berkaitan dengan pemimpin PAS atau sebagai kenyataan umum kepada semua.
Tetapi ramai yang menyatakan, kenyataan Dr Asri itu adalah seolah-olah merujuk kepada tindakan pemimpin PAS yang kini sedang hangat diperkatakan soal wang yang diterima daripada Umno itu.
Ulasnya, mana-mana manusia yang terlanjur melakukan dosa mesti mencontohi Nabi Adam AS dengan mengakui kesalahan tersebut, dan tidak bertindak seperti Iblis.
Dr Asri berkata, umat Islam wajar membezakan kesalahan yang dilakukan oleh Iblis dan Nabi Adam.
Katanya, apabila Iblis melakukan kesalahan dia mencari alasan untuk menghalalkan tindakan tersebut walaupun ia jelas melanggar perintah Allah.
Sebaliknya kata Dr Asri, Adam tidak berbuat demikian sebaliknya mengakui kesalahan lantas memohon keampunan.
Bagaimanapun, kenyataan Mufti Perlis sangat mendalam dan berkaitan dengan apa yang sedang berlaku ketika ini.
Boleh Pesongkan Akidah Umat Islam
Penterjemahan yang dibuat pemimpin-pemimpin PAS dalam mempertahankan penipuan yang dilakukan pemimpin dalam parti tersebut boleh membuatkan akidah umat Islam terpesong.
Yelah, selepas ini ramai yang dakwa boleh berbohong sebab nak jaga kepentingan diri atau parti.
Tindakan PAS ini sebenarnya sudah terpesong dari landasan yang betul. Menidakkan perkara yang betul dan mengiayakan perkara yang salah.
ย
KATA ORANG
Ustaz yg bagi tazkirah ni tgh try nk defend nik abduh by saying lying is permitted in islam and giving hadiths that i fail to see the correlation. Nice going ๐
— faiz (@popgoesFaiz) February 15, 2019
Lying now is syariah compliant.๐ฑ๐ฑ ๐. Shame shame on you PAS . Nik Abduh: Hadi gave me โblessingsโ to deny audio recording | Malay Mail https://t.co/NWG8UVLbsM
— Dr Siti Mariah (@DrSitiMariah) February 13, 2019
Anak derhaka.....nak pertahankan belawok diri sendiri sanggup burukkan ayah sendiri.... https://t.co/xtnTXWpTGS
โ airie johanโขยฎ (@airiejohan) February 14, 2019
The real rebirth of TGNA is in Nik Omar.
— ๐ ฆ๐ ๐ ๐ ข๐ ๐ ๐ จ (@jeksinghjek) February 14, 2019
Bukan main Nik Abduh said Nik Omar anak derhaka.
Bukan main defend kubur TGNA masa Tun M nak lawat masa PRU 14.
Real crook and anak derhaka in Nik Abduh. https://t.co/gOUo2wIpdh