Setelah memegang rekod pemain squash paling lama menduduki ranking nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David mengumumkan persaraan. Walau bagaimanapun, pengumuman rasmi persaraan beliau ialah pada bulan Jun yang akan datang.

Sumber: Rojak Daily

Pegang Ranking Terlama

Untuk rekod, Datuk Nicol Ann David telah menduduki ranking pertama dunia selama sembilan tahun. Satu rekod yang sangat membanggakan sukan negara.

Sekiranya sukan skuash sudah dipertandingkan di Sukan Olimpik, kemungkinan besar, emas sudah berada dalam genggaman negara.

Menerusi laporan harian metro, juara dunia kelahiran Pulau Pinang ini telah dinobatkan sebagai Pemain Wanita Terbaik Sepanjang Zaman melalui satu undian yang dikeluarkan oleh Persatuan Skuasy Profesional (PSA) tahun lalu.

Sumber: The Famous People

Menaikkan Nama Skuash Negara

Pada usia 23 tahun, beliau telah muncul juara Terbuka Dunia pada tahun 2005. Kejayaan itu juga merupakan kejayaan pemain Asia pertama meraih gelaran tersebut selain dinobatkan sebagai pemain pertama dunia.

Rentetan kejuaraan demi kejuaraan selepas itu, beliau telah meningkatkan nama negara di persada dunia dalam sukan Skuash.

Namun begitu, kemerosotan prestasi sejak kebelakangan ini dan pada tahun lalu telah menyebabkan beliau tidak lagi berada dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas lebih dari satu dekad. Pada ketika ini, beliau berada di ranking ke-21 dunia.

Siapa Pengganti Nicol?

Berdasarkan Ranking Skuash Dunia ketika ini, Low Wee Wern merupakan pemain skuash wanita terbaik negara bagi menggantikan Nicol. Low kini menduduki ranking ke-39 dunia. Selepas Low, Sivasangari Subramaniam menduduki ranking ke-45 dunia. Tugas berat perlu dipikul oleh atlet pelapis negara bagi memberikan saingan sengit di peringkat antarabangsa.

Sumber: The Star

Walaupun ranking mereka agak jauh berbanding Nicol, namun negara tetap optimis dengan atlet-atlet pelapis negara dan yakin pasukan skuash negara mampu bangkit dan membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia masih lagi pasukan yang harus diberi perhatian.

Tiba Masa Berehat

Melihat kepada usianya yang menjangkau 36 tahun, sudah tiba masanya untuk beliau berehat setelah menabur bakti yang sangat lama dalam sukan skuasy. Tindakan itu dilakukan oleh beliau selepas perbincangan bersama keluarga dan jurulatihnya, Liz Irving.

Dijangka beliau akan memberikan fokus kepada Yayasan Nicol David hasil kerjasama dengan PwC Malaysia dan bersedia untuk berkongsi pengalaman melalui ceramah dan penulisan.

Kesimpulannya, beliau sebagai seorang olahragawati yang wajar dicontohi oleh semua atlet di Malaysia dalam membuktikan bahawa negara mampu menggegar sukan dunia serta dapat melahirkan jaguh sukan bertaraf dunia.

Namun begitu, negara turut mengharapkan akan ada sinar baru buat sukan skuash untuk kembali menyinar.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah pasukan negara mampu melahirkan bintang seperti Nicol Ann David?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN