Usaha murni dan sikap prihatin Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga badan sukarelawan dalam membantu golongan gelandangan seharusnya dipuji masyarakat.

Tetapi isu lambakan makanan dan juga pakaian yang diberikan kepada golongan ini semakin menjadi-jadi setiap tahun terutamanya pada bulan Ramadan perlu diberi perhatian.

 

Gelandangan Tidur Dalam Timbunan Makanan

Aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi antara yang mengkritik perbuatan segelintir NGO yang memberi makanan sehingga berlakunya lambakan dan juga pembaziran terutamanya pada bulan Ramadan.

Menerusi laman Facebooknya, beliau juga berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan situasi di mana berlakunya pembaziran makanan di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur.

 

 

Hal ini disebabkan kawasan mereka merupakan ‘hotspot’ untuk NGO menghulurkan bantuan makanan dan lambakan berlaku kerana mereka mempunyai pilihan makanan.

Beliau yang kesal dengan perbuatan sesetengah badan NGO kerana makanan yang dibazirkan tersebut boleh diberi di tempat lain seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR), hospital serta kepada pelajar-pelajar universiti yang lebih memerlukan.

 

Apa Guna Ada Pusat Transit Gelandangan?

Ramai yang tidak mengetahui kewujudan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL) yang berfungsi sebagai ‘one stop center’ untuk golongan ini.

sumber: Facebook PTGKL

PTGKL juga ada menyediakan dewan makan yang boleh memuatkan seramai 100 orang dalam satu masa tetapi tidak mempunyai tukang masak dan menu yang tetap seperti di Anjung Singgah.

sumber: Facebook Empire Project

Mereka hanya mengharapkan sumbangan luar untuk menghulurkan makanan tetapi badan sukarelawan tidak memanfaatkan PTGKL dengan sebaiknya.

 

 

Menerusi laman Facebook rasmi PTGKL, pihaknya telah menyenaraikan beberapa tempat untuk mereka menyalurkan bantuan makanan yang sudah disediakan oleh pihak kerajaan di bawah pengurusan Yayasan Kebajikan Negara.

Antaranya ialah Pusat Khidmat Gelandangan, Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dan Anjung Singgah.

 

NGO Terlalu Banyak

Perkongsian oleh pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MWAIP) di laman Facebook rasminya berkenaan program yang telah mereka anjurkan bersama golongan gelandangan menunjukkan betapa banyak NGO yang datang memberi bantuan.

 

 

Hasil temubual dengan beberapa orang gelandangan, mereka ini telah dikunjungi oleh beberapa NGO yang datang memberi sumbangan sebanyak 11 kali hanya untuk malam itu sahaja.

Pihak Baitulmal MAIWP juga telah memberi penerangan berkenaan prosedur cara dan juga syarat untuk memohon bantuan yang terdapat di Baitulmal MAIWP kepada golongan gelandangan yang telah mereka temui.

Bukan itu sahaja, hasil semakan oleh pihak mereka, kebanyakkan golongan ini telah atau sedang menerima bantuan daripada pihak Baitulmal MWAIP. Mereka juga ada yang mempunyai rumah dan berada di kawasan itu hanya untuk menerima sumbangan bantuan sahaja.

 

Buat Baik Biar Bertempat

Niat baik masyarakat yang berlumba-lumba untuk bersedekah dan memberi makanan dalam bulan Ramadan ini amatlah digalakkan tetapi sebahagian tindakan yang meletakkan makanan di masjid dan pusat kebajikan kemudian beredar telah menyebabkan berlakunya pembaziran.

Menerusi ciapan dari pemilik akaun twitter @SyeddinSR20 dan @Wanaswn , mereka yang sedih dengan perbuatan meletakkan makanan yang tidak habis di masjid kemudian berlakunya pembaziran.

 

Tambahnya, pihak masjid sudah menyediakan makanan yang cukup untuk jemaah, tetapi disebabkan makanan yang disedekahkan itu menyebabkan masalah pembaziran berlaku.

 

Mereka yang menghantar juadah dan terus beredar tanpa memaklumkan kepada pihak masjid mahupun pusat kebajikan merupakan sikap yang tidak bertanggungjawab dan perlu dielakkan.

Peniaga-peniaga di bazar ramadan antara yang dikatakan turut menyumbang makanan yang tidak habis dijual ke masjid atau pusat kebajikan.

Alangkah baik sebelum menyumbang, datang berbincang dahulu dengan pihak masjid atau pusat kebajikan tersebut dan apalah salahnya mereka yang berniaga di bazar ramadan menyumbang makanan yang baru dibuat bukannya tidak habis dijual baru hendak bersedekah.  

KATA ORANG

KATA ANDA

Berikutan dengan isu ini, cara yang bagaimanakah yang anda rasakan terbaik untuk mengelakkan perkara ini terus berulang pada masa akan datang?
10 votes · 10 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN