Minggu lalu tular satu video kumpulan wakil produk kesihatan yang dianggap tidak beradap oleh netizen apabila menziarahi pelakon berbakat Puteri Balqis atau mesra di panggil Aqish di rumah sambil melakukan video siaran langsung.
Di dalam video itu dapat dilihat salah seorang dalam kumpulan tersebut bersikap tidak menghormati tuan rumah dengan bercakap dalam suara yang kuat selain memaparkan keadaan Aqish yang sedang tidur ketika itu disebabkan baru makan ubat. Malah sering menyatakan Aqish nazak dan uzur.
Kumpulan tersebut dikatakan datang kerumah Balqis untuk menyampaikan sumbangan tetapi dilihat seolah-olah beliau mengambil kesempatan diatas keadaan itu.
Umum mengetahui Aqish telah menghidap penyakit melibatkan hati sejak setahun lebih yang lalu dan disebabkan penyakit tersebut, pemenang Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 itu berehat dirumah sambil menjalankan beberapa rawatan alternatif.
Mak Aqish Terkilan, Kunjungan Bermotif Publisiti
Ekoran dari video tular tersebut, emak Aqish, Norashikin Aziz atau Noury terkilan dengan sikap pemuda tersebut.
Menurutnya , beliau ada meminta pertolongan rakannya untuk melakukan rawatan alternatif tetapi tidak sangka alternatif itu akan jadi seperti ini. Jelasnya, beliau sudah memaklumkan kepada mereka untuk tidak melibatkan media atau orang luar tetapi mereka berdegil dan masukkan video tersebut kedalam blog.
Katanya, beliau dan anaknya tidak mahu meminta simpati dari sesiapa dan disebabkan video tersebut beliau dan anaknya itu juga menerima tempias dan kecaman orang ramai. Beliau katanya tidak menyangka bahawa kunjungan tersebut bermotifkan publisiti.
Noury berkata, beliau ada menerima RM500 dari mereka namun dia telah memasukkan wang tersebut kedalam tabung masjid. Ini kerana katanya beliau terkilan dengan perkara yang terjadi dan tidak mahu menerima wang tersebut dengan cara begini.
<iframe src=”https://www.facebook.com/plugins/video.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Frotikaya%2Fvideos%2F498809400624627%2F&show_text=0&width=261” width=”261″ height=”476″ style=”border:none;overflow:hidden” scrolling=”no” frameborder=”0″ allowTransparency=”true” allowFullScreen=”true”></iframe>
Apa Motif Kunjungan Tersebut?
Apa motif sebenar kunjungan ketas Aqish itu? Adakah benar kerana ingin publisiti? Adakah mereka ikhlas untuk membantu?
Tidak mustahil juga mereka hanya ingin publisiti kerana mereka menjual produk kesihatan dan dengan membuat video berkenaan dan memaparkan seorang pelakon yang sedang sakit tidak mustahil mereka boleh menarik minat orang ramai membeli produk mereka.
Sekiranya mereka ikhlas ingin membantu, mereka pasti tidak akan membuat video sedemikian terutama dalam keadaan orang yang sedang tidak sihat dan boleh mengaibkan keluarga tersebut. Kalau benar sekalipun, cara mereka adalah tidak sesuai.
Atau adakah niat mereka untuk menguar-uarkan keadaan Aqish dan berharap lebih ramai orang akan dapat membantu meringankan beban keluarga Aqish?
Apa-apa pun hanya mereka sahaja yang mengetahui niat disebalik apa yang mereka lakukan itu.
Aqish Nafi Dirinya Terlantar Nazak
Disebabkan video itu juga, ramai yang menganggap Aqish sedang sakit teruk dan terlantar. Tetapi Aqish menafikannya. Sebaliknya kata beliau, video yang dipaparkan itu adalah kerana kesan ubat yang membuatkan beliau sedikit lemah.
Aqish menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah mempercayai kata-kata orang luar sebaliknya tanya sendiri kepada beliau keadaan kesihatan dirinya. Jelasnya, selama ini beliau cuma jadi pemerhati dan boneka untuk manusia yang pentingkan diri sendiri.
Balqis juga tidak mahu lagi bercakap mengenai sakit yang dihidapinya dan memohon orang ramai supaya dapat mendoakan kesihatan beliau
KATA ORANG
Kakak pantang betul kalau orang ziarah kita yang sedang sakit tapi biadab 😑 https://t.co/Rxxr3JnY8r
— Tunsha Ayunie (@tunshaayunie_) November 29, 2018
Anak babi mana buat live visit puteri balqis sakit ni? Dasar babi. Patutnya hang duduk hutan! Kawan tu dok sakit, terlentang tidoq hang siap buat live dgn sumbangan hang! Dajeiiiii betoi
— Wahida. (@yonnnaaaa) November 26, 2018
Apelah diorg ni. Mcm xde common sense... Ya Allah yeke.. Baru tahu ni... Tq ya.
— linsharliana (@linsharliana) November 26, 2018