Sering kali kita diingatkan untuk melakukan kebaikan kepada setiap orang. Sehinggakan ada yang berkata setiap satu kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan sepuluh kebaikan.

Tetapi apa perasaan anda sekiranya kebaikan yang anda lakukan disusuli dengan perkara buruk yang menjadi mimpi ngeri buat diri anda? Begitulah nasib yang dilalui oleh sekumpulan penyeludup ganja.

Sumber: Siakap Keli

 Memetik artikel Siakap Keli, kejadian dilaporkan berlaku di Sepanyol. Pada awalnya, pihak polis berjaya menjejaki kegiatan haram yang dilakukan oleh suspek sebelum bertindak mengejar mereka di kawasan perairan laut Sepanyol.

Aksi Dirakam Krew Helikopter

Adegan kejar-mengejar dan membelah lautan ini sempat dirakam oleh helikopter polis. Penjenayah yang terdiri daripada empat orang menaiki sebuah bot kecil, manakala polis yang terdiri daripada tiga orang anggota menaiki bot yang berlainan.

Malangnya ketika aksi kejar-mengejar sampai ke kemuncak, nasib tidak menyebelahi pasukan polis berkenaan apabila bot mereka bergeser dengan bot penjenayah terbabit. Ia menyebabkan kesemua tiga anggota polis terhumban ke dalam laut.

Penjenayah Budiman

Secara logik akal, sekiranya kita menjadi penjenayah, kita akan sedaya upaya lari menyelamatkan diri daripada pihak polis, apatah lagi sekiranya peluang menyelamatkan diri itu terbuka luas. Tetapi perkara ini tidak terjadi. Malah penjenayah tersebut sanggup berpatah arah dan membantu menyelamatkan anggota polis yang sedang terkapai-kapai.

 

Hal ini sudah pasti menimbulkan kemusykilan dalam kalangan warga maya. Apakah yang menyebabkan mereka terdetik hati untuk membantu menyelamatkan polis. Adakah mereka mempunyai naluri kemanusiaan yang tinggi, atau mungkin mereka mempunyai kesedaran tentang pentingnya membantu mereka yang dalam kesusahan?

Perkara Sebenar Yang Berlaku

Rupa-rupanya, tindakan mereka bukanlah atas faktor kemanusiaan mahu pun kesedaran. Tetapi telah diarahkan oleh kru helikopter yang turut sama dalam ekspedisi mengejar. Menerusi pembesar suara, Malaga Aerial Unit telah meminta bantuan daripada suspek untuk menyelamatkan anggota polis tersebut.  

Tidak cuba untuk melarikan diri, kumpulan berkenaan menyelamatkan kesemua polis yang terjatuh ke dalam laut menaiki bot mereka tanpa sebarang kecederaan. Walaupun mereka membantu menyelamatkan nyawa, ini tidak bermakna mereka diberi pengampunan begitu sahaja. Kesalahan tetap kesalahan.

Sumber: Online News

Akhirnya, keempat-empat suspek ditahan kerana disyaki cuba menyeludup kira-kira dua tan resin ganja. Dengan penangkapan kumpulan penjenayah ini, polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah yang berasal dari Morocco ke pasaran Sepanyol dan negara-negara Eropah yang lain.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN