Sumber : Google

Pada malam 8 Februari, usaha murni salah seorang pemancing yang berada di kawasan berdekatan berakhir dengan tragedi apabila dirinya sendiri maut dipercayai lemas ketika usaha menyelamatkan mangsa yang jatuh ke dalam sungai Terengganu dijalankan.

Penyelamat yang dipercayai lemas kerana kejang otot tersebut dikenali sebagai Abdul Bari Asyraf 31 Tahun telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Wakaf Beruas pada jam 2.30 petang.

Selain Ahmad Bari, terdapat beberapa individu lain yang turut berada ditempat berkenaan segera membantu mangsa dan terjun kedalam sungai bagi membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Kenderaan pacuan empat roda dikatakan terhumban ke dalam Sungai Terengganu di Pulau Warisan, Terengganu yang dinaiki oleh 5 sekeluarga dipercayai hilang kawalan dan terus menuju kearah sungai berdekaan tempat memancing yang menjadi tumpuan orang ramai.

 

Abdul Bari Beri ‘Nyawa Baru’

Nornadia Alwani Jaafar,33 salah seorang mangsa kejadian turut hadir ketika jenazah Abdul Bari dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Nornadia sempat berjumpa ibu arwah bagi menyampaikan rasa terima kasihnya diatas pengorbanan yang dilakukan oleh anaknya.

Keberanian Abdul Bari selaku orang pertama yang memulakan langkah untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap didalam kereta seolah-olah memberi nyawa baru buat Nornadia dan keluarganya.

 

Kematian Yang Dicemburui

Solat jenazah dihadiri hampir 500 yang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat dan orang ramai yang turut terkesan dengan jasa dan pengorbanan arwah.

Sumber : TV3

Bapa mangsa menyifatkan kematian anak ketiganya daripada lapan beradik itu sebagai satu pengorbanan yang besar dan sangat berbangga dengan apa yang telah dilakukan anaknya.

Sumber : NST

 

Ibu arwah ketika ditemubual wartawan juga dilihat sangat tenang dan redha dengan pemergian anaknya itu. Memang betul, hati ibu mana yang tidak sedih jika anak pergi dahulu sebelum kita namun diatas jasa yang dilakukan demi menyelamatkan orang lain itu tidak tergambar budi dan ibadahnya.

Seperti kematian 6 ahli bomba dalam cubaan menyelamatkan mangsa lemas, keberanian dan kesungguhan mereka menjalankan tugas tanpa memikirkan bahaya dan keadaan persekitaraan layaknya dijadikan inpirasi.

Mereka adalah hero rakyat, yang kematiannya adalah mati syahid. Kematian yang dicemburui ramai. Tiada sesiapa yang dapat memilih cara kita menghadapi mati, namun jika kita tergolong dalam golongan orang-orang yang mati shahid, sungguh besar pahala dan darjat kita disisi Yang Maha Esa.

Sumber : Malaysiastylonews

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamed Al-Bakri turut menyampaikan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Abdul Bari. Melalui satu status yang dimuatnaik di laman Facebooknya beliau menzahirkan rasa sedih diatas kehilangan anak muda yang berjiwa besar ini.

Beliau turut mencadangkan agar arwah dan ahli keluarganya diberikan ganjaran diatas pengorbanan yang dilakukan. Sikap dan akhlaknya yang tinggi harus diberikan penghormatan. Dalam ramai yang mengeji sikap negatif segelintir anak muda, namun melalui insiden ini terbukti masih ramai yang sanggup bergadai nyawa demi kebaikan orang lain.

 

Kawasan Sungai, Laut Dan Tasik Perlu Dibenteng

Sumber : Harian Metro

Jika dilihat, baru-baru ini banyak kemalangan nyawa berlaku di kawasan laut dan sungai. Samada kes lemas ketika sedang beriadah ataupun kemalangan yang menyebabkan kenderaan terjunam ke dalam air.

Selain menimbulkan rasa panik bagi orang yang menyaksikan kejadian, usaha menyelamat juga pasti sukar kerana akan dipengaruhi oleh faktor waktu kejadian, cuaca dan keadaan air.

Sejurus selepas insiden yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang Januari lalu, terdapat ura-ura bahawa kerajaan akan memasang jejaring di bahagian tepi jambatan bagi mengurangkan risiko kemalangan dan cubaan bunuh diri.

Menteri Besar Terengganu turut turun padang ikutan insiden berkenaan dan turut mengarahkan pihak pihak berwajib meneliti isu ini dan meningkatkan aspek keselamatan di kawasan Taman Warisan agar isu seperti ini tidak berulang lagi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, perlukah benteng dibina dikawasan-kawasan berair yang berisiko berlaku kemalangan?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN