Sebelum ini, kita semua dah sedia maklum bahawa pihak panggung wayang sama sekali tidak membenarkan makanan dari luar dibawa masuk.

Namun, masih ada segelintir daripada kita yang enggan mematuhi arahan itu dengan menyeludup masuk makanan mahupun minuman dari luar.

Terbaru, tular di laman sosial yang mana seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap rakyat Malaysia yang gemar membuang sampah secara bersepah di dalam panggung wayang.

Dalam perkongsian itu, pengguna tersebut memuat naik dua keping gambar keadaan lantai di sebuah pawagam yang dipenuhi dengan kulit kuaci. Akan tetapi lokasi tempat kejadian itu tidak didedahkan. 

Hasil daripada perkongsian itu, pelbagai komen daripada netizen membanjiri ruangan posting tersebut sehingga menerima lebih daripada 4,500 retweet.

 

Undang Pelbagai Reaksi

Rata-rata komen para netizen telah mengutuk tindakan yang tiada sivik yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Twitter

Ramai yang mengatakan bahawa ia adalah sikap pengotor malah juga akan menyusahkan orang lain bagi mengemas sisa kulit kuaci yang bersepah di lantai itu.

Ada juga netizen yang mendakwa bahawa mereka juga pernah berdepan dengan pengalaman yang sama apabila ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab melakukan hal yang lebih kurang sama seperti itu.

Ternyata sikap seperti itu amatlah tidak wajar tambahan pula panggung wayang itu adalah tempat untuk bersantai untuk menonton filem bukannya tempat pembuangan sampah.

 

Semua Pihak Perlu Main Peranan Jaga Kebersihan 

Apa-apa pun ingat! Usaha menjaga kebersihan di panggung itu bukan hanya terletak pada pihak pengurusan sendiri malah kerjasama orang ramai yang mengunjungi kawasan itu juga penting untuk mengekalkan apa yang dikehendaki.

Sungguhpun sampah itu kecil, namun perbuatan ini memberi impak yang besar. Bayangkan jika anak anda mewarisi sikap buruk ini, bukankah ia sesuatu yang memalukan?

Disebabkan itu, ada pentingnya mengapa syarikat panggung wayang tidak membenarkan makanan luar . Bukan setakat menimbulkan masalah bau makanan yang tidak sesuai di dalam dewan yang berhawa dingin atau makanan yang sukar dibersihkan seperti makanan yang berminyak, kuaci dan sebagainya tetapi juga untuk mengelak kehadiran haiwan perosak.

Anda nak ke tengok wayang sekali dengan lipas, tikus dan sebagainya? Tidak kan? Jadi, bila dah habis tengok wayang, rajin-rajin kutip sampah sendiri dan jadi manusia bertamadun walaupun ada kakitangan yang boleh tolong untuk membersihkannya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Perlukah pihak pengurusan panggung wayang memperketatkan lagi pemantauan dengan melalukan pemeriksaan ke atas setiap pelanggan mereka?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN