Tular sekumpulan pelajar sedang membakar buku latihan Additional Mathematics atau Add Math kerana difahamkan tertekan dengan soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018.
Tindakan kurang cerdik pelajar-pelajar itu menimbulkan banyak reaksi netizen yang tidak bersetuju buku itu dibakar.
Rata-rata netizen marah dan kesal dengan tindakan pelajar itu yang tidak menghormati ilmu serta menyalahkan ilmu kerana tidak dapat menjawab soalan Add Math dalam peperiksaan.
Tiada perkara yang mudah begitu sahaja, kena belajar betul-betul, barulah dapat menjawab soalan itu. Takkan stress sampai sanggup bakar buku.
Semakin pelik budak zaman sekarang, suka ambil tindakan terburu-buru nak meluahkan perasaan mereka.
Netizen Anggap Pelajar Itu Biadap Dan Kurang Ajar
Ada yang mengatakan tindakan pelajar berkenaan membakar buku adalah biadap terhadap ilmu dan tidak sepatutnya berbuat demikian. Kalau ya pun soalan susah, keluar dewan dan berzikir bagi orang Islam, tenangkan hati bila menjawab soalan.
Ada yang kata tindakan pelajar itu membazirkan duit ibu bapa mereka yang bersusah payah beli buku latihan untuk anak-anak mereka ulang kaji dan belajar dengan baik, tetapi ini pula jadinya. Kesian ibu bapa mereka.
Yelah, orang miskin berlumba-lumba mencari buku di tempat longgokan buku untuk belajar dan timba ilmu, tetapi kau boleh pula bakar ilmu.
Malah, ada yang menyindir pelajar itu untuk ambil abu buku tersebut campur dalam air dan minum untuk pandai nanti.
Adakah KBAT Punca Soalan Makin Sukar?
Tetapi ada juga yang menyatakan soalan peperiksaan SPM 2018 semakin susah dan itu diakui oleh ibu bapa pelajar itu sendiri dalam laman sosialnya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata KBAT merupakan transformasi pendidikan negara berada di landasan tepat.
Beliau merujuk kejayaan pelajar-pelajar SPM 2017. Katanya, KBAT adalah perkara asas dalam transformasi pendidikan yang perlu diberi penekanan untuk memastikan penilaian pencapaian akademik pelajar lebih dinamik dan menyeluruh.
Menurutnya, keputusan SPM 2017 yang diumumkan minggu lalu menyaksikan sebanyak 66 peratus calon menguasai KBAT dengan baik.
KBAT ini bagus kalau libatkan satu penilaian yang bukan bersifat peperiksaan. Ia tidak wajar untuk ukur dalam skop peperiksaan, melainkan skop perbincangan mungkin ia boleh diterima.
Kalau seorang pelajar di bandar mungkin dapat menjawab soalan KBAT sebab mempunyai akses tuisyen dan sebagainya, potensi untuk jawab KBAT tinggi, berbanding di luar bandar.Tetapi itu hanya kebarangkalian sahaja.
Ibu Bapa Kejar Anak Untuk Skor ‘A’
Tetapi ada juga pelajar yang tertekan kerana ingin mendapatkan ‘A; dalam semua subjek peperiksaan untuk ibu bapa mereka.
Ada ibu bapa yang tekan anak mereka untuk belajar bersungguh-sungguh sampaikan kuarantinkan mereka semata-mata untuk ulang kaji pelajaran dan capai matlamat yang diharapkan.
KATA ORANG
Always joked about nak bakar buku after exam habis but we all never do it cos we all knew it was a retarded action https://t.co/Hi0R64CBml
โ quade (@azhadchikenwing) November 28, 2018
If addmaths was really shit to you in your SPM this year, then what should u do? Tawakkal, redho and pray for the best. Kalau baru habis paper addmaths spm terus nak talk shit, bakar buku, hate the subject n everything mcm mana ilmu nak berkat? Think about it guys.
โ h (@hami3an) November 28, 2018
Jangan la bakar buku tu kalau tak reti nak jawab soalan Add Math. Buku tu boleh donate dkt orang lain yg memerlukan.
โ ๐ง๐ผโโ๏ธLady of Kayman๐ง๐ผโโ๏ธ (@NabellaAnuar) November 28, 2018
Kalau tak reti buat Add Math tu salah siapa? Bukan salah buku tu. Salah diri sendiri. https://t.co/IVGdiJpMVF
Kalau marahkan kertas add maths, buku rujukan add maths dibakar.
โ Cikgu Ainan (@cikguainan) November 28, 2018
Kalau marahkan diri sendiri yang memilih keputusan yang salah, nak bakar apa ya? ๐ค