Namanya mungkin pernah didengar oleh rakyat Malaysia, tetapi adakah Mat Redho ini dikenali seluruhnya di negara sendiri? Walaupun pernah menjuarai Juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua berpasangan dengan pelakon Erin Malek pada 2014, namun beliau masih belum dikenali.
Terbaru, Mat Redho atau nama sebenarnya Redha Rozlan berusia 30 tahun telah memenangi tempat pertama dalam Ninja Challenge League 2018 yang diadakan di Perth, Australia.
Dan beliau telah mengalahkan Jake Murray dan Cameron D Silda masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Namanya kini dijulang kembali kerana perkongsiannya itu di Instagram miliknya. Ia terus menjadi perbualan hebat apabila beliau menyatakan terpaksa pecah tabung untuk menyertai pertandingan tersebut dan belum pernah ditaja oleh mana-mana pihak.
Mat Redho merupakan seorang peserta yang selalu menyertai acara sukan ekstrem seperti Ninja Warrior. Dan pengalamannya itu hanya dikongsi melalui instagramnya itu, tiada liputan yang dibuat walaupun beliau telah banyak kali mengharumkan nama negara dan mengibarkan jalur gemilang di negara orang.
Apa Yang Membuatkan Netizen Kesal?
Susulan kejayaan Mat Redho, bekas Menteri Belia dan Sukan (KBS), Khairy Jamaluddin telah mengucapkan tahniah di atas kejayaan itu. Walaupun ucapan yang ringkas, akan tetapi netizen merasakan ia satu penghargaan buat Mat Redho.
Yang menjadi perdebatan hebat netizen adalah Menteri KBS yang baharu, Syed Saddiq hanya “like” komen tanpa mengucapkan apa-apa buat Mat Redho dan mereka menganggap Syed Saddiq tidak menghargai usaha Mat Redho harumkan nama Malaysia.
Rata-rata netizen mahu Syed Saddiq yang mengelolai KBS perlu menaja Mat Redho dalam pertandingan yang disertainya dan memberi penghargaan yang sewajarnya atas usahanya itu.
Mereka mahu pihak kerajaan memudahkan perjalananya itu mengharumkan lagi nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Tetapi netizen juga perlu sedar, jangan hanya menghentam dan mengecam Syed Saddiq kerana Mat Redho juga pernah mengharumkan nama negara melalui acara ninja warrior semasa Khairy sebagai Menteri KBS. Kenapa dari dulu nama Mat Redho tidak diangkat? Kenapa tiada tajaan pun dari KBS?
Harap netizen lebih bijak untuk menilai, jangan kerana hanya “like” tiada apa-apa tindakan ya. Mungkin ada sesuatu yang lebih mengejutkan kelak. Mana kita tahukan?
Mat Redho Juga Dapat Perhatian Dari TPM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga turut mengucapkan sekalung penghargaan tahniah kepada Mat Redho di facebook miliknya dan menghargai setiap usaha yang dilakukannya dalam membanggakan rakyat Malaysia dan juga negara.
Diharap Mat Redho terus mengibarkan Jalur Gemilang di arena antarabangsa.
KBS Perlu Taja Mat Redho
Dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan baru-baru ini, KBS menyaksikan peningkatan 25 peratus peruntukan kepada agensi pelaksana seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri.
Belanjawan bagi KBS kali ini lebih menyasarkan perbelanjaan terhadap pelanggannya seperti golongan anak muda, belia, atlet negara dan komuniti.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng turut mengumumkan peruntukan RM100 juta untuk persediaan atlet ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, dengan harapan meraih pingat emas pertama negara.
Guan Eng berkata tambahan RM10 juta diperuntukkan untuk menggalakkan dan pembangunan eSports sebagai aktiviti dan industri yang diminati generasi muda melibatkan jurutera perisian dan pemaju permainan digital.
Apa lebih menarik ialah belanjawan kali ini juga dapat merapatkan jurang nisbah perbelanjaan mengurus dan pembangunan KBS daripada 70:30 untuk 2018 kepada 64:36 bagi 2019.
Berdasarkan kenyataan melahirkan atlet negara, golongan muda dan belia ini sewajarnya Mat Redho mendapat perhatian dari KBS untuk menajanya untuk terus melebarkan kariernya sebagai atlet suka ekstrem di peringkat dunia.
tak kesian ke org penat2 belajar dptkan first class sbb nak ptptn free. End up kena bayar jugak 😓#Belanjawan2019
— إيمه (@norhalimah95) November 4, 2018
KATA ORANG
Bangga dgn pencapaian @MatRedho tahniah bro! Tahniah juga utk menteri kbs @SyedSaddiq cuma nak tanya, kbs dah tamatkan anugerah sukan untuk semua ke? dah lama tak dgr majlis anugerah tu. Lg sesuai kot kalau mat redho dpt anugerah mcm tu. tp anugerah belia pun okey la
— blanco (@captblanco) November 7, 2018
calonkn je ke? hulur2 la sponsor skit bukan senang nk sampai peringkat cmtu..
— hahaziq shariff (@panda_gunung) November 7, 2018
Harap KBS bagi ganjaran kat mat redho NCL ...at least bagi dia claim belanja dia kat sana... 😇#nclfinals2018
— Madam Vogeh®️ (@wannerrunner) November 7, 2018
Congrats & salute to Mat Redho. Sudi kiranya YBSS & team beri sedikit perhatian pd wakil negara terpencil spt beliau. Takkan asyik nak pecah tabung bila nak bertanding bawa nama negara. Jgn dipersia2kan bakat serta usahanya. Maybe blh dev anak2 remaja masa kini wiz his help.
— Mona Seth (@mona_seth) November 7, 2018
Mat Redho suppose to get the most cover and attention by ministry of sports or even kbs....his level of international achievement should be shout and proud about by Malaysia....not those e-sports whatever 😐#Malaysia
— OfficialTwt_Dekja✨ (@twt_dekja) November 7, 2018