Ramai bekas perokok setuju bahawa proses untuk berhenti merokok memang susah, tetapi mereka berjaya melakukannya.
Begitu juga yang pernah berlaku kepada Sharifuddin Bujang, dimana dia merupakan bekas perokok tegar.
Beliau mula merokok sejak di sekolah rendah lagi, namun mula berhenti tabiat buruk itu selepas menyedari tentang bahaya rokok kepada kesihatan.
Sharifuddin atau Pak Din, juga pernah mencuba rokok elektronik atau vape hanya semata-mata untuk menjauhkan diri daripada rokok.
Namun, dia tidak dapat bertahan lama dengan vape dan kembali merokok.
Cipta Peranti Berjenama NCIG
Disebabkan ingin betul-betul berhenti, Pak Din tampil dengan peranti berjenama NCIG sejak Januari lalu.
Produk berkenaan dipasarkannya selepas melalui pelbagai penyelidikan dan pembangunan (R&D) selain mencubanya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memasarkannya.
Difahamkan NCIG mampu menghilangkan ketagihan merokok dikalangan perokok tegar.
Selama setahun dia mencuba peranti berkenaan sebelum memasarkannya kepada orang ramai.
Tarik 60,000 Perokok Tegar Berhenti Merokok
Sedar tak sedar, usaha Pak Din itu sudah berjaya ‘mempengaruhi’ lebih 60,000 perokok untuk kembali menjalani kehidupan yang sihat.
Secara peribadi, Pak Din juga tidak pernah menjangka peranti yang dipasarkannya itu mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan.
Sejak mula dipasarkan di Malaysia, peranti berkenaan sudah terjual sebanyak 60,000 unit.
Kata Pak Din, sambutan luar biasa itu membuktikan ramai perokok tegar ingin meninggalkan tabiat buruk itu namun ramai gagal melakukannya disebabkan tiada kesungguhan selain produk di pasaran tidak sesuai dengan mereka.
Netizen Dakwa NCIG Tak Ada Beza Dengan Merokok
Pak Din berkata, dia mempunyai misi tersendiri iaitu mensasarkan sejuta perokok tegar beralih daripada rokok biasa kepada peranti elektronik.
Adalah menjadi harapan Pak Din untuk membantu masyarakat berhenti merokok selain menjadikan peranti elektronik sebagai trend memandangkan ia lebih selamat dan dapat membantu menghilangkan ketagihan rokok.
Bagaimanapun, netizen memberikan komen sebaliknya. Mereka menyatakan tidak ada beza pun bagi perokok untuk berhenti merokok, kerana asasnya adalah sama, iaitu tetap merokok dan mengeluarkan asap.
Mereka berkata, nikotin tetap ada dalam perisa yang dijual itu. Dan apa bezanya?
Mereka kata ada banyak cara untuk perokok tegar berhenti merokok sepenuhnya. Seperti ubat atau apa sahaja suplemen yang dapat menangani masalah ketagihan perokok tegar ini.
Itu hanya pandangan sesetengah netizen terhadap isu ini.
Taktik Nak Kayakan Diri Sendiri
Nama pun berniaga, semua orang mahukan keuntungan dan menambah pendapatan. Tidak ada isu pun untuk mempertikai pendapatan Pak Din ini.
Namun, ada pula segelintir netizen yang mendakwa Pak Din cuba menarik perokok tegar ini untuk membeli peranti tersebut demi mengkayakan dirinya sendiri.
Mereka beranggapan peranti ini sama seperti merokok juga.Jadi, usaha Pak Din untuk menangani ketahihan perokok tegar adalah alasan semata-mata.
Bagi perokok tegar mungkin sedikit kekangan untuk berhenti merokok secara mengejut, mungkin dengan peranti ini ia mampu menangani mereka yang menghisap rokok berkotak-kotak.
KATA ORANG
Bak kata pak din bukan senangmak jadi senang la chad hafsshajk aku punya thumb baru hilang ni ncig berapa duit pakai tu chad?
— Amirul dah insaf. (@ropolsatan) January 31, 2019
Korang kenal tak pak din yang pernah masuk motif viral tu? Kalau kenal, ha dia la yang cipta ncig ni #ncigmy #ncig4u @NCIG_MY
— punei (@puneirubyjane) April 11, 2019
I am so proud with Pak Din (@pakdinasty on IG). Sebab kan dia boleh keluarkan product yang bagus & berkualiti macam #ncigmy ni 👍🏻 #ncig4u @NCIG_MY pic.twitter.com/1TcbTuBaMV
— Ekyn Aris (@ekynaris_) April 11, 2019
Selain tu, ROKOK dan NCIG ni jugak macam virus dan antivirus.
— Zikri Azhari (@zikri_azhari) February 3, 2019
Orang yg sama cipta virus akan buat antivirus. Bila orang ketagih atau terdesak dan takut, dia tak kesah nak keluar duit banyak mana.
Kat situ pioner kaut keuntungan. Sebab tu dalam bisnes, FEAR is the best business.