Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai didera oleh nenek tirinya apabila mukanya direndam didalam minyak panas sehingga mengakibatkan muka kanak-kanak tersebut melecur teruk.

Punca kejadian dikatakan, hanya kerana kanak-kanak perempuan berkenaan tidak mahu menggoreng keropok apabila disuruh nenek tirinya tersebut, teruk diperlakuan sehingga begitu sekali.

Mangsa yang dikenali sebagai Rachel melecur bahagian mata kiri, hidung dan pipi dan terpaksa ditahan dirumah sakit sehingga lukanya sembuh dan kesihatannya stabil.

Yang menyedihkan selepas sehari barulah Rachel dibawa ke rumah sakit setelah diketahui ayahnya yang dikatakan duduk berasingan.

Wajarkah Rachel diseksa sebegitu rupa? Tergamak seorang nenek yang patutnya menjadi pelindung namun bertukar kejam sehingga sanggup menganiayai cucunya sendiri.

 

Penderaan Emosi Dan Fizikal Dikalangan Kanak-kanak

Sudah begitu banyak kisah-kisah penderaan samada fizikal mahupun emosi dilaporkan terhadap bayi dan kanak-kanak oleh pengasuh mahupun ahli keluarga sendiri.

Mengapakah orang-orang dewasa ini sewenangnya menjadikan kanak-kanak yang tidak berdosa sebagai mangsa mereka?

Mentang-mentanglah anak-anak ini masih tidak mampu melawan, sesuka hati mereka diperlakukan sebegini.

Menurut kajian, individu yang sering menjadi mangsa dera fizikal dan emosi akan membesar menjadi individu yang sangat defensif dan berkemungkinan akan melakukan penderaan terhadap orang lain sama ada orang luar mahupun ahli keluarga mereka sendiri.

Ianya seperti satu kitaran yang berpusing dan akan terus menghantui jiwa si mangsa.

Mengapakah jenayah penderaan ini seperti tiada penghujungnya? Saban hari pasti ada cerita baru tentang penderaan kanak-kanak.

Walaupun penderaan fizikal yang dilakukan akan pulih namun kenangan pahit tersebut pasti akan diingati sampai bila.

 

Kita Hero Anak-anak

Tahukah anda, setiap gerak geri ibu bapa mahupun ahli keluarga yang lain sering diperhatikan oleh anak-anak yang masih kecil dan akan menjadi ikutan mereka secara ‘direct’ ataupun apabila mereka meningkat dewasa kelak.

Jika cara didikan di rumah kasar dan ganas, lebih-lebih lagi jika ibu bapa bercakap dan berkomunikasi dengan anak-anak dengan cara yang tidak sopan pasti anak-anak itu sendiri akan melakukan perkara yang sama terhadap mereka mahupun orang luar.

Ramai ibubapa yang berang apabila anak-anak mereka bersikap kurang ajar dan terlibat dengan masalah-masalah sosial,namun pernahkah mereka memikirkan dengan lebih mendalam dimana silap didikan mereka sehingga anak-anak menjadi bermasalah seperti itu.

Di dalam Islam sendiri, ramai ustaz dan ustazah menerangkan agar mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesantunan.

Seperti kata Ustazah Norbaiyah, kuasa ‘Ya Latif’ lebih hebat dan berkesan dari kuasa rotan. Malahan kesannya berpanjangan sehingga akan mempengaruhi perwatakan dan peribadi anak-anak kita dimasa hadapan.

Ustazah Okisetianadewi juga pernah menyatakan, kita sering mengaitkan isu anak derhaka apabila si anak mengabaikan orang tua dan tidak berbakti kepada orang tua. Namun tahukah kita, jika ibu bapa tidak mendidik anak-anak dengan ilmu agama dan didikan yang baik, ibu bapa terlebih dahulu telah menderhaka kepada anak-anak mereka.

Dengan kekasaran, makian, dan penderaan yang tidak wajar diberikan kepada anak-anak, bagaimanalah anak-anak hendak menbesar dengan suasana yang damai dan harmoni.

 

Jangan Bagi Peluang

Setiap individu yang terlibat dengan penderaan kanak-kanak wajar diberikan hukuman yang berat agar ianya menjadi pengajaran di masa hadapan. Tidak patut ada sebarang tolak ansur terhadap mereka.

Dan nasib kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan wajar dibela. Jika bukan kita siapa lagi.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, apakah hukuman yang patut diberikan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN