Pagi ini, lebih 300 nelayan Pantai Timur berdemonstrasi di hadapan Parlimen hari ini bagi membantah bot tunda berlesen tempatan yang diusahakan oleh nelayan asing di perairan negara.

Menurut wakil nelayan Kelantan, Nik Mohd Kamal Husin, demonstrasi itu semata-mata bagi meminta perhatian kerajaan atas masalah yang membelenggu nelayan Pantai Timur.

Mereka turut menghantar memorandum yang dituju kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), Menteri Dalam Negeri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Dato’ Salahuddin  Ayub).  

Dalam memorandum tersebut, mereka meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap operasi bot laut dalam zon C dan C2.

Terutama melibatkan bot yang diperolehi daripada pembelian secara terpakai luar negara terutama dari Vietnam yang diluluskan kerajaan.

 

Nelayan Menderita Pendapatan Terjejas.

Memorandum itu turut memberitahu situasi itu menyebabkan pendapatan nelayan tradisi tempatan terjejas kerana kemasukan bot-bot laut dalam terpakai tersebut bertindak rakus beroperasi menangkap ikan sehingga kawasan tepi pantai.

Jelasnya, keadaan laut mereka semakin terancam oleh nelayan asing dan nelayan asing berdaftar terutama khas ditujukan kepada nelayan Vietnam.

Nelayan-nelayan Vietnam ini pekerjaannya terlampau teruk sehingga menjahanamkan semua ekosistem lautan negara dan mungkin akan merosakkan sistem akuakultur hingga anak cucu kita di depan hari mungkin tak dapat mencari rezeki lagi di lautan.

Tahun lalu, Salehuddin memberitahu hanya 40 nelayan asing dari Vietnam dan Thailand masih dibenarkan untuk menangkap ikan di perairan negara oleh Jabatan Perikanan.

 

Sejak Zaman BN

 Kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional sebelum ini telah mengeluarkan 343 permit menangkap ikan kepada 176 nelayan Vietnam dan 167 nelayan Thailand pada tahun 2008 bagi mengatasi masalah kekurangan bilangan nelayan laut dalam tempatan dan bekalan ikan pada masa itu.

Begitu pun, pemberian lesen itu telah dibekukan sejak Oktober 2017 berikutan banyak berlaku kes penyalahgunaan sehingga menjejaskan nelayan tempatan dan sumber hasil laut negara.

 

 

Wujud Rasuah Keselamatan Perairan Malaysia ?

Isu ini bukannya isu baru namun sudah bertahun-tahun telah dibangkitkan oleh para nelayan. Tetapi mengapa sehingga kini masih berlarutan? Apa yang menimbulkan persoalan adakah pihak berkuasa kita tidak menjalankan tugas mereka bagi membendung masalah nelayan asing ini?

Terdapat kemunginan juga pihak berkuasa telah berkerjasama dengan nelayan asing ini dan mendapat laba yang dibayar sehingga mereka terlepas ke perairan Malaysia dengan mudah.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah pernah mendedahkan terdapat sindeket penjualan lesen bot di perairan Terengganu melibatkan orang tempatan dan atasan bergelar VIP yang menyebabkan ramai nelayan asing memasuki perairan negara ini dengan mudah.

Bayangkan setiap satu bot (sindiket) perolehi RM5000. Kalau 10 bot mereka boleh perolehi RM50 ribu sebulan

Menurutnya, lesen tersebut telah diperolehi oleh orang tempatan yang kemudiannya diberikan kepada operasi bot Vietnam haram.

 

 

Minta Masa 3 Bulan Untuk Selesai Masalah

 

Ekoran dari demonstrasi yang dijalankan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminta masa tiga bulan untuk merangka langkah penyelesaian terhadap masalah nelayan.

Setelah bertemu dengan wakil nelayan yang berdemonstrasi di hadapan parlimen pagi tadi, menterinya Salahuddin Ayub memberi jaminan kerajaan akan meneliti dan membuat pembaharuan terhadap polisi perikanan.

Salahuddin turut memberi jaminan tidak ada kompromi terhadap kes penyalahgunaan lesen seperti yang dibangkitkan oleh kumpulan nelayan tersebut.

Selain itu, beliau juga telah meminta mandat kabinet untuk meneruskan Operasi Naga bagi menangani masalah pencerobohan nelayan asing, khususnya dari Vietnam.

 Melalui Operasi Naga bersepadu kementeriannya, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri itu, sebanyak 62 kapal asing dihadapkan ke mahkamah antara April hingga Julai.

 

Langkah Malaysia Boleh Ambil

Pihak polis dan marin sepatutnya menjaga zon perikanan negara ini untuk nelayan tempatan menangkap ikan dengan selesa dan menguntungkan.

Kerajaan juga perlu implementasikan satu dasar dengan betul supaya industri nelayan ini tidak ditindas oleh perasuah.

Malah, kerajaan Malaysia juga boleh mengambil contoh seperti negara Indonesia yang mengambil tindakan tegas sehingga mampu membendung masalah ini walaupun mempunyai keluasan laut yang lebih luas dari Malaysia.

Tindakan tegas dan hukuman setimpal seperti di Indonesia perlu dilakukan dimana mereka tangkap dan hukuman lebih lama dan bot ditinggelamkan serta  dirosakkan. 

Dengan cara ini,  tuan empunya bot tidak boleh lagi menuntut semula bot mereka dengan menawarkan ribuan ringgit.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah wujud rasuah dalam isu ini?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN