Anda berasa tertekan dengan kehidupan sekarang? Masalah kewangan? Tiada jodoh? Masalah ini mungkin dapat di atasi sekiranya anda mengambil keputusan untuk menetap di beberapa buah negara di dunia.

Sumber: Metro TV

Beberapa buah negara maju di dunia seperti Russia, Jepun, Jerman dan Singapura memerlukan anda untuk membantu meningkatkan populasi negara mereka. Berdasarkan laporan, kesemua negara terbabit mempunyai kadar kelahiran yang sangat rendah dan kadar kematian yang tinggi. Hal ini telah menyebabkan populasi negara tersebut semakin berkurang saban tahun.

Pemberian Insentif

Memetik laporan Xinhua.net, pemerintah Russia memberikan bantuan kewangan kepada mereka yang ingin berkahwin dan mahu menambah bilangan ahli keluarga. Insentif akan diberikan secara khusus kepada golongan muda kerana mempunyai kadar kesuburan yang tinggi.

Begitu juga bantuan kepada mereka yang berpendapatan rendah serta mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Segala bantuan yang diberikan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban setiap keluarga di Russia seterusnya dapat mengurangkan kadar kematian penduduk.

Sumber: Next Big Future

Hal sama turut dilaporkan berlaku di Jepun dan Jerman. Ini kerana masyarakat di kedua-dua negara tidak berminat untuk berumah tangga. Bagi mereka yang berkahwin dengan rakyat kedua-dua negara, pemerintah akan memberikan kewangan sebagai satu bentuk bantuan.

Dalam masa yang sama sekiranya anda disahkan hamil dan mempunyai anak, pelbagai insentif dan elaun akan diberikan bagi memastikan kehidupan anda terus terpelihara.

Kebenaran Berpoligami

Mungkin anda tidak percaya, poligami tidak lagi menjadi masalah di Rusia. Meskipun tidak diiktiraf dalam perlembagaan, tindakan tersebut bukanlah suatu jenayah. Ini disebabkan bilangan golongan lelaki di Russia sangat sedikit jika dibandingkan dengan wanita.

Beberapa pemimpin politik Rusia seperti Vladimir Zhirinovsky, Ramzan Kadyrov serta pemimpin agama Islam Talgat Tadzhuddin turut bersetuju sekiranya cadangan undang-undang perkahwinan poligami digubal.

Walaupun poligami dibenarkan, secara undang-undang hak perwarisan harta hanya tertakluk kepada isteri pertama tetapi tidak kepada isteri-isteri yang lain.

Diberi Kerakyatan Dan Potongan Harga

Bagi golongan imigran yang bekerja di Singapura, mereka telah ditawarkan kerakyatan oleh pemerintah sekiranya berminat. Langkah ini bertujuan untuk menyeimbangkan kadar usia di Singapura yang semakin mencecah usia senja. Namun pemberian warganegara akan diseimbangkan berdasarkan komposisi etnik di Singapura.

Sumber: Free Malaysia Today

Dalam masa yang sama, untuk mereka yang berkahwin dan mempunyai anak, kerajaan akan memberikan bonus secara kekal sehingga mempunyai tiga orang anak. Yang menariknya, mereka akan dibayar sebanyak SD $8,000 untuk setiap kelahiran dengan kos rawatan bersalin akan ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya.

Bukan itu sahaja, mereka yang berkeluarga akan diberikan potongan harga yang sangat lumayan sekiranya membeli rumah untuk didiami.

Tatkala kebanyakan negara di dunia bimbang tentang ‘survivaliti’ dan kemelut ekonomi, mereka pula bimbang akan golongan muda yang semakin berkurang.  Kesimpulannya, semaju mana sesuatu negara mereka tetap mempunyai masalah tersendiri.

Ini bererti kekayaan bukanlah segalanya. Duit tidak akan bererti sekiranya populasi rakyat semakin berkurang. Kesannya, kekayaan hasil negara akan merudum disebabkan kemuncupan ekonomi dalam negara. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah tawaran seumpama ini menarik minat anda?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN