Ahli falsafah Roman, Marcus Tullius Cicero berkata, sebuah bilik tanpa buku umpama badan tanpa jiwa. Namun hakikat yang berlaku pada hari ini, untuk melihat satu daripada 100 orang di persekitaran kita yang membaca buku amatlah sukar. Ditambah pula dengan keadaan industri buku yang ‘hidup segan mati tak mahu’.

Rakyat Malaysia Sangat Bergantung Telefon Pintar

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Limelight Networks Inc yang merupakan peneraju global dalam penyampaian kandungan digital mendapati sebanyak 69 peratus daripada rakyat Malaysia tidak mampu hidup tanpa telefon pintar. Malah, rakyat Malaysia boleh dikelaskan sebagai paling ketagih menggunakan telefon pintar selepas India.

Sumber: Rojak Daily

Berdasarkan peratusan tersebut sebanyak 74.7 peratus rakyat Malaysia suka membaca buku digital. Ini bermakna hanya 25.4 peratus rakyat Malaysia lebih gemar memilih buku fizikal.

Kajian yang dilakukan oleh Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) menerusi Berita Harian, menunjukkan output buku pada 2017 hanya RM800 juta sahaja. Jumlah semakin menurun saban tahun. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan penurunan angka pengeluaran buku saban tahun.

Ketiadaan Baucer Buku Khas

Tindakan kerajaan menggantikan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) kepada Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M) pada tahun 2017 telah menyebabkan industri buku kecewa terhadap kerajaan. Perubahan BB1M kepada KADS1M mengakibatkan pembelian daripada pelajar merudum berikutan pengurangan dana perolehan buku yang disalurkan untuk tujuan selain buku dalam KADS1M. Malah industri buku semakin terumbang-ambing sekali gus membiarkan industri buku lumpuh. Ditambah dengan keadaan ekonomi yang mencabar banyak penerbit buku yang terpaksa gulung tikar.

Sumber: Berita Harian

Tutup Cawangan

Pada awal Ogos tahun lalu, MPH Group Malaysia Sdn. Bhd. (MPH), telah menutup satu cawangan utamanya di pusat membeli-belah 1Utama, Petaling Jaya, Selangor setelah beroperasi selama 15 tahun. Penutupan cawangan tersebut telah mengejutkan sasaran kerana cawangan tersebut merupakan salah satu kedai buku ikonik di Lembah Klang.

Presiden Persatuan Penjual Buku Malaysia, Keith Thong berpandangan margin penjualan buku yang sedikit tidak mampu mengatasi kadar sewa selain peningkatan kos operasi. Dengan era penjualan buku terpakai dan lebihan terbitan kebiasaannya berjudul lama, orang ramai lebih memberi tumpuan buku-buku berharga lebih murah berbanding terbitan baharu yang berharga tinggi.

Terpaksa Jual Barangan Lain

Bagi meneruskan kelangsungan hidup kedai-kedai buku,  pada hari ini kebanyakan kedai buku telah mempelbagaikan jualan mereka seperti alat tulis,makanan dan minuman ringan, alat permainan serta barangan hiburan lain. Disebabkan majoriti syarikat dalam industri buku negara  bertaraf IKS, manakala hanya beberapa syarikat sahaja yang berstatus syarikat senarai awam menyebabkan tindakan mempelbagaikan jualan merupakan langkah terdesak.

Sumber: Awani

Jaminan Dr Mazlee Malik

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bersetuju untuk meneruskan skim bantuan baucer buku kepada mahasiswa. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Kabinet yang pertama selepas Belanjawan 2019 yang dibentang Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Setelah mengamati angka-angka penurunan buku setiap tahun, penerbit-penerbit perlu merancang pelbagai strategi untuk membawa idea penulisan ke arah pendigitalan. Mungkin golongan pembaca semakin berkurang tetapi sekurang-kurangnya strategi pendigitalan dapat mengurangkan kos operasi syarikat.

Jika dahulu buku merupakan satu bentuk hiburan bagi mengisi masa lapang, namun perubahan pemodenan zaman digital hari ini menyebabkan mod pembacaan golongan muda telah berbeza dengan bacaan hanya untuk mendapat maklumat khusus.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah industri buku negara akan berkembang semula?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN