Nasi Lemak merupakan antara makanan yang disukai oleh hampir semua rakyat Malaysia. Makanan ini boleh di makan pada bila-bila masa sahaja tidak kira pada waktu pagi, tengah hari mahupun pada waktu malam.

Boleh dikatakan, setiap tempat makan di Malaysia termasuklah restoran mamak juga mempunyai menu nasi lemak .

Nasi lemak asalnya dimakan dengan sambal bilis dan telur rebus. Sekarang, makanan ini telah dipelbagaikan dengan lauk-lauk tambahan lain seperti sambal sotong, ayam masak merah, daging masak merah dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, ada juga yang menggunakan konsep nasi lemak ini dalam produk-produk lain seperi burger nasi lemak, ais krim nasi lemak dan jangan terkejut kondom pun ada perisa nasi lemak tau!

sumber: juiceonline

sumber: CARI-infonet

sumber: SAYS.com

Twitter hari ni dengan hashtag #NasiLemak menjadi trending paling atas sekali.

sumber: trends24.in

Google Doodle

Terbaru, di muka depan carian Google, terdapat doodle disertakan dengan klip video animasi yang berdurasi 40 saat yang berjudul “Celebrating Nasi Lemak”.

sumber: google

Doodle tersebut memaparkan hidangan pada daun pisang dan pinggan, beserta reka bentuk batik bertemakan bunga (satu lagi penghormatan kepada warisan Malaysia) yang menjadi latar belakang. Gambar nasi tersebut terletak secara kreatif di antara perkataan “GOOGLE”.

Klip video tersebut mempunyai semua elemen yang diperlukan untuk membuat hidangan nasi lemak bermula dari penyediaan beras dan santan, daun pandan, ikan bilis, kacang tanah, timun, bawang, telur rebus dan yang paling penting ialah sambal. Pasti anda terliur dengan nasi lemak kan?

 

Nasi Lemak London

Begitu juga dengan kisah seorang warga Malaysia kelahiran Sabah, Duzy Noramzamnas Abdul Aziz yang berusia 30 tahun mengusahakan perniagaan Nasi Lemak Nek Nong di London telah mencuri perhatian mereka di London.

sumber: twitter London Informer

Difahamkan sebelum ini, Duzy juga pernah mengusahakan Warung Nasi Lemak Ben-Seoul di Korea Selatan tetapi ditutup kerana dia mahu kembangkan perniagaannya di London.

Pelanggan hanya mengambil masa lima minit berjalan kaki dari Stesen Paddington dan bersebelahan Bayswater untuk pergi ke kedai Nasi Lemak Nek Nong. Rakyat Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia antara pelanggan tetap di kedainya itu.

Nasi Lemak Penyebab Obesiti?

Ada sesetengah rakyat Malaysia menganggap Nasi Lemak merupakan satu faktor kepada terjadinya obesiti.

sumber: Toodia.my

Pada zaman ini, pemakanan nasi lemak kini tidak sama dengan pemakanan yang diambil oleh orang-orang dahulu kerana orang dahulu hanya ambil pada waktu sarapan.

Selepas makan, mereka akan melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, membajak sawah, menorah getah dan menuai padi di mana penggunaan yang disumbangkan oleh Nasi Lemak tadi digunakan sepenuhnya. Pengasilan lemak juga kurang dalam badan.

Berbeza pula dengan kita sekarang, tidak banyak melakukan aktiviti-aktiviti yang menggunakan tenaga sepenuhnya dalam kehidupan seharian dan menyebabkan menjadi lemak dalam badan kerana tidak digunakan.

Tetapi benarkan nasi lemak penyebab obesiti? Adakah sebab nasi lemak atau kita yang terlebih makan dan malas bersenam? Fikir-Fikirkan…

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda penggemar nasi lemak?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN