Sumber: Berita Harian

Kemenangan gabungan Suara Siswa dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaya baru-baru ini berjaya membuktikan bahawa idealisme baru sedang dilakar oleh mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini. Kemenangan ini sekaligus meranapkan pemerintahan Penggerak Mahasiswa sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) yang dipegang selama 4 tahun berturut-turut.

Lebih manis, ini merupakan PRK Universiti Malaya pertama kali diadakan dan diurus sepenuhnya oleh mahasiswa setelah hampir 50 tahun dikendalikan oleh pihak pentadbir universiti. Ia sebagai langkah yang baik dan wajar dipuji.

Sumber: Suara Siswa

Gabungan 3 Front Mahasiswa

Suara Siswa merupakan satu gabungan baru di kampus UM yang pro mahasiswa dianggotai oleh 3 Front iaitu Demokrat UM, Angkatan Mahasiswa dan UM Association of New Youth (UMANY) berjaya menyapu bersih kesemua lapan kerusi umum yang dipertandingkan, serta mengungguli 15 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan bagi setiap fakulti dan akademi.

Sumber: Facebook Ahnaf Irsyad

Ketiadaan gerakan Pro-Mahasiswa yang pro kepada tuntutan mahasiswa sejak 4 tahun lalu akibat krisis perpecahan menyebabkan vakum tersebut diisi sepenuhnya oleh front Penggerak Mahasiswa yang melihat tiada saingan di kampus.

Namun kemunculan ketiga-tiga front baru, iaitu Demokrat UM, Angkatan Mahasiswa dan UMANY yang mengangkat semula suara dan aspirasi mahasiswa memberi sinar baru kepada gerakan mahasiswa. Daripada desakan, tuntutan serta tekanan yang dilakukan kepada pihak pentabir selama tiga tahun berturut-turut akhirnya mahasiswa menilai dan menerima pembawaan mereka.

Sumber: Facebook Haziq Azfar

Malah, idealism perjuangan mereka diterjemahkan dalam  manifesto yang berbentuk kreatif dan menarik berbanding lain-lain front yang bertanding. Penggerak Mahasiswa selaku pemenang PRK selama 4 tahun masih menyediakan kaedah yang sama dalam penyediaan manifesto.

Instagram Syafiqah Kamarudin (Manifesto Penggerak)

Apa yang menarik, kemenangan Suara Siswa yang merupakan salah satu gerakan Non-Partisan di dalam kampus  membuktikan bahawa mahasiswa UM sudah mula menolak pendekatan politik luar yang dibawa ke dalam kampus.

Front Mesra Politik Luar

Untuk makluman, terdapat beberapa front mahasiswa yang dikatakan mesra dengan pendekatan parti politik di luar kampus. Antaranya Penggerak Mahasiswa yang sinonim dengan UMNO Kampus, Neo Siswa yang merupakan Pas Kampus serta Pewaris yang merupakan sayap Armada Bersatu (PPBM). Bagi Harmoni Kampus, ia merupakan satu front di bawah NGO Ikram.

Adakah dakwaan tersebut benar?

Tidak, masih ramai yang mengaitkan gerakan mahasiswa hari ini dengan parti luar, sedangkan tidak semuanya begitu. Jika dahulu, mungkin keadaannya berbeza. Malah tidak ada sesiapa yang menyangka, beberapa ketua front di kampus mempunyai idea politik yang berbeza di luar dan di dalam kampus.

Sumber: Penggerak Mahasiswa

Misalnya Penggerak Mahasiswa yang digelar sebagai UMNO Kampus mempunyai pengerusi yang berfahaman politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di luar. Begitu juga dengan wakil dari Suara Siswa yang bakal diangkat menjadi Yang Di Pertua MPPUM merupakan pemuda Pas di luar kampus.

Jelas dapat dilihat, pembawaan yang dibawa mereka tidak mengikut naratif politik luar walaupun berbeza pandangan peribadi, malah mereka sendiri yang mencorakkan identiti tersendiri di dalam kampus. Rata-rata mahasiswa mengenali sosok mana yang ingin dipilih walaupun kecenderungan politik mereka yang bertanding berbeza di luar kampus.

Naratif Baru

Inilah naratif baru politik mahasiswa, penilaian bukan berdasarkan pegangan politik luar, tetapi idealisme dan pembawaan yang dibawa oleh setiap front bagi memastikan pendekatan yang dibawa lebih menguntungkan mahasiswa yang menjadi sebahagian daripada pemegang taruh universiti.

Sumber: Facebook

Apa yang ingin dipuji, kelewatan mengadakan PRK hampir satu semester pengajian telah memberi peluang kepada mahasiswa khususnya bagi tahun pertama untuk mengenali lebih lanjut pembawaan setiap front mahasiswa yang ada di kampus.

Mungkin ini boleh dikatakan sebagai tempoh masa penilaian politik kampus yang sesuai, memandangkan dahulu mereka hanya diberi masa 2 minggu sahaja sebelum PRK untuk mengundi dan hanya mengenali sosok tokoh dari satu front (Penggerak Mahasiswa) yang menguasai kampus serta disokong oleh pentadbir universiti.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah politik kepartian akan diterima di kampus pada masa akan datang?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN