Sumber : FMT

Sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, Xiddig Cellular Communication yang baru-baru ini melancarkan projek jalur lebarnya dikatakan menyalahgunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa majlis pelancaran tersebut.

Isu penyalahgunaan ini timbul apabila teks ucapan yang dibacakan oleh  Timbalan Speaker Dewan Rakyat , Abdul Rashid Hasnon dikatakan teks dari Dr Wan Azizah dan mendapat kebenaran rasmi daripada Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Dr Wan Azizah yang tidak dapat menghadirkan diri pada majlis tersebut.

 

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nak Saman Xiddig

Sumber : Astro Awani

 Abdul Rashid Hasnon yang dikatakan menjadi ‘kambing hitam’ dalam majlis tersebut, mengeluarkan kenyataan akan meyaman pihak penganjur majlis tersebut kerana telah menimbulkan kekeliruan bagi pihak Timbalan Perdana Menteri dan dirinya.

Beliau menegaskan bahawa kehadirannya ke majlis tersebut bukanlah untuk mewakili Timbalan Perdana Menteri dan pada hari kejadian baru beliau diberitahu Dr Wan Azizah tidak dapat hadirkan diri.

Pihak penganjur seterusnya meminta beliau menyampaikan ucapan yang telah disediakan bagi merasmikan majlis tersebut.

 

Setiausaha Politik TPM Bagi Kebenaran, Tapi Nafikan Pula

 Menurut syarikat tersebut, pihak penganjur telah menerima kebenaran daripada setiausaha politik Wan Azizah untuk menjadikan Abdul Rashid wakil untuk majlis tersebut.

Sumber : MyKMU

Namun beberapa jam selepas majlis tersebut berlangsung, Dr Wan Azizah mengeluarkan kenyataan bahawa teks ucapan tersebut bukanlah datang dari pihaknya dan tidak ada mewakilkan sesiapa untuk membaca ucapan tersebut.

Xiddig Kesal Kerajaan Seolah-olah Mencemar Imej Syarikat

 Syarikat Xiddig yang bakal melancarkan projek jalur lebar berkelajuan tinggi 5G ini pada November depan merasakan isu ini akan mencemarkan nama syarikat mereka.

Pengarah syarikat Xiddig, Abdul Rashid meluahkan rasa kecewa beliau dengan reaksi kerajaan Pakatan Harapan terhadap syarikatnya walaupun projek berkenaan mendapat sokongan dari Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, siapakah yang bersalah dalam isu ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN