Sejak dahulu lagi, isu Kampung Kerinci yang ditukar nama kepada ‘Bangsar South’ sering dijadikan kontroversi hangat pihak tertentu.

Sumber: WORLD OF BUZZ

Ada yang mempertikaikan mengapa nama Kampung Kerinci itu diubah kepada Bangsar South sedangkan kedudukan itu tidak pernah menjadi sebahagian daripada kawasan Bangsar.

Adakah kerana kawasan Kampung Kerinci ini dilihat seakan-akan mundur berbanding kawasan lain sehingga namanya terpaksa ditukar supaya ia kedengaran sedikit ‘modern’ bagi menarik minat orang luar?

Walaupun Bangsar South telah ditukar namanya kepada Kampung Kerinci oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil baru-baru ini, namun segelintir netizen di media sosial dilihat menentang idea tersebut dengan berpendapat bahawa harga hartanah di kawasan tersebut mungkin akan terjejas sekiranya ia ditukar kepada nama asal.

 

Kampung Kerinchi Satu Warisan Sejarah

Sumber: Kosmo

Melihat kepada sejarah sebelum ini, Kampung Kerinci sebelum ini sering dikatakan menjadi lokasi migrasi sekumpulan orang-orang Kerinci yang datang dari Jambi, Acheh dan Minangkabau, Indonesia ke Tanah Melayu pada penghujung abad ke-18.

Jadi, disebabkan banyaknya keturunan dari Sumatera, Indonesia di kawasan tersebut, lalu diberikan nama Kampung Kerinci.

Sumber: The Edge Markets

Namun pada 2012, nama Kampung Kerinchi ditukar kepada Bangsar South apabila kawasan itu dinaik taraf dengan rupa baru dalam bentuk pembangunan pesat dengan adanya pusat beli belah dan residensi mewah di kawasan tersebut.

Di Kampung Baru misalnya, walaupun kawasan tersebut dipenuhi dengan masyarakat Melayu namun namanya masih lagi dikekalkan sebagai warisan sejarah terhadap identiti masyarakat Melayu.

Sama seperti di Kampung Kerinci, kawasan tersebut juga pada asalnya merupakan satu warisan sejarah setempat yang sepatutnya dipertahankan dan dijadikan satu kebanggaan.

Oleh yang demikian, Fahmi Fadzil tetap mahu mengekalkan nama kawasan Kampung Kerinchi tersebut kerana mahu memartabatkan sejarah bangsa dan negara yang selama ini diperjuangkan walaupun ditentang beberapa pihak.

Dan sekiranya nama tersebut terus dikekalkan sebagai Bangsar South, ia mungkin akan melenyapkan kisah asal sejarah di kawasan terbabit.

 

Tukar Nama, Adakah Beri Impak Pada Hartanah?

Sumber: edgeprop.my

Mungkin ada yang beranggapan bahawa apabila nama Bangsar South ditukar kepada nama Kampung Kerinci, tindakan tersebut akan menyebabkan nilai hartanah di kawasan berkenaan jatuh dan susut nilainya.

Benarkah?

Walaupun ramai yang berpendapat pertukaran nama akan menjejaskan pasaran hartanah di kawasan ini, namun ia sebenarnya tidak memberikan apa-apa impak secara langsung kepada hartanah di sekitar kawasan tersebut.

Menurut mereka, walaupun nama di kawasan tersebut memainkan peranan penting dalam soal beli hartanah, namun dengan kepesatan rumah apartment serta kondo yang didirikan di kawasan tersebut, nilai serta imej kawasan tersebut akan naik dengan mendadak.

Sumber: The Star

Ditambah pula dengan adanya Universiti Malaya yang berdekatan kawasan tersebut, Kampung Kerinci pastinya akan menjadi pilihan pelajar untuk mencari rumah sewa.

Sekarang ini, kawasan di sekitar Kampung Kerinci tidak seperti dahulu yang terkenal dengan hartanah jenis kediaman bertaraf kos rendah seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) namun kini ia tidak seperti dahulu.

Sumber: StarProperty.my

Kondominum, apartment mewah, pusat beli belah terkenal iaitu Bangsar Gateaway dan juga beberapa bangunan komersial yang berdekatan dengan kawasan sekitar Kerinci juga menjadikan nilai hartanah di kawasan tersebut meningkat tinggi.

Malah, harga Hartanah di kawasan ini juga dikatakan telah meningkat naik antara 30% hingga 40% dalam tempoh 5 tahun ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Setuju atau tidak nama Bangsar South ditukar kepada Kampung Kerinci?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN