Kejayaan dan kekayaan yang dikecapi oleh seseorang adalah anugerah daripada tuhan yang maha esa. Pemberian yang tuhan berikan sudah pastinya mempunyai hikmah tersendiri yang tidak lain dan tidak bukan untuk membantu sesama masyarakat khususnya mereka yang sangat memerlukan pertolongan.
Bantuan bukan berkaitan wang semata-mata, ada kalanya berkaitan tips, dorongan, motivasi diri, dan lain-lain lagi bagi mencapai matlamat yang diingini. Sama ada bantuan yang diberikan berjaya atau pun tidak itu soal kedua yang perlu difikirkan. Yang pasti tugas kita sebagai manusia membantu mereka sekadar termampu.
Nak Tolong Pun Kena Tunggu Seribu Komen
Baru-baru ini satu kontroversi telah berlaku di media sosial. Difahamkan, seorang gadis berusia 22 tahun bernama Wanie telah meminta bantuan daripada seorang jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri. Adik Wanie ingin mendapatkan produk pelangsingan badan bagi membantunya menurunkan berat badan yang ketika itu telah menjangkau 220 kilogram.
Malangnya pertolongan yang diminta oleh adik Wanie seakan-akan tidak ikhlas untuk diberikan. Ini kerana berdasarkan video di halaman media sosial twitter, Aliff meminta warga maya memberikannya seribu komen sebagai syarat untuk beliau membantu gadis tersebut.
Boleh Pula Hina Orang Tu Gemook
Tindakan seperti ini sudah tentunya mendatangkan kemarahan dari warga maya. Ini kerana permintaan yang dilakukan oleh adik Wanie bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.
Malah memetik laporan news.kini.blogspot, status yang dihantar oleh Aliff bukan sekadar tidak ikhlas untuk menolong, malah seperti menghina adik Wanie dengan memanggilnya ‘budak gemok’.
Rata-rata dalam kalangan warga maya menganggap tindakan yang ditonjolkan oleh Aliff Syukri memaparkan imejnya yang riak. Pertolongan yang diminta itu boleh sahaja ditunaikan. Tetapi disebabkan inginkan publisiti dan perhatian, maka dicanangkan di halaman media supaya mendapatkan sokongan dari orang ramai.
Ada juga dalam kalangan warga maya yang bertanya, sekiranya Aliff tidak mendapat seribu komen adakah dia akan menolong adik Wanie?
Seeloknya Meminta Bantuan Daripada Pakar Kesihatan
Setiap penyakit ada ubatnya, dan setiap masalah sudah tentu ada pakar yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seseorang. Masalah obesiti boleh diatasi dengan mendapatkan khidmat daripada doktor ataupun pakar nutrisi.
Usaha adik Wanie untuk mendapatkan bantuan produk pelangsingan badan daripada Aliff dilihat kurang tepat. Ini kerana, produk yang dihasilkan belum tentu sesuai dengan seseorang. Malah, kepakaran Aliff Syukri bukanlah di bidang kesihatan, tetapi di bidang perniagaan.
Realiti Sebenar Masyarakat Kita
Yang jelas, apa yang dilakukan oleh adik Wanie memaparkan kepada kita realiti sebenar masyarakat pada masa kini yang lebih mempercayai produk-produk kesihatan dihasilkan oleh ahli perniagaan berbanding merujuk kepada orang yang pakar.
Sekiranya perkara ini berlarutan, dijangka golongan doktor dan nutrisi tidak lagi relevan dalam kalangan warga maya berbanding peniaga kosmetik. Apalah gunanya menyambung pelajaran di peringkat tertinggi tetapi tidak menjadi rujukan masyarakat.
Bagi golongan ahli perniagaan inilah peluang bagi mereka untuk menonjolkan nama. Mereka seolah-olah tidak kisah dikritik kerana bagi mereka dengan isu yang menjadi konroversi akan membantu memastikan nama mereka terus dikenali oleh orang ramai.
Ikhlas atau pun tidak soal kedua, yang penting nama mereka akan sentiasa bermain di paparan media sosial.
KATA ORANG




Dik jgn percaya prduk2 kurus ke nk putih ke... Semua tu auta jer... Kalau prduk dia berkesan kenapa dia tanam rambut sedangkan dia ada kuarkan prduk lebatkan rambut.....jga pemakanan & bersenam biar lambat asal selamat... https://t.co/NySlFBt5QG
— Putra Rayyan Firdaus (@PutraRayyan82) August 13, 2019
Dik kau tak payah la risiko kan diri kau minta 'tolong' kurus dengan produk dik. Kau tak follow isu isu pasal produk kurus ke?? https://t.co/gL6hW8yTRU
— Mak_Hangpa (@pontiakak) August 14, 2019