Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan petugas Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), sedang menangkap seekor anjing, tetapi dihalang oleh individu yang dipercayai pemilik kepada anjing itu.
THIS IS SO FUCKING WRONG. I am so disgusted. The chinese guy didn’t insult nabi pun. Yg dorang ni sampai maki maki dia dah kenapa??? Dia puji nabi kita kot?!?! I fucking hate malays who act like they’re so fucking religious tapi at the same time treat animals (dogs esp) like shit https://t.co/MsKPnjxyT2
— 𝒱𝓊𝓁𝓃𝑒𝓇𝒶𝒷𝓁𝑒 🕊 (@bchiskndr) October 5, 2019
Menerusi video itu, dapat diperhatikan pemilik anjing tersebut cuba memujuk petugas terbabit dengan mengatakan bahawa Nabi Muhammad juga mempunyai ihsan terhadap haiwan. Namun, belum sempat membuat penjelasan individu itu telah dikasari oleh petugas berkenaan.
Dalam klip video itu, seorang daripada kakitangan MPSJ turut mengeluarkan kata-kata kesat dan memberi amaran kepada lelaki terbabit supaya berhati-hati dengan percakapannya selepas dia sekali lagi menyebut sesuatu berkaitan agama Islam.
Video tersebut bagaimanapun telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen di media sosial. Ada yang mengecam malah ada juga yang menyokong tindakan MPSJ itu.
Dapat Perhatian Tengku Permaisuri Selangor
Bukan setakat netizen, kejadian yang berlaku ini turut mendapat perhatian Tengku Permaisuri Selangor yang kesal dengan tindakan penguat kuasa terbabit selepas diperlihatkan klip video itu.
Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, adalah penting untuk prosedur berkenaan dijalankan dengan sebaik mungkin tanpa perlu menyakiti atau mencederakan haiwan-haiwan terbabit.
Pada masa sama, titah baginda, prosedur penangkapan anjing juga perlu diperkemas dan dilaksanakan sesuai dengan situasi-situasi tertentu selain memohon kakitangan pihak berkuasa atau masyarakat secara amnya, supaya menyemai sifat belas kasihan terhadap haiwan-haiwan terbiar yang memerlukan bantuan.
Uncle Kentang Sokong Tindakan MPSJ
Namun berbeza pula dengan Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ yang menyokong tindakan MPSJ yang melaksanakan tangkapan anjing liar di kawasan perumahan sekitar Puchong itu.
Katanya, berdasarkan video yang tular itu, beliau tidak tidak nampak sebarang tindakan kasar terhadap haiwan itu.
Malah, beliau percaya petugas MPSJ melakukan proses penangkapan haiwan tersebut mengikut prosedur ditetapkan.
Dalam masa yang sama, beliau turut menasihatkan individu atau pencinta haiwan supaya mengambil lesen dan mengurung haiwan itu di tempat selamat.
Katanya, ramai pencinta haiwan memberi makan kepada haiwan liar yang mana pada masa yang sama tindakan itu sebenarnya boleh mendatangkan masalah kepada komuniti setempat.
Pihak MPSJ Mohon Maaf
Selepas dikecam, pihak MPSJ dalam satu kenyataan media telah membuat permohonan maaf berhubung sikap petugas mereka yang disifatkan tidak profesional dan gagal mengawal emosi.
Tambah MPSJ, tangkapan anjing yang tular itu dibuat selepas pihaknya menerima beberapa aduan isu kes pelajar sekolah berdekatan diserang dan digigit anjing.
Malah, pihaknya juga memberi amaran kepada mana-mana pemilik haiwan untuk memastikan anjing peliharaan mereka itu tidak berkeliaran bebas di luar kawasan rumah supaya tidak ditangkap penguatkuasa.
Dalam masa yang sama, pihaknya juga telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Pemilik Haiwan Perlu Cakna
Dalam isu ini, tidak perlulah kita menuding jari pada sebelah pihak sahaja. Apa yang MPSJ lakukan itu adalah berdasarkan aduan awam yang mana jelas sekali menunjukkan bahawa pihaknya melakukan kerja dan bukannya ‘tidur’.
Apabila terima aduan, memang sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengambil setiap aduan itu dan laksanakannya dengan segera.
Sebagai pemilik haiwan, mereka sepatutnya tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran kerana tindakan tersebut berkemungkinan besar boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain.
Jadi, jika tidak mahu haiwan peliharaan ditangkap, awasilah haiwan anda supaya tidak berkeliaran bebas dan menyusahkan pihak lain.
Dan kepada pihak berkuasa juga, tidak kira apa jua situasi, kawal lah juga emosi anda dengan berbincang secara baik dengan tidak mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
KATA ORANG
Tangkap anjing kut...
— Mohd_Mazlan (@dents_mazlan) October 5, 2019
Kerjaya yang agak mencabar dan berbahaya.
Pastinya setiap kerja yang dibuat akan mengikut SOP.
Takan hanya kes tangkap anjing, kita harus perlekeh dan salahkan Pegawai.
Maybe mereka terpaksa buat mcm tu sbb anjing tu terasa terancam , so kat sini kita as Malaysian kene lah saling memperingati if ada pet please always take care of them , jangan biarkan dorang berkeliaran sendirian sebab meraka pun ada perasaan juga cuma tak sama mcm manusia ✌🏼
— HRZQ (@_haziqhar) October 5, 2019
Pasal kerja tak kisah sis.. tu mmg kerja dorang.. sbb dapat kerja dari atasan.. kite as worker.. tnjok la bertamadun skit dlm prcakapan tu.. tayah nk tnjok baran tu.. org tu puji nabi kau maki2 apahal.. malu beb
— BangKepal (@DezamudenM) October 6, 2019
That dog really look so scared dgn kecoh2 kt situ. Boleh je kan those officers talk slowly to that uncle auntie that they have to do this & maybe at least calm the dog. Please la, like seriously stop fcking hurt animal even tho it’s their job to catch it! Fired those guys !
— lazyass (@zahednakats) October 6, 2019
Im not backing up this guys, but im used to follow the ops of catching wild dog and its tiring, somehow drastic measure should be taken, including lil bit harsh if dogs too wild
— Hazami D Taib (@Arezhami) October 7, 2019
Yalah,dh disuruh tgkp anjing org ramai report,time panas2 lg,xbuat nnti kata takde keje plak
Thread