Setiap ibu bapa, pasti mahu melihat anak-anak mereka berjaya di dalam hidup. Maka, tidak hairanlah mereka sanggup bersusah payah untuk memberi komitmen serta pendidikan yang terbaik buat anak mereka.

Sumber: mforum.cari.com.my

Baru-baru ini, tular beberapa gambar di media sosial yang mampu membawa seribu satu makna dan wajar dijadikan teladan buat semua pihak.  

Gambar tular yang menunjukkan sebuah perkampungan terpencil di wilayah Dien Bien, Vietnam itu memaparkan sepasang suami isteri terpaksa menghantar anak ke sekolah dengan memasukkan mereka ke dalam plastik lut sinar.

Kejadian yang berlaku itu rata-ratanya telah mengundang rasa sebak netizen di media sosial yang tidak menyangka pengorbanan mereka yang sanggup mengharungi cabaran sehingga ke tahap itu untuk menimba ilmu.

 

Masuk Dalam Beg Plastik Elak Pakaian Jadi Basah

Melihat kepada gambar tersebut, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa penduduk di kampung itu tidak menggunakan rakit atau bot untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Namun apa sebenarnya yang berlaku adalah disebabkan paras air yang meningkat yang menyebabkan jambatan sedia ada tidak mampu bertahan.

Lebih memburukkan lagi, keadaan air sungai yang mengalir deras itu juga menghalang penggunaan rakit dan atas sebab itu, seorang lelaki telah diupah untuk membawa anak-anak ini ke sekolah dengan menyeberangi sungai selebar 20-meter ke dalam beg plastik bagi mengelak pakaian mereka basah.

 

Ibu Bapa Rela Anak Harungi Arus Deras Demi Ilmu

Walaupun apa yang dilakukan itu dilihat merbahaya namun ibu bapa kenapa kanak-kanak itu sanggup membiarkan anak mereka dibawa arus deras untuk menuntut ilmu.

Sumber: http://www.erabaru.com.my

Walaupun situasi itu mungkin boleh memberi risiko yang tidak diduga namun ianya membuktikan bahawa walaupun sesusah mana pun cabarang yang dihadapi seseorang itu, ianya bukan penghalang untuk mereka berjaya.

Difahamkan, seleps menyeberangi sungai, kanak-kanak itu juga terpaksa berjalan sejauh 15 kilometer untuk ke sekolah!

Nampak tak betapa susahnya mereka mencari ilmu?

Namun syukur apabila kesusahan hidup yang ditempuhi penduduk di sini akhirnya mendapat perhatian daripada kerajaan Vietnam yang dilaporkan sedang menyiapkan jalan raya ke kampung itu selain jambatan baru untuk memudahkan mereka.

 

Kisah Yang Wajar Dijadikan Teladan Buat Seluruh Masyarakat 

Biarpun hidup susah, bukan bermakna seseorang itu tidak mempunyai harapan untuk berjaya.

Sumber: http://www.erabaru.com.my

Kisah yang berlaku di Vietnam ini sewajarnya dijadikan teladan buat masyarakat terutama sekali pelajar sekolah untuk tidak merungut dan malas belajar.

Jadi, nikmat manakah lagi yang hendak kita dustakan?

Apa-apa pun, jadikan kisah ini sebagai teladan dan belajar untuk menghargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada kerana ramai lagi orang di luar sana terpaksa bersusah payah untuk mengharungi cabaran walau dalam keadaan serba kekurangan.  

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah kisah ini wajar dijadikan teladan buat anak-anak muda masa kini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN