Ekoran persaingan yang sangat sengit untuk melanjutkan pelajaran, sebuah universiti di Indonesia telah memperkenalkan cara baru yang boleh dianggap kreatif bagi menempatkan diri ke universiti mereka.

 Syarat baharu yang dikenakan Universiti Pembangunan Nasional Veteran Jakarta (UPNVJ) ialah  pelajar di­terima masuk ke fakultinya perlu menjadi bintang laman perkongsian video YouTube terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, tawaran itu hanya terbuka kepada mereka yang ingin mengambil jurusan ekonomi, sains sosial dan politik, undang-undang, kejurute­raan serta komputer.

Untuk pengetahuan, Indonesia merupakan negara keempat pa­ling padat di dunia de­ngan lebih 260 juta penduduk dan penempatan pelajar di universiti sangat terhad.

 

Indonesia Layar Internet Tiga Jam Sehari

Melalui skim pendaftaran khas itu, mereka perlu  mempunyai saluran sendiri dengan sekurang-kurangnya 10,000 pengikut di samping pernah menghasilkan klip vi­deo asli yang mencatatkan le­bih 100,000 tontonan.

Mereka yang memenuhi syarat tersebut kemudian akan diuji dengan diminta menghasilkan klip video baharu berdurasi antara tiga hingga lima minit.

Sumber : Google

Dikatakan, Universiti tersebut melakukan syarat tersebut kerana mahu pelajarnya menjadi pengaruh positif kepada masyarakat.

Kajian telah menunjukkan Indonesia antara kadar paling tinggi di dunia yang meluangkan masa lebih 3 jam untuk melayari internet.

Antara Bintang YouTube terkenal negara itu ialah Atta Halilintar dan Ricis mempunyai lebih 15 juta pengikut.

 

Adakah Youtube Beri Pengaruh Positif?

Royal Society for Public Health (RSPH) telah melakukan kajian di negara barat pada 2017 yang menunjukkan youtube memberikan pengaruh paling baik dalam masyarat berbanding media sosial lain seperti Facebook, Instagram, Twitter.

Sumber : Google

Menurut kajian tersebut, YouTube memiliki kemampuan memberi impak positif terhadap kesihatan mental anak muda berbanding Facebook dan Instagram yang menyebabkan anak muda menghidap penyakit kemurungan (depression).

Ini kerana media sosial tersebut mengfokuskan kepada gambar dan mereka akan rasa tertekan apabila melihat kehidupan orang lain lebih baik dari mereka.

Namun, tidak bagi YouTube yang menjadi tempat sokongan emosi dan landasan yang sesuai untuk mengekspresikan diri serta medium untuk membina identiti dan komuniti.

Sumber : Google

CEO RSPH Shirley Cramer menyatakan, kehidupan seharian kita lebih baik diterjemahkan melalui video berbanding gambar.

Dengan gambar kita hanya dapat melihat dan membandingkan kehidupan kita dengan orang yang kelihatan bahagia. Ini membuatkan mereka berasa rendah diri dan secara tidak langsung akan mengalami depresi.

 

 

 Cabaran Menjadi Youtubers

 

Mungkin syarat yang dikenakan universiti Indonesia itu boleh dianggap baik kerana dengan youtube juga boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan. Di barat, kebanyakkan dari anak muda menjadi youtubers sebagai pekerjaan tetap.

Bayangkan kanak-kanak berusia tujuh tahun, dengan nama youtube channel Ryan ToysReview telah mengumpul kekayaan sebanyak USD 22 juta hasil dari videonya di youtube dan kini memperolehi  lebih dari 19 juta subscriber. 

Sumber : Youtube

Tetapi kita perlu ingat bukan mudah untuk menjadi youtubers. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi untuk menghasilkan sebuah video untuk diletakkan di channel youtube masing-masing.

Masalah paling utama sekali adalah dari segi kandungan (content). Kandungan yang menarik baru akan dapat menarik minat orang untuk menonton. Berjuta video ada di youtube, jadi anda perlu jadi kreatif dan berfikiran di luar otak untuk menghasilkan video yang menarik minat penonton.

Bukan itu sahaja, anda juga perlukan masa dan komitmen yang tinggi. Anda perlu konsisten menghasilkan video dan fasa paling rumit adalah semasa penyuntingan. Anda mungkin akan mengambil masa seharian untuk menyiapkan video yang berdurasi 1 hingga 2 minit sahaja.

 Bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendiri atau keuntungan atas kemewahan datang daripada berbagai-bagai punca.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah tindakan universiti tersebut meletakkan syarat sedemikian boleh diterima?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN