Kecoh di media sosial berhubung harga cendol durian yang dikatakan agak mahal dan cekik darah di Melaka.

Ia tular apabila ada pengguna yang memuatnaik bil harga tiga mangkuk cendol durian dengan harga RM114. Ini bermakna cendol durian itu RM38 semangkuk.

Sumber:FMT

Sebelum melatah kena tahu dulu durian apa yang dimakan sampai mahal begitu kan? Bayangkan makan durian musang king yang memang mahal harganya. Durian kampung biasa pun orang jual tepi jalan RM10 sekilo..kalau yang longgok, dapatlah 3 biji RM50, itu pun saiz yang kecil.

 

Pemilik Kedai Jawab Kenapa Cendol Mahal

Selepas tular mengenai cendol durian musang king itu, pemilik kedai Raja Cendol Taming Sari, Muhammad Ariff Qayyum Mohd Zambri tampil memberi maklum balas.

Sumber:edisiviral

Katanya, papan tanda harga makanan di kedainya itu dipamerkan dan tiada caj yang tersembunyi. Katanya, harga durian musang king mengikut pasaran dan harga yang diberikan adalah berpatutan.

Sumber: edisiviral

Terdapat beberapa jenis durian yang diletakkan dalam hidangan cendol di premis Raja Cendol ini. Antaranya Musang King, Udang Merah, D24 atau D101. Di samping itu, sebanyak 120 gram hingga 150 gram ulas durian akan diletakkan dalam setiap mangkuk bagi menjamin kepuasan kepada semua pelanggan.

Sumber:edisiviral

Sudah ada harga dipamerkan, jadi pilihan pelanggan tersebut yang memilih durian mahal. Melainkan tuan kedai tak letak harga barulah tularkan atau lapor kepada pihak berkuasa.

 

KPDNHEP Kata Tidak Melanggar Peraturan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Melaka telah buat pemeriksaan dan berpuas hati dengan harga cendol yang dijual di sebuah premis di Bandar Hilir dengan harga RM38 semangkuk.

Sumber:edisiviral

Jelasnya, premis berkenaan tidak melanggar peraturan termasuk tanda harga serta produk jualan.

Malah ia merupakan harga standard yang dijual mengikut jenis durian dan mengikut gred ditetapkan.

 

Netizen Geram Tekak Nak Mahal Tetapi Berkira

Rata-rata netizen yang mengambil maklum perkara itu bengang dengan tindakan pelanggan yang menularkan bil kononnya harga yahudilah, cekik darahlah, sedangkan harga cendol sudah dipamerkan mengikut jenis durian.

Sumber :FB Era Baru

Ada sesetengah netizen tidak bersetuju dengan tindakan tersebut yang hanya dilihat mahu merosakkan perniagaan orang lain. Nak makan sedap tetapi berkira.

Kalau tidak mampu janganlah pesan makanan yang diluar kemampuan, kalau tidak pun order satu mangkuk kongsilah tiga orang.

Melihat situasi ini, ramai pelanggan atau rakyat hari ini lebih suka meluahkan di media sosial, tidak puas hati dengan perkhidmatan, terus tularkan, makanan mahal tularkan, boleh dikatakan dunia sekarang semuanya dihujung jari.

Pemasaran Percuma Lariskan Nama Kedai

Akibat tular, pemilik kedai cendol berkenaan mendakwa kedai makanannya itu kini semakin dikenali dan mendakwa ramai yang datang untuk merasai sendiri cendol yang dijualnya.

Sumber:google

Dia mengambil tindakan itu sebagai positif untuk pemasaran secara percuma di kedainya itu.

Untungkan, lebih ramai orang ke kedainya, tetapi jangan pula bila dah popular kenakan bayaran yang lebih tinggi pula.

KATA ORANG

KATA ANDA

Sekarang zaman teknologi, tak puas hati terus tular di media sosial. Perlukah keadaan ini berlaku?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN