Hari demi hari, ada saja benda pelik berlaku di Malaysia. Semalam, dua kanak-kanak dilaporkan sedang berpaut pada bumbung kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki ketika sedang bergerak di sekitar Taman Scientax, Seri Alam, Johor. 

Aksi berbahaya yang dirakam pengguna jalan raya yang lain itu turut menunjukkan pemandu kereta itu melanggar lampu isyarat merah selain kanak-kanak itu sedang bergayut di belakang kereta.

Kejadian itu bagaimanapun telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempersoal aksi itu tidak kurang juga yang memperlinya dengan sindiran pedas terhadap pemandu serta kanak-kanak tersebut.

Malah, ada juga yang berharap supaya kesemua individu yang terlibat dalam aksi tersebut dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal atas kesalahan yang dilakukan.

 

Dah Ditahan Polis  

Atas aduan orang ramai, pemandu serta kanak-kanak yang terlibat di dalam video itu kini telah ditahan reman selama dua hari oleh pihak polis untuk siasatan berhubung kes tular terbabit.

Sumber: Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Ismail Dollah memberitahu pihaknya telah menahan lelaki berusia 49 tahun serta tiga kanak-kanak yang berusia antara 10 hingga 12 tahun bagi membantu siasatan.

Malah, kenderaan Toyota Vios yang digunakan pemandu itu juga turut dirampas. Malah, hasil keterangan, lelaki terbabit dikatakan hanya mengikut permintaan anaknya untuk menjadi ‘adiwira’.

Ekoran itu, difahamkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah mengeluarkan dua saman terhadap pemandu terbabit atas kesalahan cuai semasa memandu dan gagal mematuhi isyarat lampu merah.

 

Exco Gesa Polis Bertindak Tegas 

Kejadian itu bukan sahaja mendapat pelbagai reaksi netizen malah Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan, Liow Cai Tung yang turut menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap si pelaku supaya dijadikan pengajaran buat semua.

Pada masa sama, beliau turut memberi peringatan pada semua pihak untuk sentiasa mengutamakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

 

Ibu Bapa Perlu Berperanan Sebagai Suri Teladan

Jadi ibu bapa, adakalanya kita memang tidak akan lari dari kehendak pelik anak-anak. Walau pelik macam mana pun kehendak mereka, janganlah terlalu ikutkan sangat.

Sumber: AmazingNara

Bayangkan sekiranya kita terlalu mengikut kehendak anak sehingga di luar batasan, kelak diri sendiri juga yang merana. Mungkin, pada awalnya niat yang dilakukan itu hanya sekadar untuk menghiburkan anak-anak tetapi niat tidak kena pada caranya.

Ibu bapa seharusnya bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak dan jauhi mereka dari perlakuan negatif dan berbahaya seperti ini kerana silap gaya ia boleh mengancam nyawa sendiri dan orang lain yang tidak bersalah.

Banyak sahaja benda lain yang boleh dilakukan ibubapa untuk menghiburkan anak-anak tanpa merisikokan nyawa mereka seperti ini. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah individu ini dikenakan hukuman setimpal atas perbuatannya yang merisikokan kanak-kanak ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN