Video rakaman dari ‘dashcam’ seorang pemilik kereta ketika sedang memandu di Lebuhraya Pantai Timur (Lpt1)  menunjukkan sekumpulan geng bermotosikal yang sedang bergerak secara berkumpulan menghalang lalu lintas.

 

Walaupun keadaan trafik ketika itu tidak terlalu sesak tambahan pula mereka berada di kawasan highway, namun tindakan pembonceng-pembonceng berkenaan yang menukar-nukar lorong sesuka hati tanpa mempedulikan pengguna jalan raya yang lain mengundang bahaya bukan sahaja pada diri sendiri malah pemandu kenderaan lain.

Ini bukan kali pertama perkara seperti ini terjadi. Kebal sangatkah penunggang-penunggang motorsikal ini sampai tidak boleh membezakan bahaya.

Dalam keseronokan berkonvoi beramai-ramai, jangan dilupa aspek keselamatan. Jangan bila dah terkena baru nak melatah dan menyesal.

 

Kawan Hembus Nafas Atas Peha, Mat Motor Taubat

                         Gambar Hiasan

Seorang pengguna motosikal yang dulunya begitu taksub dan gila dengan aktiviti-aktiviti permotoran disentak apabila rakan baiknya sendiri menghembuskan nafas yang terakhir di pangkuannya akibat kemalangan ketika mereka dan rakan-rakan lain berkonvoi ke Perak.

Ekoran dari trauma tersebut, dia sudah tidak lagi terlibat dengan aktiviti berkonvoi dan kegilaannya memperbaiki motor ditinggalkan begitu sahaja.

Bayangkan anda menyaksikan sendiri seseorang meninggal tanpa mampu berbuat apa-apa.

Pastinya kejadian begini akan meninggalkan trauma yang cukup mendalam kepada orang yang melihat dan menjadi saksi.

Tambahannya lagi, dia turut merasa takut untuk menunggang motorsikal walaupun hanya untuk ke tempat kerja dan kedai berdekatan dengan rumah.

 

Demi Motor, Sanggup Tinggal Anak Dan Isteri

Ironinya, apabila si suami mempunyai minat yang terlalu mendalam terhadap sesuatu pasti mudah bagi mereka untuk meninggalkan anak dan isteri demi meluangkan masa bersama kawan-kawan dan menikmati aktivit kegemaran mereka itu.

Seperti memancing, bermain permainan video dan pelbagai lagi. Memang betul, si suami berhak untuk melakukan aktivit yang mereka gemari, tapi kalau sampai sanggup meninggalkan isteri yang masih dalam pantang kerana nak memuaskan kehendak diri dan berseronok bersama kawan-kawan, wajarkah mereka disokong?

Bukan itu sahaja, ada yang sampai ke tahap sanggung berbelana ribuan ringgit demi membeli pancing mahal-mahal, barang-barang spare part motor beribu-ribu dan set komputer canggih untuk bermain permainan video tapi culas bila dituntut untuk mengeluarkan duit untuk anak-anak dan isteri.

Ada yang sampai naik tangan dan mengamuk tak tentu pasal hanya kerana hobi kegemaran mereka ditentang dan tidak disokong oleh isteri dan keluarga.

 

Hobi Bukan Kewajipan Mutlak

Bila dah terlalu ketagih dengan hobi, segala nasihat mahupun teguran pasti tidak akan diendahkan asalkan dapat memuaskan kemahuan diri sendiri.

Memang benar, tidak salah untuk kita mempunyai hobi dan terlibat dengan aktiviti yang kita gemari, namun semuanya ada batas dan perlu ajar diri untuk utamakan mana yang lebih penting.

 

Jangan sampai masa kualiti bersama keluarga tidak dijaga baik, sehinggakan isteri dan anak terasa diabaikan.

Penularan video tidak bertanggungjawab penunggang motosikal ini mengundang kemarahan bukan sahaja dari pihak orang ramai malah pengemar aktiviti bermotosikal sendiri.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tidak dinafikan, banyak kelab-kelab motosikal  yang profesional sangat menitik beratkan aspek keselamatan ahli-ahli kelab mereka malah ada aktiviti konvoi yang diikuti oleh sebuah kereta bagi menyimpan peralatan-peralatan kecemasan andai kata sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Bagi penunggang-penunggang yang ada dalam video tersebut, tak cukupkah kes penunggang motosikal dilenyek lori treler dan putus tangan dan kaki kerana dilanggar kereta. Jadikanlah pengajaran, dan belajarlah hargai nyawa anda sendiri.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pendapat anda mengenai isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN