Hanya beberapa minggu sahaja umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan sudah pasti pelbagai persiapan akan dibuat. 

sumber: the vocket

Setiap tahun pasti akan ada rekaan terkini fesyen pakaian yang menarik mahupun pelik untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri.

Menariknya, bukan hanya baju melayu dan samping sahaja yang mengalami perubahan mengikut kesesuaian citarasa anak muda, tetapi butang baju melayu juga tidak ketinggalan.

 

Jangan Salah Guna Logo PDRM

Terbaru, pihak PDRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa akan mengenakan tindakan undang-undang dan membatalkan permit perniagaan kepada individu yang menjual butang baju melayu logo PDRM kepada orang awam. 

sumber: kosmo

Ketua komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad menjelaskan kelengkapan dan peralatan pakaian seragam PDRM hanya boleh dijual kepada anggota polis,polis bantuan, kadet polis, Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) dengan menunjukkan kad sijil perlantikan. 

Butang baju melayu berbentuk logo PDRM itu dikatakan dijual secara atas talian dan  beliau khuatir akan mengundang kepada perlakuan jenayah.

 

Butang Cecah Ribu Ringgit

Dahulu Wak Doyok pernah dikecam teruk disebabkan dia berkongsi gambar butang baju melayu yang dipakainya dan memberitahu harga butangnya kepada umum di media sosial.

Harga butang baju melayu yang dipakainya itu berharga RM 33,000 satu set yang bertatahkan berlian.

Dia juga turut berkongsi katalog butang baju melayu menunjukkan harga yang semuanya ribuan ringgit dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

sumber: mstar

Di Habib Jewel juga ada menjual butang baju melayu tetapi pelanggan perlu membuat temujanji dengan mereka terlebih dahulu sebelum membeli. 

Rekaan Butang Menarik

Falsafah butang lima pada Baju Melayu Cekak Musang merujuk kepada lima rukun Islam dan jika si pemakainya membuang salah satu butang, falsafah di sebalik menegakkan rukun Islam tidak tercapai.

Kini terdapat pelbagai jenis rekaan butang baju melayu yang boleh didapati di pasaran dengan mudah. Berikut adalah antara butang baju melayu yang menarik terdapat di pasaran:

 

sumber: FB butang marijuna
sumber: media terjah
sumber: twitter zakishafee
sumber: twitter harris haiqqal

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda tentang trend butang baju melayu yang ada dalam pasaran hari ini?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN