Terbaru, gambar seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU) yang dipercayai didera oleh ibu dan bapa tirinya tular di media sosial. Perkongsian yang dilakukan oleh jiran kediaman mereka menerima reaksi banyak orang dan juga pihak polis.

Sumber : Harian Metro

Kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak malang tersebut disedari oleh jiran mereka kerana ternampak  bahagian belakang bajunya yang berdarah. Apabila ditanya, kanak-kanak tersebut mengatakan  bahawa dia dipukul kerana bermain diluar rumah.

 

Wayar Dan Rotan Memang ‘Makanan’

Memang benar kata pepatah ada menyebut ‘sayang anak tangan-tangankan’, namun itu tidak memberi lampu hijau kepada si penjaga untuk menzalimi amanah yang diberikan kepada mereka ini.

Dalam usia mereka meningkat dewasa pastinya pelbagai ragam dan karenah akan dilakukan. Tambahan pula mangsa merupakan anak kelainan upaya, jadi pastinya pemahaman dan tindakannya lain dari kanak-kanak yang lain.

Ibu dan bapa tiri mangsa
Sumber : Facebook

Menurut hasil siasatan, kanak-kanak tersebut memang selalu dipukul oleh ibu dan bapa tirinya sejak dua tahun lalu. Mangsa yang berusia 13 tahun itu dikatakan mempunyai kesan parut yang banyak hampir di semua anggota badan. Mangsa sering dipukul mengunakan wayar mikrofon, rotan dan penyangkut baju.

 

Undang-undang Sambil Lewa, Pendera Ambil Mudah Hukuman

Jika di luar negara, hak dan keselamatan seorang kanak-kanak dijaga rapi oleh pihak kerajaan. Mereka dilindungi secara menyeluruh walaupun daripada ibubapa sendiri. Malahan terdapat kanak-kanak yang masih kecil berani untuk membuat laporan polis dan organisasi-organisasi yang berkaitan jika mereka didera oleh ibubapa ataupun penjaga mereka.

Seperti kes pasangan Malaysia yang dipenjarakan di Sweden kerana dipercayai mendera keempat-empat anak mereka secara berulang menggunakan tangan, rotan dan penyangkut baju. Pasangan tersebut dijatuhkan hukuman penjara selama 14 bulan didenda sejumlah pampasan yang perlu dibayar kepada anak mereka sendiri.

Sumber : Profhariz.com

Tindakan kerajaan Sweden itu menerima pujian orang ramai kerana rata-rata bersetuju bahawa anak-anak memang patut dihukum untuk mengajar mereka namun tidaklah sampai ke tahap mendera dan menggunakan kekerasan.

 

Hak Dan Kepentingan kanak-kanak Diperkotak-katikkan

Mengapa isu penderaan kanak-kanak samada dari segi fizikal mahupun seksual semakin meningkat saban hari. Adakah tindakan yang diberikan oleh pihak berkuasa tidak cukup berat sehingga individu -individu tidak takut untuk melakukan kesalahan tersebut?

Kepada siapalah mereka hendak mengadu, jika ibubapa sendiri yang menzalimi mereka. Apalah daya mereka untuk melawan. Anak mana yang tidak nakal, dan anak mana yang tidak buat salah. Ditambah pula anak-anak yang sedang membesar, pelbagai benda yang nak dicuba dan diterokai.

Padahal, dimata anak-anak ibubapa orang yang paling mereka sayangi dan ingin dakapi, ibu bapa lah  contoh terbaik di mata mereka.

Sumber : Google

Tidak terbayang kesan yang akan terpahat dihati anak-anak kecil yang menjadi mangsa penderaan ini, berbanding parut fizikal, emosi dan tekanan yang dihadapi mereka pasti kan mempengaruhi tindakan dan perlakuan mereka di masa hadapan.

Jika anda terdengar mahupun terlihat perlakuan zalim ini terhadap kanak-kanak, tampil dan buatlah laporan kepada pihak berkuasa. Keprihatinan anda ini pasti dapat menyelamatkan jiwa yang tidak berdosa.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apakah tindakan yang harus diambil pihak berkuasa?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN