Tular di media sosial video orang ramai berkumpul dan membaling najis lembu kearah orang ramai yang berasa disekitar kawasan tersebut. Najis lembu yang digumpal dan dikumpul menjadi senjata peperangan tersebut.

Ingatkan terjadi perbalahan antara orang-orang disitu tetapi rupanya itu adalah pesta yang memang disambut secara tahunan.

Di selatan India, pesta membaling najis lembu yang dikenali sebagai ‘Perang Pidakala’ telah diamalkan sejak beratus tahun dahulu.

 Amalan tahunan yang akan disambut selepas musim bunga ini bertujuan untuk mengingati kisah tragedi untuk Tuhan penganut Hindu yang dikenali Bhadrakali dan Raja Veerabhadraswamy.

Tragedi yang melibatkan pertengkaran kerana kisah cinta dan perkahwinan masih segar diingati oleh penganut agama Hindu sebagai tanda simbolik kepercayaan mereka.

Sambutan pesta ini disambut meriah oleh penduduk kampung kerana turut dipercayai boleh memberi kesihatan dan kekayaan kepada penduduk kampung. Selain itu, pesta ini juga disambut untuk meminta hujan bagi membasahi bumi mereka.

Bunyi pelik bukan cara mereka, namun itu terserah kepada penganut agama tersebut untuk meraikan dengan apa cara sekalipun.

 

Amalan Unik Dunia Yang Anda Tak Tahu

Bagi yang belum berpeluang untuk melawat dan menjelajah negara luar, ada beberapa amalan unik negara-negara luar yang menarik dan disambut meriah oleh penduduk  negara mereka.

Amalan dan pesta-pesta unik ni kebiasaannya menjadi ikutan dan dipraktikkan hampir setiap tahun bertujuan bagi mengingati sesuatu peristiwa atau sebagai tanda simbolik untuk sesebuah peristiwa.

  1. Pesta Tomato (La Tomatina)

Pesta tomato merupakan upacara tahunan yang disambut di Valencia Spain pada setiap hari rabu pada minggu yang terakhir bulan Ogos. Ramai yang tidak dapat memberi kepastian mengapakah pesta ini disambut.

Puluhan ribu peserta datang dari seluruh dunia untuk bertarung dalam pertempuran yang tidak berbahaya di mana lebih dari seratus tan metrik tomato yang sudah masak digunakan sebagai ‘senjata’ untuk peperangan olokan ini.

Dengan yuran pendaftaran yang rendah, pelancong-pelancong boleh turut sama menyertai sambutan ini untuk dijadikan kenangan mereka.

 

2. Pesta Air Songkran

Di Thailand, sejak tahun 1888 sambutan Tahun Baru disambut pada 1 April yang juga dikenali sebagai Songkran sehinggalah kerajaan Thailand menukar ke 1 Januari agar selari dengan  negara-negara lain.

Songkran akhirnya diubah menjadi hari cuti kebangsaan dan dijalankan selama 3-5 hari bagi membolehkan rakyat Thailand untuk pulang ke kampung halaman dan meraikan pesta air ini bersama keluarga dan sahabat mereka.

Pesta Air Songkran sangat dikenali ramai dan ramai pelancong luar yang akan datang bercuti ke negara Thailand bagi meraikan bersama pesta tersebut.

 

Hormati Kepercayaan Agama Dan Budaya Orang

Hampir setiap negara di ddiiami oleh rakyat yang terdiri dari pelbagai agama dan bangsa. Perbezaan ini menjadikan dunia kita kaya dengan pelbagai jenis kepercayaan dan amalan yang unik dan tersendiri.

Ada sejarah dan kisah tersendiri mengapa sesuatu pesta, adat dan budaya itu diamalkan hingga sekarang. Selain ingin terus mengingati sejarah asal usul nenek moyang, ramai yang masih mempercayai kebaikan yang akan datang jika sesuatu amalan tersebut terus diamalkan.

Kalau di Malaysia, rakyat sudah faham dan tahu tentang budaya India, Cina dan Melayu walaupun tidak menganuti agama yang sama.

Atas dasar hormat dan saling memahami, negara tidak melarang sebarang upacara atau sambutan oleh mana-mana agama asalkan ia tidak mendatangkan bahawa kepada negara dan orang awam.

Namun, masih ada sesetengah individu yang suka mengutuk dan mengecam amalan budaya orang lain dengan kata-kata yang sensitif yang boleh menaikkan kemarahan orang lain.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apakah pendapat anda tentang sambutan pesta berkenaan?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN