Sumber: Twitter

Secara tiba-tiba, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menzahirkan rasa minat untuk mengikuti perbahasan parlimen.

Sehinggakan pendengaran kes jenayah 1 MDB yang sepatutnya pada hari ini terpaksa ditangguhkan ke hari esok.

Mohon Penangguhan

Memetik laporan Malaysiakini, peguam bela utama, Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah, anak guamnya akan berucap di parlimen antara jam 11 pagi hingga ke jam 12 tengah hari semasa perbahasan Belanjawan 2020.

Slot yang sepatutnya dijadualkan pagi tadi bersama enam lagi MP Barisan Nasional (BN) terpaksa ditunda bagi memberi ruang kepada anggota parlimen lain berucap termasuk MP Port Dickson, Anwar Ibrahim.

Isu-Isu Yang Sangat Kritikal

Menurut Shafee, anak buahnya sedang membangkitkan ‘isu-isu yang sangat kritikal’ di parlimen dan telah bersedia sejak dua minggu yang lalu. Tambahnya, tidak mudah untuk Najib mendapat slot ucapan selama 20 hingga 30 minit kecuali sekiranya terdapat celahan ketika sesi perbahasan.

Sumber: Malaysiakini

Reaksi ini berbeza jika dibandingkan sewaktu beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pada waktu itu, beliau datang sekadar untuk membentangkan belanjawan, tetapi kemudian hilang tatkala sesi perbahasan belanjawan dimulakan.

Dulu Tak Rajin Datang Parlimen

Boleh dikatakan sepanjang sesi persidangan Dewan Rakyat pada zaman pemerintahannya, kehadiran beliau boleh dikira dengan jari dan hanya hadir tatkala acara-acara rasmi sahaja seperti perbentangan belanjawan serta perbentangan Rancangan Malaysia (RMK).

Bukan sahaja Perdana Menteri, malah kebanyakan menteri kabinet pada ketika itu juga turut hilang dari radar parlimen. Hal ini menyebabkan banyak usul dan perbahasan parlimen seakan hanya perbualan kosong tanpa ada hujah balas dari pihak kerajaan.

Sumber: Milo Suam

Ketidakhadiran Najib telah menyebabkan timbalan pendakwa raya utama Gopal Sri Ram membantah permohonan pihak pembela untuk menangguhkan pendengaran hari ini memandangkan Najib tidak mempunyai alasan yang kukuh.

Beri Kesan Kepada Kehadiran Saksi

Ia berikutan pihak pendakwaan telah berjaya membawa saksi-saksi lain bagi memberi keterangan, kerana mereka tidak pasti bilakah pembelaan akan menyelesaikan pemeriksaan balas terhadap saksi kesembilan, bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Disebabkan tertuduh tidak hadir pada hari ini, maka pendengaran kes jenayah 1MDB yang memasuki hari ke-22 perbicaraan terpaksa ditangguhkan pada hari esok.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda tentang isu ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN