Najib Razak Dipenjara

0
614

Bekas Perdana Menteri ke -6 , Datuk Seri Najib Razak telah ditahan oleh Suruhanjaya pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) pada 3 Julai lalu. 4 Julai, beliau didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur atas pertuduhan melakukan pecah amanah dan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Penangkapan Datuk Seri Najib Razak oleh SPRM mendapat reaksi pelbagai pihak. Ada yang gembira, sedih, sebak,marah dan emosi yang bercampur baur

Kebanyakkan netizen di media sosial memberi sokongan dan mengharapkan pengadilan yang adil dilakukan kepada bekas perdana menteri itu. Tidak kurang juga yang berasa puas hati atau lega apabila Najib yang dianggap pemimpin kleptokrat ditangkap dan didakwa.

Dengan pendakwaan yang dilakukan terhadap Najib, ia akan terjawab segala dakwaan skandal yang terpalit dengan beliau terutama melibatkan jumlah wang yang sangat banyak. Malah yang membuatkan orang ramai tidak puas hati kerana ia dikatakan menggunakan duit rakyat.

Sekiranya selepas dibicarakan ternyata Najib benar-benar melakukan kesalahan seperti didakwa, beliau patut dijatuhkan hukuman yang setimpal kerana ramai rakyat terkesan daripada perkara itu

 

Karma Buat Najib?

Adakah apa yang terjadi kepada beliau hari ini merupakan karma buat beliau? Terdapat juga komen dari netizen menyatakan bahawa semasa pemerintahan Najib, beliau telah menggunakan pelbagai akta yang tidak masuk akal untuk mendakwa terutama kepada pemimpin pembangkang ketika itu.

Pada zaman kegemilangannya, Najib dilihat menguasai semua badan-badan kerajaan termasuk sistem kehakiman negara ini.

Setakat ini, dilihat Najib dilayan dengan baik dan terhormat sebagai buktinya beliau dibenarkan memakai pakaian sendiri ke mahkamah semalam tidak seperti tertuduh yang lain yang perlu memakai pakaian lokap

Walaubagaimanapun, diharapkan sistem kehakiman dan sistem keadilan di bawah kerajaan baharu ini akan mengadili beliau sebaiknya tanpa ada unsur politik dendam, bebas dan adil.

Ibarat kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, kuasa itu hanya bermakna jika ia digunakan untuk menegakkan keadilan, hatta kepada orang yang paling kasar terhadap kita.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN