Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mendapat perhatian dunia apabila beliau dikatakan gagal mengawal perasaan ketika ditemubual sebuah organisasi media antarabangsa, Al-Jazeera Sabtu lalu.

Video temubual eksklusif tersebut menjadi tular di media sosial di mana Najib kelihatan tidak senang duduk apabila wartawan, Mary Ann Jolley kerap kali bertanyakan isu kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepadanya.

Dalam video tersebut, apabila ditujukan soalan sedemikian, Najib yang kelihatan berang cuba menyimpang daripada menjawab pertanyaan tersebut dan meminta wartawan supaya menfokuskan mengenai legasinya dan prestasi ekonomi Malaysia.

Wawancara mengenai legasi dan prestasi ekonomi Malaysia itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila wartawan tersebut sekali lagi membangkitkan isu panas lantas menyebabkan Najib bangun dan mengugut wartawan serta pihak produksi Al-Jazeera untuk keluar meninggalkan set wawancara berkenaan.

Tindakan Najib yang dikatakan bengang terhadap wartawan tersebut sehingga kini mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial yang mana rata-ratanya mengkritik tindakan beliau yang dilihat cuba menyimpang daripada soalan yang ditujukan kepadanya.

 

Najib Berang Ditanya Isu 1MDB

Sumber: Lobak Merah

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan kini banyak berdepan dengan pelbagai pertuduhan di mahkamah berhubung isu 1MDB oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini mendapat perhatian masyarakat dunia.

Jadi, tidak menghairankan sekiranya wartawan Al-Jazeera itu membangkitkan soalan sedemikian memandangkan isu tersebut sehingga kini masih menjadi tanda tanya buat rakyat Malaysia yang mana dana syarikat pelaburan kontroversi negara telah diseleweng ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Sumber: Sinar Harian

Wartawan Al-Jazeera itu mungkin hanya mahukan penjelasan daripada Najib berkenaan isu tersebut namun gagal apabila Najib meninggikan suara dan berkata bahawa beliau tidak lagi berhubungan bersama Jho Low lantas meninggalkan set berkenaan kerana wartawan tersebut tidak mengikut skop soalan yang dipersetujui.

 

Tidak Adil Untuk Najib?

Najib yang dilihat sedang beremosi itu secara terbuka mengakui bahawa beliau tidak menyesal mengusir wartawan tersebut (Mary Ann Jolley) dari Malaysia pada 2015 kerana membuat liputan kes pembunuhan model Mongolia tersebut.

Sumber: FB Najib Razak

Tidak mustahil soalan-soalan yang diajukan wartawan tersebut juga mungkin mempunyai agenda tersendiri selepas apa yang telah dilakukan Najib terhadap wartawan tersebut ketika datang ke Malaysia.

Najib bagaimanapun membuat permohonan maaf atas kelakuannya yang menyaksikan beliau gagal mengawal emosi sepanjang wawancara tersebut dengan memuat naik status di laman Facebook.

Dalam tulisannya itu, Najib mengatakan bahawa beliau tertekan memikirkan keadaan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya, Norashman serta Riza Aziz yang disoal siasat polis pada waktu sama.

 

Najib Hadapi Banyak Pertuduhan di Mahkamah

Sumber: Perak Today

Bekas perdana menteri itu bukan sahaja terpalit dengan isu model Mongolia, tetapi beliau juga terpalit dengan pelbagai tuduhan membabitkan 1MDB, pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia, penggubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram.

Beliau sebelum ini didakwa di mahkamah atas 32 pertuduhan di mana pada 4 Julai lalu, beliau telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Seterusnya, pada 8 Ogos lalu, beliau juga didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada kegiatan haram milik dana SRC International Sdn Bhd, dalam dua akaun miliknya, empat tahun lalu.

Sumber: Malay Mail

Dan yang terbaru, pada 20 September lalu, beliau sekali lagi didakwa atas 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001 dan empat pertuduhan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM.

Dari pertuduhan pertama sehingga kini, Najib juga dikatakan sedang mengalami krisis kewangan yang teruk akibat membayar kos guaman serta ikan jamin yang mencecah jutaan ringgit bagi setiap pertuduhan hingga terpaksa mewujudkan satu Tabung Solidariti 2.0 DSN.

Kewujudan tabung tersebut diwujudkan untuk membantu meringankan beban beliau dan keluarganya yang turut sama dipanggil oleh SPRM untuk disoal siasat.

Sumber: Sinar Harian

Isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor turut didakwa atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sehingga kini, kes Najib dan Rosmah masih lagi dalam prosiding mahkamah di mana kedua-duanya akan terus dipanggil untuk dibicarakan bagi merungkai segala pertuduhan yang terpalit ke atas diri mereka.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah tindakan wartawan Al-Jazeera itu dilihat tidak profesional apabila sering kali mempersoalkan isu 1MDB serta model Mongolia ke atas Najib?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN