Baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menafikan beliau pernah mengatakan Malaysia berjaya menarik pelaburan Qatar bernilai AS$400 bilion bagi projek kereta nasional ketiga.
Sebaliknya, Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara menjelaskan dirinya hanya berkata, kerajaan boleh mengambil peluang untuk menarik pelaburan Qatar kerana negara pengeluar minyak itu kini giat membuat pelaburan di seluruh dunia.
Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Yusof menafikan dakwaan Khalid bahawa Qatar berminat untuk melabur dalam projek kereta nasional ketiga Malaysia.
Khalid juga berkata, kenyataannya mengenai pelaburan kerajaan Qatar itu telah diputarbelitkan oleh wartawan MalaysiaKini sambil menyindir agar agensi itu menghantar wakil media yang lebih fasih bahasa Melayu.
Khalid Pernah Didakwa U -Turn Isu Nabi Mungkir Janji
Dalam Konvensyen Nasional Amanah 2018 di Hotel Casuarina, Ipoh baru-baru ini, Khalid berkata, Nabi pun pernah tidak dapat menunaikan janji, apatah lagi manusia biasa.
VIDEO 3- https://www.youtube.com/watch?v=9ySeyEKHFiE
Beliau berkata demikian merujuk kepada cakap-cakap orang ramai mengenai janji manifesto Pakatan Harapan yang belum dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Kata Khalid, kegagalan menunaikan janji itu bukanlah disengajakan, sebaliknya akibat kekangan semasa iaitu kerajaan tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi.
Susulan kenyataan Khalid itu, ia benar-benar mencetuskan suasana yang hangat dalam kalangan orang Islam. Beliau turut dikritik oleh pelbagai pihak kerana kenyataannya itu.
Ia termasuk Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Beliau mahu Khalid menjaga ungkapan serta menyemak dengan teliti nas-nas atau riwayat khususnya apabila mahu berbicara mengenai Rasulullah SAW.
Dr Mohd Asri berkata mana-mana pihak dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila berbicara tentang Rasulullah SAW.
Tambahnya, kekhilafan dalam perkara tersebut boleh menyebabkan kesalahfahaman di kalangan umat Islam dan bukan Islam.
Bagaimanapun, Khalid memaklumkan dia tidak berniat menyandarkan kelemahan PH kepada peribadi Nabi Muhammad SAW.
Beliau memohon maaf dan memohon ampun kepada ALLAH SWT dan Rasul-NYA itu.
Giliran Najib Pula Dakwa Khalid U-Turn
Nampaknya Datuk Seri Najib Razak sudah menjangka Khalid pasti membuat sekali lagi pusingan U dalam isu pelaburan Qatar dalam projek kereta nasional.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, selepas disanggah oleh menteri Pakatan Harapan (PH) lain, pusingan U terbaru yang diramal oleh Menteri Wilayah Persekutuan itu sudah berlaku.
Kata Najib, kenyataan Khalid itu sudah dirakam dan ada beratus saksi yang dengar. Namun Khalid tetap menafikan beliau tidak pernah menyebut Malaysia berjaya menarik pelaburan Qatar bernilai RM1.6 trilion dari seorang peniaga Arab bagi projek kereta nasional ketiga.
Sebaliknya, jelas Khalid, beliau hanya sebut bahawa kerajaan PH boleh mengambil peluang untuk menarik pelaburan Qatar kerana negara itu kini giat membuat pelaburan di seluruh dunia.
Lebih Baik U-Turn Daripada Mencuri Wang Rakyat
Najib dilihat semakin hebat mengkritik dan mengeluarkan pandangan selepas Umno BN terduduk pada PRU-14 lalu.
Kalau dalam kerajaan sebelum ini, Najib memikirkan soal rakyat dan negara tanpa mencuri wang rakyat, pasti negara dalam keadaan yang baik.
Najib dianggap sebagai ‘King Of Troll’ terhadap kerajaan dan pemimpin-pemimpin PH. Menyelar segala tindak tanduk yang dilakukan kerajaan pada hari ini.
Sedangkan beliau sebelum ini pernah memerintah kerajaan tetapi tiada satu pun yang menyenangkan rakyat. Rakyat semakin terbeban dan susah.
Negara hampir dijual kepada China, kes 1MDB, penyelewengan, salah guna kuasa, dan sebagainya.
Pemimpin PH Perlu Lebih Konkrit Dalam Kenyataan
Dalam ruangan komen di laman sosial, rata-rata rakyat juga tidak mahu pemimpin-pemimpin PH melakukan kenyataan U-turn lagi kerana dianggap sebagai tidak serius.
Kerajaan hari ini juga dilabel sebagai kerajaan u-turn. Jika tidak pasti dengan apa yang akan disampaikan, lebih baik diam.
Sebagai sebuah kerajaan yang baru dan masih berusaha untuk memperbaiki keadaan ekonomi negara dan juga rakyat, segala tutur bicara perlu diteliti supaya tidak mengguris hati rakyat.
Tumbangnya kerajaan Umno BN pada PRU-14 adalah kerana suara keramat rakyat yang mahukan perubahan dan mahu kabinet baru hari ini termasuk pemimpin menunaikan manifesto PH dengan sebaik mungkin.
Rakyat boleh beri masa dan ruang tetapi kerajaan juga perlu sama sehabis mungkin berusaha untuk memulihkan ekonomi dan tidak membazirkan wang rakyat dengan perkara yang tidak sepatutnya.
KATA ORANG
Memang lah idea Najib sebagai ketua pembangkang is a stupid idea.
— Encik Khalid 🇲🇾 (@_Acat_) December 21, 2018
Di saat sy rasa susah pada masa kini, bila baca tweet DS Najib ni boleh ketawa terleka kejap
— Syed Khalid (@syedonlinestore) December 20, 2018
Sebenarnya masa sebelum ni bukan senang mana pun...😂
Najib ah punya salah, masa jd pm dulu org suruh berhenti tak mau. Tak pasai2 dpt kerajaan baru. Semua salah najib.
— Khalida Khalid (@catalyst_kelly) December 20, 2018
Daripada lantik najib jadi ketua umu aku rasa lebih baik buat pengutan suara untuk memilih lobak man jadi presiden parti. Aku tengok mamat ni ada banyak idea berbanding yang lain...aman unno nanti.
— Khalid Al-Walid (@cicikawa) December 19, 2018
Dlm komen ttang kebebalan Khalid ini ada juga pengikut yg kaitkan dgn Najib.... kesian
— wan zaini (@wan_wzaini9) December 18, 2018