Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui kerajaan Malaysia telah ditipu oleh Jho Low berhubung aktiviti yang dijalankan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam wawancara khas bersama Sinar Harian baru-baru ini, beliau membuat kesimpulan demikian selepas mengambil segala bukti dan dokumen yang didedahkan pihak berkaitan.
Dalam wawancara itu, Najib menegaskan hubungan beliau dengan Jho Low tidak lebih dari sekadar hubungan profesional, iaitu dalam melancarkan urusan perniagaan 1MDB, serta usaha membawa masuk pelaburan dan meningkatkan hubungan dengan negara Timur Tengah, khususnya UAE dan Arab Saudi.
Beliau berkata, sekiranya jelas Jho Low melakukan pecah amanah, individu berkenaan tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.
Tetapi apa yang didedahkan Najib itu telah mengundang pelbagai persoalan dan reaksi daripada rakyat Malaysia dan juga pemimpin dari Umno sendiri.
Nampaknya, Najib sedikit demi sedikit membongkar soal 1MDB yang selama ini diperkatakan oleh rakyat dan juga pemimpin Pakatan Harapan sehingga parti Barisan Nasional tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.
Rakyat rasakan Najib berlakon cuba jadi baik, tikam kawan sendiri
Rata-rata rakyat Malaysia agak terkejut dengan kenyataan seorang pemimpin negara ini yang ditipu seorang ahli perniagaan cina. Sedangkan beliau sebagai Menteri Kewangan sudah pasti tahu selok belok kewangan negara dan sebagainya.
Ramai rakyat marah dan merasakan Najib berlakon jadi baik untuk selamatkan diri daripada ditangkap pihak berkuasa.
Kalau sebelum ini, Najib menyatakan beliau tidak mengenali siapa Jho Low dan menyatakan Jho Low tiada kaitan pun dengan 1MDB. Itu yang membuat rakyat marah dan akhirnya mereka melabelkan Najib seorang penipu
yang berjaya ditipu.
Tetapi hari ini, Najib berani pula menyatakan Jho Low ada kaitan dengan 1MDB dan cuba menipu beliau. Rakyat rasakan Jho Low akan dikambing hitamkan oleh Najib.
Pemimpin UMNO Akhirnya Buka Mulut Soal 1MDB
Anggota Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman mengakui yang beliau telah lama menyimpan rasa curiga terhadap 1MDB sejak dua tahun lalu, lebih-lebih lagi terhadap Jho Low.
Katanya, beliau telah pun mendesak Najib supaya mengambil tindakan kepada pengurusan 1MDB dan juga lembaga pengarahnya setelah mendapati banyak transaksi 1MDB tidak mengikut peraturan.
Sementara itu, bekas Menteri Belia dan Sukan dan juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dalam wawancara mingguan Malaysia baru-baru ini akhirnya mendedahkan bahawa Najib terlibat dengan 1MDB dan melakukan rompakan tersebut.
Memang terkejut, tetapi itulah kebenarannya. Rakyat boleh menilai dengan apa yang didedahkan Khairy ini, Khairy berkata isu 1MDB ini tidak diberitahu oleh Najib secara menyeluruh sehinggalah Menteri Kewangan sekarang, Lim Guang Eng mendedahkan perkara itu.
VIDEO10 :https://www.facebook.com/MohdAidiel88/videos/455132755015200/?comment_id=456138638247945¬if_id=1542950388882166¬if_t=comment_mention
Tetapi rakyat kali ini tidak mudah tertipu dengan semua lakonan yang diwar-warkan oleh pemimpin Umno ini.
Itulah logiknya dalam pendedahan yang dilakukan oleh Najib ini. Sebelum ini, Najib berang dengan soalan wartawan Al Jazeera yang menanyakan soal 1MDB dan kaitannya dengan Jho Low sehingga video itu tular dan rakyat menganggap Najib memang bersalah dan takut rahsianya dibongkar oleh wartawan berkenaan.
VIDEO 11:Â https://www.youtube.com/watch?v=9Rk2qmfY8E8
Tetapi hari ini, Najib tampil menjawab semua persoalan ini dan merungkai permasalahan yang sedang bergolak ini. Namun, rakyat tetap merasakan Najib cuba menyelamatkan diri apabila melihat kesungguhan kerajaan Pakatan Harapan yang sehabis mungkin untuk mengheret semua pelaku dalam kontroversi 1MDB.
SPRM Heret Individu Terlibat 1MDB Buat Najib Gelisah
Pada 18 Mei lalu, Najib orang pertama dipanggil dan menghadapi 25 pertuduhan berkaitan kemasukan wang RM2.6 billion ke akaun peribadi beliau, satu kes berkaitan skandal 1MDB.
Najib menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) – Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).
Pada 5 Jun lalu, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur antara individu yang turut dipanggil SPRM, dan berhadapan antara 15 hingga 17 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram.
Semua pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan
Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 itu, membabitkan syarikat 1MDB.
Pada 2 Julai, anak tiri Najib,Riza Aziz turut dipanggil SPRM untuk beri keterangan Riza Aziz sebanyak tiga kali.
Akhirnya Jho Low Jadi Kambing Hitam?
Jho Low semestinya sedang diburu pihak berkuasa, namun kelicikannya berpindah randah dari satu negara ke negara lain yang dirasakannya selamat membuatkan pihak berkuasa sukar menangkapnya.
Tetapi, adakah kerana Jho Low seorang yang belum ditangkap dan belum memberi apa-apa kenyataan soal kontroversi ini, Najib cuba kambing hitamkan Jho Low dengan menyalahkan ahli perniagaan itu menipu beliau dan seluruh pentadbirannya?
Kenapa Najib baru tersedar perkara ini. Ia amat memalukan negara apabila seorang pemimpin tertinggi negara ketika dahulu mudah diperdaya?
Najib sebenarnya tipu rakyat kononnya beliau tidak mengenali Jho Low, akhirnya terbongkar beliau mengenali Jho Low dengan begitu rapat sekali.
Selepas dikritik Najib pula cuba ‘betulkan’ kenyataan yang beliau ditipu Jho Low.
KATA ORANG
Tudoh menudoh ni tabiat UMNO/BN. Depa yg betui dan orang lain yg salah😂
— Abi57 (@Abi578) November 24, 2018
SEKARANG SEMUA TUDUH NAJIB,,, NAJIB PULAK TUDUH JHO LOW,, SELURUH UMNO DOAKAN JHO LOW MAMPOS,,,SO KALAU TAK DAPAT KESAN BABI NI,, CERITA TUTUP,,,🤣🤣🤣🤔🤔🤔
— Kumar THE Boss (@KumarBoss12) November 24, 2018
Najib patut bersyukur dan ucap terima kasih kepada PH, kalau PH tak menang PRU14, sampai sekarang dia tak tahu kena tipu dengan Jho Low
— MiLo SuaM (@milosuam) November 23, 2018
Jgn mudah percaya kata Najib yg dia ditipu..rasanya itu helah dia saja, mcm yg telah lepas2 tu berapa byk versi jwpn dia asyik berubah jer.
— encikaziz (@encikaziz) November 23, 2018
Si jahanam ini kata Jho Low's tipu rakyat? Punyalah cilakak punya bekas PM yg disayangi puak UMNO ini ! Sebenarnya kau dah Jho Low's menipu sama²
— SuaraSaya (@SuaraKita12) November 22, 2018
Tipah tertipu bang?
Najib tertipu bang... Puihhhh binaweh pic.twitter.com/HiStn8vtGU