Baru-baru ini, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mendedahkan melanggar Embargo dokumen Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Felda.

Sumber: FB Najib Razak

Kesalahan itu dilakukan pada 9 April 2019, 5.39 petang, yang mana Najib Razak, mengeluarkan kenyataan dan memaparkan perenggan 1.4.6 dan 1.4.7, muka surat 8, Lampiran 1 – Bab 3, Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Felda di akaun media sosial Facebook beliau ‘Najib Razak’.

Kertas Putih berkenaan adalah Kertas Perintah 6 Tahun 2019 yang masih dalam Embargo sehingga 11.30 pagi, Rabu, 10 April 2019.

Najib Diambil Tindakan, Bakal Dilucutkan Sebagai MP

Sumber:The Coverage

Susulan itu, perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu tindakan diambil terhadap Ahli Parlimen Pekan itu kerana ia satu perbuatan yang serius dan menghina majlis.

Perkara itu dipandang serius dan tindakan yang diambil ini sebagai peringatan bahawa tidak ada sesiapa yang lebih tinggi daripada peraturan.

Dengan itu, Najib dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Sumber:BL Harian

Keputusan itu dicapai melalui undi belah bahagi selepas usul dipinda daripada yang asal dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong dan dibahaskan dengan 86 bersetuju, manakala 33 membantah.

Seramai tujuh Ahli Parlimen membahaskan usul berkenaan iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub (BN-Bera) diikuti Ketua Whip Kerajaan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani); Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian); Ahmad Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai); Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas); Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS-Santubong); Datuk Takiyuddin Hasan (PAS-Kota Bharu) dan Ahli Parlimen Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar.

Dengan tindakan tersebut, Najib bakal dilucutkan sebagai Ahli Parlimen dan rakyat Pekan kehilangan wakil rakyat mereka.

Najib Cuba Kelirukan Rakyat, Peneroka

Menurut Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, tindakan Najib itu cuba mengelirukan rakyat terutamanya peneroka Felda.

Sumber:The Coverage

Umum tahu masalah kewangan yang dihadapi Felda berpunca dari kegagalan tadbir urus kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah pemerintahan Najib sendiri.

Masalah kewangan berpunca daripada tindakan kerajaan terdahulu yang banyak memeterai projek mewah dan kontrak melambung yang menyebabkan Felda akhirnya terpaksa meminta bantuan kerajaan bagi memastikan kelangsungan operasinya.

Saat ini, kerajaan sedang menimbang permohonan Felda untuk mendapatkan suntikan dana berjumlah RM6 bilion demi membela nasib lebih 120,000 peneroka Felda.

Peneroka Felda Derita Sebab Najib

Sumber:MSN.com

Banyak fakta menegaskan bahawa kemelesetan ekonomi Felda adalah disebabkan arahan Najib dan kroni-kroninya yang lain yang telah memusnahkan ekonomi peneroka Felda sendiri.

Sebilangan besar peneroka terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi, hasil tuai mereka rendah, pendapatan tidak setimpal, ditambah pula kesempitan hidup dalam kos sara hidup yang tinggi.

Rumah generasi kedua juga banyak terbengkalai. Sampai sekarang isu rumah masih lagi dibangkitkan anak-anak peneroka. Nasib mereka tidak dipedulikan apabila banyak wang Felda digunakan untuk tujuan lain.

Najib Cuba Gali Kubur Sendiri?

Bagaimanapun, rata-rata warganet menyifatkan tindakan Najib seperti mahu menggali kuburnya sendiri.

Sumber:The Star

Bagaimana mungkin Najib yang sudah lama berkhidmat sebagai ahli parlimen tidak tahu peraturan ini? Beliau mungkin mengetahui tindakan yang boleh diambil sekiranya melanggar embargo tersebut.

Cepat-cepat nak tutup keslahaan sendiri, akhirnya tertangkap. Gali lubang, tutup lubang pula Najib ini.

Najib Ahli Parlimen Bukan Ahli Facebook

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kesal dengan tindakan Najib yang hanya berani bersuara di media sosial dan bukannya di parlimen.

Najib sepatutnya hadir ke parlimen dan membangkitkan isu yang diketengahkannya di laman sosial miliknya,beliau perlu berani berdepan apabila disoal dalam parlimen.

Sumber:FMT

Tindakan melarikan diri daripada disoal dan ditanya ini memang sifat Najib pun,ketika menjadi menteri kewangan sebelum ini pun, jarang hadir apabila ada isu yang perlu dijawab oleh beliau.

Reaksi Sepupu Najib

Bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein yang juga sepupu kepada Najib telah melahirkan kebimbangannya mengenai isu-isu yang diketengahkan dalam Kertas Putih Felda.

Sumber: Twitter Hishammuddin Hussein

Menulis di Twitter, Hishammuddin berkata, beberapa isu yang diketengahkan dalam Kertas Putih berkenaan mendedahkan beberapa perkara yang membimbangkan dan memerlukan siasatan menyeluruh.

Khususnya, perkara yang ada berkaitan dengan transaksi ‘Eagle High’ yang menjadi tanda tanya ramai.

Sedia Beri Kerjasama 

Hal ini kerana beliau merupakan ahli parlimen Sembrong, yang terletak di Johor. Tambahan pula, seramai 2,285 peneroka dikawasanya itu perlu dijaga.

Beliau bersedia bekerjasama bagi menyelesaikan isu peneroka Felda ini. Reaksi Hishammuddin ini menunjukkan beliau juga mahu penyeleweng Felda diheretkan ke muka pengadilan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda mengenai isu ini?
14 votes · 14 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN