MaluApaBossku’ sehingga kini disebut-sebut oleh semua lapisan masyarakat di negara kita malah tagline tersebut dikatakan sudah merebak ke luar negara. 

Tagline itu menjadi trending gara-gara ia diucapkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilihat lebih ‘blend’ dengan jiwa anak muda terutama mat motor atau mat rempit.

Sumber:My Info Harian

Selepas kekalahan terus pada PRU-14, Najib dilihat cuba bangkit dan mendekati rakyat marhaen untuk menyelami nasib mereka, kononnya kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini tidak menunaikan janjinya. Macamlah Umno BN memerintah lebih 60 tahun tolong rakyat.

Sumber:ISMAWeb

Tetapi itu hak Najib kerana beliau merupakan pembangkang yang kuat, boleh semak dan imbang terhadap pelaksanaan yang dibuat kerajaan hari ini.

Rakyat Muak Dengan Sikap Najib

Najib dilihat aktif di media sosial dan juga dilihat sering ‘lepak’ dengan geng motor sejak akhir ini bukan saja belajar tagline itu.

Beliau kini nampaknya sudah pandai menyebut lenggok orang muda macam ‘on tak on’ dan terbaru, ‘bukan beshe-beshe’ atau #BBB di Instagram.

Sumber:ohbulan

 

Sumber:ohbulan

 

Sumber:ohbulan

Walaubagaimanapun, nampaknya tidak ramai yang gemar gaya terbaru bekas perdana menteri itu. Rakyat Malaysia melihat Najib semakin jauh menyimpang daripada personaliti asalnya.

Kebanyakannya berpendapat, Najib seakan-akan menjatuhkan martabatnya sebagai seorang negarawan.

Malah bersikap seperti kebudak-budakan dengan lagak gaya mat motor tidak sesuai untuk umurnya itu.

Pernah memimpin negara pada ketika masa dahulu, dan disanjung seluruh dunia, tetapi kini jadi sanggup bergaul dengan mat motor dan gunakan lenggok bahasa yang tidak sesuai.

Najib Mahu Undi Anak Muda Untuk Lawan PH

Umum tahu Najib sekarang dibicarakan di mahkamah atas isu skandal 1MDB, salahguna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Beliau dicemuh oleh rakyat Malaysia dan juga antarabangsa.

Sumber:Says.com

Kerajaan PH telah sedang menunaikan janji untuk mengheret MO1 (Malaysia Official 1) ke muka pengadilan yang dikatakan berkaitan dengan Najib.

Mungkin kerana takut ke penjara, Najib cuba buat ‘bising’ di media sosial dan mengkritik setipa isu yang dibangkitkan oleh pemimpin kerajaan PH.

Sumber:hijrah online

Sehingga sanggup buat pelbagai troll dan tagline yang menarik minat rakyat terutama golongan anak muda di negara ini.

Kemenangan PH adalah kerana undi yang tinggi daripada anak muda sebab itu Najib kini berkawan dengan anak muda, sanggup ikut tagline anak-anak muda untuk tarik minat mereka kepada beliau.

Mungkin Najib perlu berusaha lebih kuat untuk menumbangkan balik kerajaan PH, tetapi jika setakat tagline baru ia tidak akan mengubah pola kehidupan rakyat di negara ini.

Sumber:Berita Harian

Selama Najib memerintah, apakah pola kehidupan rakyat berubah seperti yang diperkatakan? Adakah anak muda hidup senang? Tak ada kan? Malah merompak lagi wang rakyat, ini bukan ‘MaluApa Bossku’ mungkin perlu ditukar taglinenya iaitu ‘Takperlumalubossku’ nak rompak sana sini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah sikap Najib lebih terbuka dengan anak muda dapat menumbangkan PH pada PRU-15?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN