Menjadi perhatian ramai apabila media melaporkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah membelanjakan sebanyak RM3.36 juta sehari menggunakan dua kad kredit miliknya di De Grisogono,  dibutik barang kemas mewah, di Itali pada 2014.

Sumber:lifestar.it

Perkara itu didedahkan oleh saksi ke-47 berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Naib Presiden Kanan Ambank,Yeoh Eng Leong yang bertanggungjawab bagi kelulusan kad dan pengurusan penipuan kredit kad tersebut.

Kos Yang Didedahkan Di Mahkamah:

1) Kad Visa (pembayaran) RM449,586.95.

2) Kad Master RM2, 833,147.21.

3) Butik eksklusif di Honolulu, Amerika Syarikat, Chanel dibelanjakan sebanyak RM466,330.11.

4) Shangri-La Hotel di ibu negara Thailand pembayaran sebanyak RM127,017.46.

Beli Cenderahati Kerabat Diraja

Pada hantaran di Facebook, Najib berkata jumlah yang dibelanjakan itu merupakan perbelanjaan terbesarnya menggunakan dua kad kredit tersebut untuk membeli cenderahati buat keluarga diraja dari sebuah negara.

Sumber: FB Najib Razak

Menurut Najib, keluarga kerabat diraja serta rombongannya telah bersama dalam kunjungan sekeluarga ke Itali.

Tambahnya, ia hanya adalah kebiasaan untuk memberi hadiah kepada pemimpin kerajaan lain.

Tetapi Najib juga ada memetik bekas perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menggunakan dana kerajaan untuk hadiah besar bagi rumah peribadi presiden Robert Mugabe dari Zimbabwe sebelum ini.

Najib mendakwa beliau hanya menggunakan duit peribadinya untuk membeli cenderhati tersebut, tetapi sumber kewangan itu datang dari mana?

Najib Guna Duit Pencen Rakyat

Pendedahan tersebut juga mendapat perhatian daripada Rafizi Ramli. Sebelum ini, Rafizi merupakan individu yang mendedahkan secara bersiri keborosan Najib membeli belah barang kemas mewah di De Grisogono sejak tahun 2014.

Sumber:Iluminasi

Pembelian itu dikatakan dibuat menggunakan kad kredit peribadinya, yang kemudian dibayar menggunakan wang rakyat dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

Apa yang didedahkan Rafizi ini nampaknya semua benar dan ia sudah pun dibentangkan di mahkamah. Segala keborosan Najib selama ini menggunakan wang rakyat adalah benar.

Apa lagi alasan Najib untuk menafikan kebenaran yang sudah ada didepan mata?

Najib Dahulukan Kerabat Diraja Berbanding Rakyat

Rata-rata rakyat Malaysia amat terkejut dengan laporan tersebut kerana Najib sanggup mendahulukan kerabat diraja negara luar berbanding kebajikan rakyat negara sendiri.

Penglibatan Najib adalah terbukti jumlah wang tersebut telah disalur ke dalam akaun peribadi beliau di Ambank Malaysia antara 2011 ke 2014.

Sumber:suara tv

Ramai yang mengungkit zaman pemerintahna Najib, dimana wujud pelaksanaan cukai GST dan pemotongan subsidi barang-barang asas seperti gula dan minyak masak.

Peruntukan perkhidmatan awam kerajaan seperti hospital, sekolah dan universiti sama sekali dicantas.

Belanja sampai juta-juta untuk kerabat diraja yang memang sudah kaya raya, rakyat disuruh makan kangkung sahaja.

Najib Cuba Tegakkan Benang Yang Basah

Selain itu, yang menjadi perhatian rakyat Malaysia adalah penjelasan Najib di hantaran Facebooknya, dimana beliau menyatakan kes SRC in masih dalam perbicaraan, beliau tak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut pada masa ini.

Sekiranya kes ini masih dimahkamah, Najib sepatutnya berdiam diri dan biar pihak peguam dan mahkamah yang menjalankan tugas. Tindakan Najib itu dilihat cuba menegakkan benang yang basah.

Najib nampaknya berusaha keras untuk membuktikan kononnya dirinya tidak bersalah dan dana yang digunakan itu adalah sah.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN