Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal dibicarakan tidak lama lagi apabila Mahkamah Persekutuan menolak permintaan Najib untuk menangguhkan kes SRC International Sdn Bhd.

Sumber:Asia Sentinel

Kes ini sebenarnya sudah lama ditangguhkan dengan pelbagai alasan yang diberikan Najib dan barisan peguam yang mewakilinya.

Mahkamah Rayuan Tiada Hak Tangguhkan Perbicaraan

Mahkamah Rayuan yang mengeluarkan perintah membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan kes itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian.

Sumber:Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Hakim Negara, Richard Malanjum, yang mengetuai tujuh hakim, menyampaikan keputusan mereka selepas mendengar hujah dari peguam Najib, Harvinderjit Singh dan Peguam Negara, Tommy Thomas, yang mengetuai pasukan pendakwa.

Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengketepikan keputusan Mahkamah Rayuan, dan menghantar kes itu semula ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Nampaknya, Najib dan barisan peguamnya tidak boleh lagi menggunakan pelbagai alasan untuk menangguhkan kes berkenaan. Kes ini perlu dibicarakan segera.

Ia penentu sama ada Najib bersalah ataupun tidak.

Alasan Kes Ditangguhkan

Pada 8 Februari lalu, Najib failkan kes tujuh dakwaan berkaitan dengan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Najib juga ingin mendapatkan perintah bagi melarang media dan orang ramai daripada membincang dan menerbitkan kenyataan mengenai merit kesnya.

Sumber:Astro Awani

Pada 12 Mac lalu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengalami kecederaan dan tangannya bengkak serta retak kerana anjing peliharaannya bertindak ganas.

Maka, kes terpaksa ditangguhkan sementara.

Sebelum ini, Shafee mahu perbicaraan pada Februari yang dijadualkan hampir dua bulan tersebut yang bakal diketuai oleh pendakwa raya yang dilantik oleh kerajaan, Sulaiman Abdullah ditangguhkan sementara menunggu tiga permohonan interlokutori.

Ini berkaitan dengan pelantikan Sulaiman sebagai pendakwa raya, juga untuk mendapatkan dokumen lanjut termasuk pernyataan beramaran saksi dan perintah tutup mulut yang dikeluarkan kepada saksi berpotensi dan media termasuk Najib.

Taktik Najib Dan Peguamnya Untuk Tangguh Perbicaraan

Peguam Negara Tommy Thomas memberitahu Mahkamah Rayuan sebelum ini bahawa Najib Razak menggunakan pelbagai taktik untuk cuba menangguhkan perbicaraan kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya.

Sumber:SAYS.com

Dalam satu salinan penyerahan pendakwaan, Thomas berkata, ini dapat dilihat dalam rayuan bekas perdana menteri itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menarik balik sijil kebenaran untuk memindahkan kes itu dari mahkamah sesyen ke mahkamah tinggi.

Sumber:The Coverage

Thomas berkata demikian dalam empat rayuan interlokutori dimohon Najib membabitkan tujuh tuduhan dihadapinya membabitkan dana SRC International.

Kalau diikutkan pada hari pertama Najib didakwa di mahkamah, memang nampak Najib sudah memulakan langkah untuk menyelamatkan dirinya.

Rakyat Malaysia Harap Najib Dihukum Jika Bersalah

Tetapi kini, rakyat Malaysia khususnya sangat berharap Najib akan dibicarakan supaya semua persoalan mereka bakal dijawab dan mahu mengheret pesalah yang telah mencuri wang rakyat dihukum!

Najib antara individu yang dikaitkan dengan kes penyelewengan dan penggubahan wang haram sebanyak RM42 juta. Bukan sedikit duit yang diselewengkan.

Rakyat sangat berharap Najib diheret ke muka pengadilan dan jika bersalah hantar najib ke Sungai Buloh.

Harap Mahkamah dapat mengadili dengan seadil-adilnya kes ini. Rakyat sudah tidak mahu tunggu lagi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pendapat anda mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan apabila menolak penangguhan kes Najib?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN