Baru-baru ini kecoh insiden pergelutan antara pelajar Universiti Malaya (UM) dan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak selepas sekumpulan pelajar Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) berhimpun sambil memegang plakad anti-Najib di seberang jalan Restoran Amjal, ketika Najib sedang berucap.

Susulan itu, beberapa penyokong Najib menghampiri kumpulan pelajar berkenaan dan merampas plakad yang dipegang pelajar, seterusnya berlaku pergelutan. Masing-masing penganjur program dan pelajar sudah membuat laporan polis.

 

UM Tidak Menyokong Tindakan Provokasi

Memetik kenyataan Naib Canselor UM, Abdul Rahim Hashim, UM tidak menyokong mana-mana tindakan provokasi lisan mahupun visual sama ada dilakukan oleh pelajar mahupun kumpulan tertentu memandangkan masyarakat Malaysia menuju ke arah masyarakat madani yang penuh dengan kesantunan dan kesusilaan.

Sumber:Astro Awani

Abdul Rahim juga menjelaskan bahawa kejadian berkenaan boleh dielakkan sekiranya semua pihak mengelakkan kata-kata dan tindakan provokasi.

Secara logiknya, sesiapa pun yang buat orang lain marah atau mengacau majlis orang, mestilah pihak tuan rumah marah.

Provokasi ini memang sengaja mencetuskan kemarahan pihak lain dan ia adalah tidak wajar dilakukan terutamanya anak-anak muda yang berpendidikan.

 

UM Sekat Kebebasan Mahasiswa Bersuara

Susulan kenyataan Naib Cancelor UM itu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menyifatkan UM sebagai menunjukkan “sikap tidak jelas” dan “mengambil jalan semangat” berhubung kebebasan bersuara mahasiswa.

Sumber:Malay Mail

Maszlee mahu pihak UM sentiasa mendukung pendirian dan kebebasan mahasiswa, asalkan ia bukan sesuatu yang tidak bertentangan dengan undang-undang negara dan peraturan-peraturan universiti.

Sikap tidak jelas dan mengambil jalan selamat yang dilakukan pihak UM adalah tidak patut, sedangkan mahasiswa telah diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab

 

UM Ambil Sikap Sambil Lewa

Mengulas lanjut, Maszlee mengingatkan bahawa kejadian seumpamanya boleh berulang di kampus lain jika pihak universiti memandang isu berkenaan dengan “sambil lewa”.

Semua Naib Canselor khasnya wajar mempamerkan sikap mengutuk tindakan tidak beradab sekumpulan individu yang menyerang mahasiswa ini.

Sumber:FMT

Kita tidak boleh gentar dan takut dalam menyatakan kebenaran atas nama prinsip keluhuran sebuah gedung ilmu bernama universiti.

Rasanya pihak universti mempunyai pendiriannya sendiri untuk tidak mencampuri urusan diluar kampus. Tindakan mahasiswa itu dikatakan telah mencetuskan kemarahan pihak lain.

Sumber:CARI Infonet

Walaupun tidak suka dengan Najib sekalipun, rasanya ada cara lain pihak mahasiswa perlu lakukan, jangan fikir kerajaan sekarang dibawah Pakatan Harapan, sewenang-wenangnya bertindak demikian.

Tindakan Maszlee Menggalakkan Mahasiswa Buat Provokasi

Rata-rata warganet menyifatkan tindakan Maszlee mempertahankan mahasiswa-mahasiswa yang mencetuskan provokasi di majlis Najib berucap pastinya akan membuatkan penyokong-penyokong Najib marah.

Sumber: Malaysiakini

Sumber: Malaysiakini

Sumber: Malaysiakini

Mereka juga perlu pertahankan ‘Bossku’ itu walau apa cara sekalipun. Semua pihak pun berhak menyuarakan pandangan atau kritikan mereka tetapi perlu kena dengan cara dan tempat.

Provokasi tersebut telah mencetuskan kekecohan dan huru hara sehingga ia menjadi kes polis dan ia tidak patut berlaku.

Penyokong Najib Gunakan Kata-Kata Kesat Dan Kekerasan

Dalam insiden sama, dua wartawan pelatih Malaysiakini yang membuat liputan acara itu mendakwa diganggu dan dilemparkan kata-kata kesat oleh penyokong Najib.

Dalam satu video yang dimuatnaik portal berkenaan juga menunjukkan dengan jelas penyokong-penyokong Najib yang lebih berusia ini menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa dengan mencekik dan memaki hamun dengan kata-kata yang kurang enak.

Kedua-dua pihak sebenarnya salah, satu pihak cuba provokasi, satu pihak lagi gunakan kekerasan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah pihak UM sepatutnya mempertahankan tindakan pelajarnya seperti dinyatakan Menteri Pelajaran?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN