Semalam, seluruh dunia digemparkan dengan nahas pesawat Lion Air JT-610 yang dilaporkan hilang dari radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta, Jakarta, Indonesia pada jam kira-kira 6.20 pagi (waktu Indonesia Barat).

Sumber: Euronews

Pesawat tersebut yang membawa 181 penumpang dan 7 anak kapal sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Pangkal Pinang jam 7.10 pagi waktu Indonesia barat (8.10 pagi waktu Malaysia) dikatakan cuba berpatah balik ke ibu negara selepas dibenarkan berbuat demikian oleh pejabat kawalan trafik udara.

Bagaimanapun, pesawat tersebut terputus hubungan dan hilang dari radar selepas 13 minit meninggalkan lapangan terbang sebelum disahkan terhempas di Laut Jawa.

Sumber: Loop Jamaica

Namun, sehingga kini operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dilaksanakan pasukan penguatkuasa Indonesia di lokasi kejadian di mana setakat ini pasukan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas) telah menemui beberapa mayat dan pelbagai serpihan yang dipercayai daripada badan pesawat termasuk barangan peribadi milik mangsa seperti bag tangan, dokumen dan telefon bimbit.

Sumber: Twitter Dr Mahathir Mohamad

Walaupun tiada rakyat Malaysia dilaporkan berada di dalam pesawat tersebut, insiden tersebut turut mengundang rasa prihatin rakyat Malaysia terhadap mangsa yang terkorban memandangkan Malaysia juga pernah mengalami situasi sama kepada pesawat MH17 dan MH370.

Sumber: Twitter Justin Trudeau

Nahas tersebut turut mendapat perhatian beberapa pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau serta Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang masing-masing melahirkan rasa sedih dan terkejut tatkala menerima berita insiden itu.

 

Pesawat Lion Air pernah catat rekod sistem keselamatan buruk

Sebelum ini, beberapa pesawat Lion Air dikatakan pernah mengalami masalah sistem keselamatan yang menyebabkan pesawat mereka gagal berfungsi dengan baik hingga mencederakan penumpang mereka.

Melihat dari segi keadaan pesawat, pesawat tersebut masih baru malah juruterbang yang mengendalikan pesawat itu juga mempunyai pengalaman lebih dari tujuh tahun dalam mengendalikan pesawat selain pernah mengendalikan penerbangan lebih daripada 6,000 jam.

Sumber: The News Minute

Malah Presiden Lion Air, Edward Sirait sendiri menolak dakwaan pesawat tersebut menghadapi masalah teknikal.

Katanya, pesawat tersebut sebelum ini mempunyai masalah teknikal namun sebelum berlepas masalah itu telah diperbaiki mengikut prosedur yang ditetapkan pengeluar.

Namun, sehingga kini, pihak berkuasa Indonesia masih belum dapat memastikan sama ada nahas pesawat yang berlaku semalam disebabkan insiden atau sistem keselamatan yang buruk sama seperti yang pernah berlaku pada beberapa pesawat Lion Air sebelum ini.

 

Kejadian pesawat Lion Air terhempas bukan kes pertama

Insiden pesawat Lion Air yang terhempas di lautan semalam bukan kejadian pertama sejak syarikat penerbangan milik Indonesia itu mula beroperasi pada Jun 2000.

Sejak mula beroperasi, pesawat Lion Air juga pernah mencatatkan 19 kes pesawat di mana lima daripadanya pernah menggemparkan dunia:

Pesawat Lion Air 386 PK-LID
Pesawat ini turut mengalami kemalangan selepas berlepas dari Bandara Sultan Syarif Kasim II pada 14 Januari 2002 selepas dikatakan gagal berada di udara hingga mengakibatkan tujuh penumpan cedera dan patah tulang.

Pesawat Lion Air JT-538
Pesawat ini juga pernah terlibat di dalam kemalangan apabila tergelincir di landasan ketika di Lapangan Terbang Bandar Udara, Solo, Jawa Tengah pada 30 November 2004 dan dilaporkan seramai 26 penumpang meninggal dunia, 55 penumpang lain mengalami kecederaan kritikal dan 63 yang lain mengalami kecederaan ringan.

Pesawat Lion Air JT 904
Pesawat ini dikatakan mengalami masalah semasa mengendalikan pesawat di mana juruterbang dikatakan gagal mendarat di landasan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Bandung ke Bandara Ngurah Rai.

Insiden yang berlaku pada 13 April 2013 itu mengakibatkan 45 penumpang mengalami kecederaan ringan akibat badan pesawat tersebut terbelah kepada dua bahagian.

Pesawat Lion Air JT 891
Pesawat ini juga pernah mengalami kemalangan ketika gagal melakukan pendaratan di Bandara Jalaludin, Gorontalo pada 30 April 2018 apabila dikatakan tergelincir di jalur landasan namun tidak ada mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut.

Pesawat Lion Air JT-610 (yang terbaru)
Pesawat yang terhempas di Laut Jawa selepas hilang dari radar selama 13 minit telah mengorbankan seramai 181 penumpang dan 7 anak kapal namun sehingga kini punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah pesawat yang menghadapi masalah teknikal dibenarkan berlepas ke ruang udara walaupun sudah dibaiki mengikut prosedur?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN