Industri hiburan tanah air kini dikecohkan dengan konflik rumah tangga yang melanda pelakon Sharnaaz Ahmad dan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor yang menfailkan penceraian terhadap suaminya di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.

Sumber: Oh Bulan

Bagaimanapun, Sharnaaz menolak dan tidak bersetuju dengan tuntutan cerai isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka selama lebih dua tahun.

Menerusi permohonan cerai itu, Nabila memberitahu dia dan Sharnaaz sudah tidak bersefahaman lagi dan tinggal berasingan sejak Februari 2018 lalu walaupun sudah cuba untuk memperbaiki hubungan mereka.

 

Beri Alasan Nafkah Tidak Mencukupi

Sumber: Astro Gempak

Dalam laporan itu, agak mengejutkan juga apabila Nabila turut memberitahu selain dari tiada persefahaman dan sudah tinggal berasingan, dia juga memberi alasan yang suaminya hanya memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan.

Menurut Nabila, suaminya itu berkemampuan dan boleh memberi nafkah lebih daripada itu serta segala jalan perdamaian juga telah dilakukan.

Namun, Sharnaaz dikatakan masih berterusan dengan sikapnya sehingga mendapat respon daripada Neelofa.

Sumber: Astro Gempak

Semalam, Neelofa pula dilihat memuat naik beberapa status berbaur sindiran sehingga menimbulkan persoalan kepada netizen.

Jika dilihat kesemua kata-kata itu, ianya agak pedas kerana dia menyifatkan seseorang itu sebagai ‘kuat berdrama’.

Menurut Neelofa, dia jarang meluahkan apa yang terpendam di dalam hati namun isu yang melanda kakaknya itu nampaknya sudah agak keterlaluan.

 

Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Kenyataan Nabila mendakwa nafkah RM500 yang tidak mencukupi itu menimbulkan pelbagai respon daripada netizen yang mengikuti perkembangan kes penceraian pasangan ini.

Gambar sekadar hiasan

Namun dalam isu ini, rata-rata netizen beranggapan nilai RM500 itu adalah satu jumlah yang banyak bagi seorang isteri.

Tidak kurang juga dan ada yang mendakwa nilai tersebut tidak mencukupi tambahan dengan gaya hidup Nabila memandangkan dia sudah biasa hidup dalam kemewahan.

Malah, ada juga yang mempertikai alasan yang diberikan Nabila kerana suaminya masih melaksanakan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah walau tidak tinggal bersama.

Lainlah sekiranya tidak beri nafkah langsung. Ye kan? 

 

Berkomunikasilah Dengan Baik

Dalam isu ini, ada sesetengah orang merasakan nilai RM500 itu sudah mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan anak. Tetapi, ianya mungkin berbeza bagi sesetengah individu untuk menguruskan perbelanjaan mereka.

Zaman sekarang ini boleh dikatakan lampin, susu anak, semuanya mahal-mahal. Itu belum lagi diambil kira dengan kos rawatan anak di hospital dan sebagainya.

Bila sudah berumahtangga, memang banyak aspek yang perlu dititikberatkan. Sebagai seorang isteri dan ibu, banyak perkara yang harus dijaga dengan teliti. Menjaga kebajikan anak-anak, makan minum dan pakai suami malah soal hati suami juga perlu dijaga baik agar tidak ada yang dipendam dan menimbulkan konflik dikemudian hari.

Betapa beratnya tanggungjawab wanita, namun begitu, tolak ansur dan bekerjasama adalah antara kunci dalam berumahtangga. Tanpanya, pasti akan ada sahaja benda yang tidak kena dan menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

Dalam setiap perhubungan, komunikasi memainkan peranan yang amat penting. Anda seharusnya berusaha untuk selalu berbincang dan berkomunikasi dengan baik dalam segala hal yang berlaku dalam sesuatu hubungan itu.

Jika ada masalah berbangkit, jangan sesekali membiarkan masalah dan perasaan yang menguasai diri anda kerana ia boleh memberi kesan terhadap masa depan keluarga itu sendiri. 

Duit bukanlah segala-galanya. Andai ada perkara berbangkit selain daripada soal duit, bincanglah dengan baik jangan sampai hal-hal kecil pun hendak dibangkitkan. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN