Kumpulan Drama Band muncul dengan muzik video terbaru mereka berjudul Drama yang ditayangkan di Youtube pada Jumaat lalu telah mendapat pelbagai komen dan kritikan daripada netizen.
Netizen beranggapan kumpulan tersebut telah mempersendakan kontroversi yang melibatkan beberapa penyanyi dan selebriti tempatan dan telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat dan juga artis.
Haqiem Dan Haneesya Berang
Dalam muzik video tersebut, terdapat babak yang memperlihatkan vokalis utamanya, Aepul Roza berpakaian seperti wanita berparti di sebuah kelab.
Perkara tersebut membuatkan ramai yang menyamakan insiden itu dengan isu panas pertandingan Dewi remaja yang melibatkan pesertanya, Haneesya Hanee.
Tanpa mendiamkan diri, Haneesya telah memberi respon kecewa dengan tindakan Drama Band yang dianggap telah mempersendakan dirinya. Baginya kejadian tersebut telah meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam hidupnya.
Katanya, walaupun di awal muzik video tersebut ada memaparkan bahawa muzik video tersebut hanya rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan sesiapa, namun beliau menganggap ia tidak masuk akal kerana jelas mengaitkan dirinya.
Antara yang turut memberi komen, rakannya iaitu Ernisha telah meluahkan rasa tidak senang dengan muzik video tersebut dan anggap ianya merupakan satu bentuk buli siber dan komennya itu turut disokong Haqiem Rusli.
Dalam muzik video berkenaan, turut digambarkan satu watak yang berkaca mata hitam dan berpakaian seperti Haqiem Rusli di mana telah mencetuskan kontroversi pada tahun lalu ekoran pengakuannya yang mengalami masalah kemurungan.
Jalan Cerita Hanya Rekaan Semata-Mata
Walaupun sedang dihujani dengan komen dan kritikan negatif daripada penonton dan netizen, mereka tetap menerimanya dengan hati terbuka.
Muzik video yang menimbulkan kemaharan sesetengah penonton dan ada yang memaksa kumpulan itu memadam atau membuat penambahbaikan dalam muzik video tersebut, Drama Band akhirnya tampil memberikan penjelasan.
Vokalisnya, Aepul Roza menyatakan bahawa idea dalam penghasilan muzik video tersebut hanya berdasarkan penceritaan lagu berkenaan dan mungkin hanya perasaan negatif dalam pandangan mereka yang buat mereka rasa begitu.
Tambahnya, walaupun mendapat pelbagai komen dan kritikan, kumpulannya tidak akan buat sebarang perubahan dalam muzik video mereka kerana mereka sudah letakkan usaha yang banyak dalam menghasilkan lagu dan muzik video berkenaan.
Jadi jelaslah bahawa semuanya atas pernilaian masing-masing. Budaya parodi ini sudah biasa di Malaysia, dalam rancangan Meletop juga ada segmen parodi tetapi mungkin parodi yang dilakukan oleh Drama Band ini ‘keterlaluan’ bagi sesetengah pihak.
KATA ORANG
Perghhhh , kuat nganjing Mv lagu baru drama band baru ni 😂
— ijal (@shahmejan) February 18, 2019
Aku suka lagu drama band yg bru cma music video dia buat aku nyampah sbb tkpyh la nk nganjing smpai pkai bju perempuan n act pondan geli tau tk pftt so aku dngr jewlah lagu dia tmpa tgk mv dia
— Aries 👑 (@shazulkfli) February 18, 2019
baru tengok MV drama band . macam okay je .sebab tu memang drama artis sekarang, kalau betul haqiem tu sakit .rasa takpatut la buat macam tu.tapi dua kes lagi tu memang kena dengan tajuk
— fiz (@ApizHussin) February 18, 2019
Sorry #dramaband tak berminat dgn single baru tu. Tiru sebiji siap dgn skin color lg. Tp ckp xde perli siapa2. Jgn bodohkan peminat.. Ada cara lain utk berkarya.
— kak sue (@k_sue75) February 18, 2019