Lagu Amalina versi Melayu nyanyian Santesh Kumar mendapat tempat di telinga pendengar terutama orang Melayu. Nyanyian merdu yang dibawakan oleh seorang lelaki berbangsa India ini diterima ramai.
Malah lagu ini menjadi ikutan para pendengar di negara ini. Selepas ramai yang menerima Santesh sebagai penyanyi baru yang menyanyikan lagu Melayu, akhirnya Santesh mengeluarkan lagu yang sama tetapi dalam versi Tamil pula.
Penerimaan lagu Amalina versi ini diterima ramai sehingga mendapat tontotan yang sangat ramai di Youtube.
Â
Tembusi Malaysia Book of Records
Muzik video berjudul Amalina versi Tamil nyanyian Santesh Kumar menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records apabila meraih sejuta tontonan dalam tempoh 72 jam dilancarkan.
Menurut Santesh, pencapaian itu merupakan satu kebanggaan buatnya memandangkan dunia seni tanah air semakin dihujani penyanyi berbangsa India sepertinya.
Buktinya kini ramai yang menerima genre lagu begini dan mendapat tontonan ramai dalam masa yang singkat. Memandangkan sekarang ini banyak pesaing tidak seperti dahulu.
Santesh perlu tampil dengan kelainan yang perlu diterima ramai, tambahan jumlah pesaing artis menyanyikan lagu Tamil makin ramai sekarang.
Untuk rekod, muzik video Amalina mendapat pengesahan berkenaan pada Oktober tahun lalu tetapi majlis meraikannya baru diadakan.
Bikin Lagu Nama Gadis Melayu Lagi
Santesh kini telah mengeluarkan lagu single keduanya yang berjudul Mymuna.
Santesh kini sinonim dengan lagu-lagu yang judulnya seperti nama gadis melayu selain Amalina.
Santesh mula berkecimpung dalam arena seni tanah air sejak 2011 dan lebih dikenali dengan lagu-lagu Tamil. Dia kemudian menceburi pasaran pendengar Melayu pada 2017.
Menurut Santesh, lagu berkenaan – yang turut dilancarkan dalam versi bahasa Melayu – turut menjadi salah satu faktor yang menyebabkan muzik videonya itu menerima tempias.
Â
Warganet Pula Bidas Pengiktirafan Ini.
Dalam Santesh mengecapi kejayaannya dalam menghasilkan lagu-lagu Melayu, warganet pula tidak berpuas hati dengan pengiktirafan pihak Malaysia Book of Records diberikan kepada Santesh.
Mereka merasakan ramai lagi artis lain yang lebih layak menerima pengiktirafan tersebut dan Santesh masih baru dalam menyanyikan lagu-lagu dalam versi Melayu.
Mungkin itu hanya pendapat warganet sahaja, pastinya pihak yang terbabit telah membuat penelitian dan semakan yang terbaik sehingga muzik video Amalina versi Tamil ini diiktiraf.
KATA ORANG
Okay bru paham Santesh khawin dgn Amalina dpt anak Mymuna.Buatlaa lagu Maiaishah pulakk ehek😆
— Nur Maiaishah (@maiaishahaha) February 27, 2019
Tak nafikan lagu ni sedap, suara penyanyinya pun sedap! https://t.co/SakJ8gFmyU via @mstaronline
— mStar Online (@mstaronline) February 27, 2019
From Amalina to Mymuna: Here's how Santesh went from showbiz hopeful to viral sensation | Astro Ulagam https://t.co/CovjZRIekN
— Wallawalla👀 (@Superuppawalla1) February 26, 2019
Power betul lagu Santesh ni.. mula2 Amalina, lepas tu Amalina mati masa lahirkan anak diorang, dapat Mymuna. Dah settle MV Amalina dgn Mymuna, ada plot twist pula hantu Amalina dtg rumah perempuan yg jaga Mymuna. Lepas tu to be continued " The Return of Amalina"
— Mohd Zuhairi (@mzuhairizakaria) February 22, 2019