Masih ingat lagi pada rancangan televisyen yang bertajuk KAMI The Series yang menjadi kegilaan anak muda pada tahun 2007 dahulu? Terus bermain dalam fikiran anda lagu dari band Meet Uncle Hussain bukan?

sumber:layandrama

Band indie seperti Hujan, Bunkface, Butterfingers, One Buck Shot dan lain-lain lagi telah menjadi kegilaan remaja dan anak muda pada ketika itu. Dahulu adanya stesen radio XFM (nama sebelumnya X Fresh FM) yang diurus oleh Adly Syairi Ramly yang hanya memutarkan lagu band-band lokal di Malaysia dan berbagai segmen menarik antaranya ialah Gitar Hero yang dikendalikan oleh penyampai radio pada ketika itu, Nana Akademi Fantasia berkolaborasi dengan AG COCO dari kumpulan Hujan.

sumber: radiolisten.blogpot

Tahun demi tahun, muzik indie tidak lagi gah seperti pada awal kegemilangan mereka kerana perubahan budaya dalam industri muzik dan pendengar atau anak muda telah beralih kepada genre muzik yang lain.

 

 

 

Lagu Dinda Cetus Fenomena

Video yang berdurasi 29 saat menyaksikan seorang gadis bernama Ainina yang menyanyikan potongan lagu yang berjudul Dinda dari kumpulan Kugiran Masdo bersama penyanyi kumpulan tersebut , Ali yang tular di twitter baru-baru ini telah mencetuskan fenomena dalam kalangan anak muda.

Mungkin disebabkan suara yang sedap dan gadis berwajah comel ini telah menarik perhatian masyarakat mainstream.

Dengan tidak disangka-sangka, Kugiran Masdo yang tidak begitu dikenali ramai telah menjadi buah mulut anak-anak muda dan mereka ingin tahu siapa Kugiran Masdo ini.

Sebenarnya Kugiran Masdo ini bukanlah satu band baru, mereka cuma baru dikenali mainstream sejak mereka membuat persembahan di Gegaria, tersenarai dalam carta muzik-muzik ke-33 dengan lagunya Bercanda di Malam Indah sehingga ke separuh akhir dan banyak dipanggil dalam rancangan televisyen.

Kalau mereka yang pernah mendengar nama band indie The Lipstik, kumpulan Kugiran Masdo ini merupakan penjenamaan semula dari kumpulan The Lipstick. Tetapi ahli asal cuma Ali sahaja yang merupakan penyanyi, dan ahli lain ialah Putuceri (bass), Am Hujan (drum), dan Mawi (gitar utama).

 

Bagaimana Muzik Indie Kembali Diminati Ramai?

Setelah sekian lama muzik indie ini tidak didengari ramai, terdapat banyak usaha-usaha yang telah dilakukan oleh beberapa pihak dalam menaikkan semula muzik indie di Malaysia ini.

Antaranya ialah:

Tapau.TV

sumber: tapau.tv

TAPAU.tv adalah platform dalam talian yang mengangkat seni anak-anak muda tidak kira dalam apa jua bidang seperti filem dan juga muzik.

Antara segmen dalam Tapau.tv ialah Review Uncle oleh Adly dan Ham, #TAPAUtrips, theTAPAUshowlive, SAPEDEK! dan #BedahFilem. Mereka juga mempromosi album, filem pendek, muzik video dan apa jua karya anak-anak muda.

Di sini anda juga boleh dapatkan info-info tentang lagu baru, album baru, filem pendek, persembahan, dan konsert dari band-band tempatan.

 

Kamar Seni

sumber: facebook kamar seni studio

Sebuah studio rakaman yang dikendalikan oleh Hezry Hafidz atau lebih dikenali sebagai AG COCO yang merupakan gitaris Hujan. AG mengambil pendekatan ini untuk membantu mereka yang berbakat untuk naik satu tahap yang lebih tinggi.

AG juga bekerja untuk beberapa band tempatan dan artis solo sebagai penerbit. Antaranya ialah, Adam Malek, Sissy Imann, Loko, Kugiran Masdo, Heidi, Budak Nakal Hujung Simpang, Orkes A Hizadin dan ramai lagi.

Kamar Seni Studio ini hanya terletak di Dataran Dwi Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur berhadapan dengan restoran Q Bistro.

Usaha AG ini seharusnya dipuji kerana kesungguhnya dalam menaikkan kembali muzik tempatan dan menghargai bakat-bakat mereka telah mendapat sambutan baik dalam kalangan ahli-ahli muzik di seluruh Malaysia.

 

Stage Carta Indie Malaysia

sumber: fb Stage Carta Indie Malaysia

Muzik dan karya dari kumpulan muzik lokal telah diangkat oleh mereka  menerusi laman facebook. Uniknya, band-band lokal yang mahukan mereka lebih di kenali boleh mencalonkan band mereka dalam satu google form yang di sediakan Stage Carta Indie Malaysia ini.

Bukan itu sahaja, mereka juga ada menyediakan app khas yang boleh didapati di App Store dan play store. Selain di Facebook, anda juga boleh melawat ke channel Youtube dan Instagram mereka untuk dapatkan info berkenaan band-band indie di Malaysia.

 

Penerimaan Mainstream

Tidak semuanya dapat menerima muzik indie ini. Masyarakat mainstream berpendapat bahawa muzik indie ini kelihatan ganas, tidak berkualiti, lagunya tidak mempunyai makna dan bosan.

Kumpulan-kumplan indie ini kebanyakkan membuat persembahan cuma di gig dan cuma untuk 100 hingga 200 orang penonton sahaja. Aksi ganas yang dipamerkan oleh mereka yang hadir dalam gig seperti “moshing” telah menambahkan lagi persepsi buruk masyarakat terhadap kumpulan-kumpulan indie ini.

sumber: metukulau.blogspot

Tetapi tahun demi tahun, mereka sudah mula mengubah persepsi masyarakat bahawa kumpulan indie bukanlah seperti itu lagi. Dengan cara mengubah penampilan ahli kumpulan, mengikut tatacara yang ditetapkan oleh industri dan mencari producer yang boleh memberi pengaruh kepada mereka. Bukan soal keuntungan tetapi untuk mengembalikan semula kegemilangan zaman muzik indie.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah wajar lagu-lagu dari kumpulan indie ini dibawa masuk ke dalam stesen radio mainstream?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN