Sejak kebelakangan ini, isu pencerobohan bot nelayan asing terutama dari negara Vietnam heboh diperkatakan oleh komuniti nelayan terutamanya di Terengganu yang mana mereka sering dilihat menangkap ikan secara haram di perairan itu. 

Sumber: Berita Harian

Ditambah pula musim sotong pada ketika ini, makin rancak pula tekong kapal serta awak-awak menjalankan aktiviti mereka dengan menyamar sebagai nelayan tempatan dan berani melakukan pencerobohan tanpa menghiraukan had sempadan zon yang dibenarkan.

Atas permasalahan yang dilihat tiada jalan penyelesaiannya itu, kerajaan kini tidak menolak kemungkinan untuk memusnahkan kapal nelayan asing yang menceroboh masuk ke perairan negara ini termasuk tindakan membakar bot sebagai langkah terakhir bagi memerangi pencerobohan di perairan ini. 

 

Mahu Ikut Cara Indonesia

Dalam isu ini, mungkin ada yang mengatakan kerajaan kita terlalu berlembut dari segi penguatkuasaan undang-undang sehingga menyebabkan nelayan asing berani menceroboh perairan negara kita.

Sumber: Sarawakvoice

Tindakan memusnahkan kapal yang menjadi milik warga asing ini memang sejak dahulu lagi perlu dipertimbang kerajaan memandangkan negara jiran kita sendiri iaitu Indonesia sudah lama mengguna pakai cara tersebut bagi mengekang aktiviti penangkapan ikan secara haram ini.

Di Indonesia, mereka sama sekali serius terhadap isu ini sehinggakan mana-mana bot yang didapati menceroboh perairan mereka akan dibom sebagai amaran terhadap negara jiran.

Sumber: Warta Batavia

Difahamkan, sejak Presiden Joko Widodo berkhidmat pada tahun 2014, negara kepulauan terbesar dunia itu mengambil pendirian tegas ke atas aktiviti perikanan haram dengan menyelia tangkapan hampir ratusan bot nelayan haram dari beberapa negara yang berjaya diletupkan selepas satu moratorium ke atas bot asing diisyitihar.

Mereka juga tidak berkrompomi untuk meletupkan bot dari negara jiran seperti China, Thailand, Vietnam dan Malaysia sendiri dalam isu ini.

Tahun lalu, industri perikanan Indonesia mengalami kerugian hampir 200 bilion rupiah (RM59.5 juta) pada setiap tahun kerana penangkapan ikan secara haram yang dilakukan oleh nelayan asing.

 

Sekiranya Tidak Dibanteras, Boleh Jejas Sumber Ekonomi Negara

Sumber: Sinar Harian

Memang tidak dinafikan, pendekatan yang diambil negara Indonesia itu ada baiknya dari segi mengekang aktiviti penangkapan ikan secara haram meskipun tindakan itu serba sedikit boleh menggugat hubungan diplomatik dan industri perikanan mereka. 

Walaupun kelihatan kejam, tetapi itulah cara terbaik bagi melindungi stok ikan dan nelayan tempatan mereka. 

Dalam hal ini, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya Malaysia mahu mengambil pendekatan sama seperti yang dilakukan Indonesia bagi melihat keberkesanannya dalam mengurangkan kehadiran kapal nelayan asing di perairan ini.

Hendak menuding jari kepada pihak berkuasa dalam hal ini juga tidak boleh memandangkan isu ini perlu diperhalusi dan diambil tindakan oleh semua pihak berkepentingan seperti Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Apa yang pasti, untuk menyelesaikan isu ini, nelayan tempatan juga perlu bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ kepada pihak berkuasa.

Sekiranya tidak, negara kita mungkin akan kehilangan lebih RM6 bilion setahun akibat daripada aktiviti haram sebegini. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju sekiranya Malaysia mengambil pendekatan dengan memusnah dan membakar kapal nelayan asing yang menceroboh masuk ke dalam perairan negara kita sepertimana yang telah dilakukan oleh Indonesia?
18 votes · 18 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN