Sejak akhir-akhir ini, banyak kejadian kanak-kanak hilang dilaporkan berlaku di negara kita yang mana ada yang hilang selepas bermain, hilang kerana merajuk dengan penjaga mereka dan sebagainya.
Dan yang terbaru, ada pula kes yang mana seorang kanak-kanak berusia empat tahun dilaporkan hilang ketika berada di bawah jagaan sebuah tadika di Presint 3, Putrajaya selepas menyertai raptai hari sukan tadika.
Ketika kejadian, ibu kepada kanak-kanak itu mahu mengambil anaknya dari tadika namun gurunya baru menyedari bahawa kanak-kanak terbabit tiada di tadika itu sebelum membuat laporan polis.
Hendak dijadikan cerita, kanak-kanak itu rupa-rupanya tertidur di dalam bas selepas pemilik tadika menghubungi pemandu bas untuk melakukan pemeriksaan.
Guru Cuai?
Dalam kes ini, rata-rata netizen di media sosial menyalahkan pemilik tadika dan guru yang terlibat kerana gagal membuat semakan murid.
Walaupun guru pengiring ini mengatakan bahawa mereka telah membuat semakan murid sebelum balik selain membuat pemeriksaan di kawasan raptai dan mendapati kesemua jumlahnya cukup.
Tetapi mereka terlepas pandang untuk membuat kiraan sesampainya ke tadika.
Tidak hairanlah, ramai yang menuding jari terhadap guru tersebut kerana sudah terang-terang mereka cuai membuat semakan ke atas murid mereka.
Mujur murid itu dijumpai dalam keadaan selamat meskipun terperangkap di dalam bas selama berjam-jam tanpa disedari.
Pemandu Bas Juga Perlu ‘Alert’!
Ini bukan masanya untuk kita menuding jari ke atas sebelah pihak sahaja memandangkan pemandu bas tersebut seharusnya turut sama memainkan peranan mereka dalam menjaga keselamatan murid.
Walaupun guru yang seharusnya bertanggungjawab penuh terhadap murid, tidak bermakna tanggungjawab itu perlu digalas sepenuhnya oleh guru sahaja.
Pemandu bas juga perlu turut sama menjalankan tanggungjawab mereka dengan memandu secara berhemah dan sentiasa memeriksa keadaan murid di dalam bas bagi mengelak kejadian sebegini daripada berulang.
Memang tidak dinafikan, apabila perlu menjaga murid dalam kuantiti yang ramai, mungkin ada yang tidak menang tangan untuk menjaganya ditambah pula dengan karenah budak-budak yang banyak ragam.
Apa-apa pun sebagai guru, keselamatan dan kebajikan murid perlu diberi keutamaan tidak kira di mana murid itu berada.
SOP Membawa Murid Keluar Kawasan Sekolah
Apabila guru tersebut mahu membawa murid mereka keluar kawasan sekolah, setiap guru itu diwajibkan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dengan memastikan perjalanan murid dari awal sehingga tamat program supaya ianya berjalan dengan lancar.
Ketika program dijalankan, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk sentiasa mengawasi pergerakan murid dengan memeriksa jumlah murid yang mengikuti program terbabit.
Sekiranya program melibatkan aktiviti kesukanan, guru perlu membawa peti kecemasan di samping ada penyelamat bertauliah jika ada aktiviti di dalam air.
Yang paling penting, selepas tamat program, guru perlu memastikan setiap anak murid mereka diambil oleh penjaga apabila pulang atau guru itu sendiri perlu menghantar murid tersebut ke rumah sekiranya penjaga mereka tidak dapat mengambilnya.
Sekiranya guru didapati cuai hingga meragut nyawa anak murid itu, guru yang terlibat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
KATA ORANG
Yang ini salah guru Tadika. Tak ikut SOP. Kena kira bilangan keluar dan masuk. Mesti seimbang. Macam kita naik Kapalterbang
— MZ6790 (@MZ67901) April 18, 2019
Tak perlu kita nak kecam berlebihan. Ya memang cikgunya cuai.
— Geng Keselamatan (@GKNegara) April 18, 2019
Cuma adakah kita yakin kita sendiri tak pernah cuai?
Dek kerana kecaman bersungguh-sungguh... https://t.co/IQJWRVKJXD
Alah alah awak ni chomelnya... Siannn dia penat. Alhamdulillah awak takdek apa apa. https://t.co/geHnyF3tH0
— Zaza Zulkifle (@zazabinxz) April 17, 2019
Seharusnya guru keluar paling akhir dari bas selepas memastikan bahawa semua murid telah turun dari bas dgn memeriksa tempat duduk dalam bas.Hrp ada sop.
— papakalut (@Papakalut) April 17, 2019