Penyertaan penyanyi, penggubah lagu dan usahawan, Norman Abdul Halim sebagai ahli Bersatu baru-baru ini mendapat kecaman daripada netizen.

Sumber:malaysiakini

Norman menyerahkan borang keahlian seumur hidup untuk menjadi anggota Bersatu pada 9 Julai lalu. Dia memaklumkan menerima nombor keahlian sehari kemudian.

Tindakan Norman itu dilihat sebagai mahu mendapatkan projek daripada kerajaan pemerintah hari ini melalui jalan mudah.

Bukan Dapat Projek Pun

Memetik kenyataan Norman di Malaysiakini, Norman menjelaskan, dakwaan segelintir pihak bahawa beliau bakal mendapat projek besar daripada penyertannyan itu adalah tidak berasas.

Sumber:malaysiakini

Perjanjian persefahaman (MOU) dimeterai Kumpulan Syarikat KRU bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM), sudah lama dilakukan sebelum penglibatanya dalam parti berkenaan.

Kerjasama KRU dengan UiTM hanya sebagai permulaan. Selepas ini, katanya, lebih banyak MOU akan ditandatangani dengan universiti lain.

“Mulut Kata Tak Nak, Tapi Hati Nak”-Netizen

Penafian Norman itu sama sekali ditepis oleh netizen yang beranggapan itu hanya luaran sahaja. Mulut sahaja kata tak mahu mana-mana projek tetapi hati berkata perlu dapatkan projek untuk menjayakan perjanjian tersebut.

Sumber:malaysiakini

Netizen menilai perkara ini kerana sebelum ini, Norman dan yayasan KRU sangat aktif bersama kerajaan Umno terdahulu. Tindakan Norman beralih arah ini seperti lalang.

Siapa yang berkuasa hari ini, itulah yang akan diikuti demi menjaga periuk nasi masing-masing. Dan ini adalah lumrah bagi individu tertentu terutama mereka yang berniaga.

Itu antara pandangan netizen berhubung perkara ini. Tidak salah untuk mencipta spekulasi namun jika tuan badan menafikan perkara itu, kita harus terima sahaja.

Bukan Ahli Umno Lagi

Norman sebelum ini pernah bersama Umno untuk jangka masa yang lama tetapi dikatakan tidak aktif sebagai anggota parti itu sejak 2015 lagi.

Sumber:malaysiakini

Ulasnya, hala tuju ingin dicapai sebagai ahli parti baru adalah untuk memberi sumbangan semampunya dari segi bidang keusahawanan dan pendidikan.

Dia mahu perkasakan ekonomi golongan muda dan pastikan mereka tidak ketinggalan dek arus perdana perkembangan teknologi, peluang digital dan sebagainya.

Bersatu merupakan bumiputera progresif dan sebagai bumiputera progresif dia ingin maju bukan terus ke belakang.

Jadikan Contoh Bukan Kritik

Walaubagaimanapun, segelintir pihak tidak bersetuju bahawa Norman dikritik hanya berdasarkan politik semata-mata.

Sepatutnya perlu melihat kepada usaha Norman yang ingin memberi peluang pekerjaan pada graduan dari jurusan industri kreatif.

Sumber:Kapital.my

Pada 17 Julai lalu, sebuah MOU disempurnakan di antara Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM Cawangan Puncak Perdana bersama Yayasan KRU, Smart Digital International Sdn Bhd dan Girls Republique Sdn Bhd.

Dengan usahasama itu, UiTM bakal menjadi peneraju utama yang menyediakan lebih 100 jenis kandungan versatil berbayar menerusi saluran Sirius TV. Ia dijangka dilancarkan September ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa tindakan Norman masuk Bersatu kerana projek?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN