Sumber : Banturaz Media

Bertempat di sebuah flat di kawasan Bandar Tun Razak, Cheras beberapa buah motosikal disaman oleh pihak DBKL kerana dikatakan menghalang lalu lintas dan tidak meletakkan kenderaan di tempat yang sepatutunya.

Namun  begitu tindakan pihak DBKL menerima kecaman dari sesetengah individu yang mempersoalkan mengapa motor-motor yang parkir di hadapan kedai tidak pula di saman.

Selain itu, mereka turut menerangkan mengapa mereka tidak meletakkan motosikal mereka di tempat yang sepatutnya adalah kerana kawasan yang sepatutnya menjadi tempat parkir motor digunakan oleh peniaga-peniaga kecilan untuk dijadikan tapak meniaga.

Sudah cukup baik penunggang motosikal menunjukkan sikap toleransi terhadap peniaga-peniaga ini tapi akhirnya mereka sendiri yang disaman.

Jadi siapa yang patut dipersalahkan, dan kalau betul nak saman, saman sekali peniaga-peniaga tersebut. Baru adil.

 

Parkir Motor Sesuka Hati

Isu pemandu motosikal yang suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati ini sudah menjadi isu yang lapuk. Kerana walaupun pernah sehingga menjadi pergaduhan namun keadaannya masih tetap sama.

Lihat saja di kawasan-kawasan kedai makan atau kedai serbaneka, penunggang yang datang akan meletakkan kenderaan mereka di kotak-kotak parkir kereta dan ini turut menyusahkan pemandu kereta untuk mencari tempat parkir yang sesuai.

Namun begitu, wajarkah penunggang-penunggang motosikal disalahkan secara membuta tuli tanpa melihat permasalahannya dengan lebih jelas.

Tidak dinafikan, di kawasan perumahan mahupun komersial kawasan parkir khas untuk pengguna motosikal tidak disediakan dengan jumlah yang banyak.

Sedangkan ramai orang Malaysia yang menggunakan motosikal kerana dilihat lebih efektif dan menjimatkan masa terutamanya dengan keadaan trafik di Malaysia yang hampir sesak setiap masa.

 

Pemandu Motor Mengamuk Kena Saman

Sebelum ini tular isu seorang lelaki mengamuk dan bertindak merosakkan motosikal miliknya dihadapan polis sebagai tanda protes motosikalnya disaman. Tidak dapat menerima kesalahan yang dilakukan iaitu tidak memakai topi keledar, dia melepaskan amarahnya dengan melakukan tindakan yang bodoh ini.

Akhirnya, saman kena bayar pun perlu dibaiki. Siapa yang rugi?

Tolak Ansur Dan Prihatin

Bagi pengguna motosikal, sikap bertolak ansur sangat penting dalam kita hidup bermasyarakat. Antara pengajaran yang boleh kita pelajari dari kes ini ialah untuk tidak pentingkan diri sendiri dan hanya memikirkan kesenangan kita sahaja.

Bayangkan jika anda parkir motor di laluan pejalan kaki yang pada mata kasar tiada kepentingan tetapi sangat diperlukan oleh orang buta untuk bergerak ke sesuatu tempat. Begitu juga bagi ibu bapa yang membawa anak-anak menggunakan stroller, disebabkan laluan pejalan kaki dihalang, ada yang terpaksa menolak anak-anak diatas jalan raya yang penuh dengan kenderaan dengan kelajuan yang berbagai.

Sekarang mungkin tidak kena pada diri sendiri, kalau dah kena nanti nak menyesal pun tiada guna.

Jadilah rakyat yang prihatin dan bertolak ansur, demi kebaikan bersama.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah motosikal tersebut disaman?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN