Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan seorang wanita Muslim bertudung bawal sedang menjalankan pemeriksaan terhadap pemain pertahanan Liverpool, Joe Gomez yang mengundang tanda tanya netizen di media sosial.

Sumber: http://khalifahmedianetworks.com

Sejak beberapa hari lalu, netizen di media sosial dilihat tidak putus-putus bertanyakan siapakah wanita bertudung yang sedang melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap pemain kelab terkenal itu.

Namun semalam, sebuah akhbar tempatan akhirnya berjaya merungkai identiti wanita terbabit yang merupakan rakyat Malaysia yang kini melanjutkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang fisiologi kardiovaskular di Universiti Liverpool John Moores.

Selepas pendedahan itu berjaya dirungkaikan, wanita terbabit yang dikenali sebagai Alea Ellie atau nama sebenarnya Aleah Mohammad bukan sahaja mendapat pujian dari netizen malah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga turut sama teruja dan bangga dengan kehebatan anak Malaysia ini.

Sejak semalam sehinggalah ke hari ini, netizen di media sosial juga dilihat tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah kepada wanita Melayu ini kerana berjaya berada dalam keluarga Liverpool sekaligus membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Kejayaan Beri Inspirasi Pada Netizen

Sumber: Oh Bulan

Melihat kepada kejayaan yang dilakar oleh Aleah Mohammad ini, ia jelas sekali membuktikan bahawa anak tempatan tetap boleh meraih pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Memang tidak dinafikan, kejayaan yang ditujukkan Aleah Mohammad ini ternyata mampu memberi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia untuk turut sama mencipta kejayaan sama sepertinya.

Walaupun negara kita tidak sehebat seperti negara-negara Barat yang lain, tiada apa yang mustahil untuk kita meneruskan cita-cita dengan melanjutkan pelajaran di luar negara dan menempa nama di sana.

Sumber: SAYS.com

Lihat sahaja, Dr Nur Amalina Bakri yang sebelum ini pernah melakar sejarah dengan kejayaan 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004 akhirnya berjaya tersenarai sebagai antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom yang sentiasa menjadi sebutan netizen di media sosial atas pencapaian beliau.

Sumber: Kosmo

Tidak kurang juga, Wan Nur Mafudah Wan Yusof yang menggondol tempat pertama dalam World Prize Winner bagi kertas Financial Reporting (F7) Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, terserlah juga nama-nama seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David dan Azizulhasni Awang yang berjaya mencipta nama dan meraih pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa dalam bidang kesukanan.

Bukan atlet negara sahaja yang dilihat kerap kali mengharumkan nama negara di persada antarabangsa menerusi acara sukan tertentu namun apa sahaja bidang yang anda ceburi baik dari segi perniagaan, fesyen, perubatan, sukan, muzik, masakan, animasi, perfileman, kejuruteraan dan pelbagai bidang profesional yang lain, anda tetap boleh berjaya!

Manfaatkan Apa Yang Dipelajari Di Luar Negara

Sekarang ini, banyak sahaja anak Malaysia dilihat menyambung pelajaran ke luar negara untuk memperoleh lebih banyak pengalaman di sana.

Memang tidak dinafikan, pendidikan di Jepun, Singapura, Qatar, Rusia dan United Kingdom antara sistem pendidikan yang terbaik di dunia.

Sumber: https://faizalnorhalim.wordpress.com

Jadi, apabila anak tempatan kita sendiri melanjutkan pelajaran di sana, ia sekaligus dapat membantu meluaskan lebih banyak pengetahuan dan pengalaman dalam diri untuk kembali berkhidmat di negara sendiri.

Melihat kepada apa yang disuarakan oleh Aleah Mohammad ini, beliau berhasrat untuk menabur bakti dan berkongsi kemahiran serta pengalaman kepada arena sukan Malaysia apabila pulang ke tanah air, hujung tahun ini.

Apa yang disuarakan oleh Aleah ini merupakan contoh terbaik yang boleh diikuti buat semua generasi muda mahupun ahli-ahli profesional Malaysia yang berada di luar negara untuk menabur bakti di negara sendiri.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, dengan terungkainya kisah kejayaan Aleah Mohammad ini, adakah ia mampu dijadikan sebagai batu loncatan buat golongan muda khususnya untuk terus berjaya di persada antarabangsa?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN